Tomato Cherry Purple nie orang selalu ingat pokok blueberry. Kat dahan buah tue kan ada mahkota~ |
maka kita mulakan dengan tip-tip Petani Taman dahulu lah.
Kali nie cara aku menanam pokok Tomato dan pokok Lemon menggunakan biji Benih.
(FB tak boleh kongsi link maka, upload dari camera sendiri)
Memang mahal kalau nak cari anak pokok Lemon sendiri; maka better beli buah lemon... lebih bagus kalau kualiti jenis A+.. yang banyak Jus, manis dan bersaiz besar. Import dari USA, selalunya dijual dalam harga sebiji bukan berat. Beli kat Pasar... tapi sambil jeling2lah kat label kotak yang dikeluarkan lemon tue..semak country of origin; yang jual 3biji RM5 pun dah bagus.
Ambik biji nya... 4-5 biji... kalau simpan dalam peti sejuk boleh? kalau dah guna separuh boleh? Jawapanya Boleh... itu urusan Allah swt, tak payah takut pokok tue bantut atau mati. selama nie tak ada masalah pun.
Begitu juga jika anda ingin tanam pokok Tomato; yang penting ambik biji dari hasil anak pokok Tomato yang sihat; tidak kira untuk gred Tomato Tempatan, Cherry mahupun Tomato Purple; yang penting biji dari buah yang berkualiti. Kalau x ada, asalkan buahnya besar dan tidak ada penyakit itu sudah baik.
Bahan Asas; tak perlukan Tanah... ini untuk memastikan yang layak hidup sahaja hidup. Bekas lutsina... kertas tisu...campuran baja...tak kira baja pepejal ke...serbuk ke..cecair campuran ke... atau sekadar air paip... yang penting jadikannya larut dalam bentuk cecair dan tisu direndam sepenuhnya. Pastikan tisu nie basah bukan air bertakung diatasnya. Pendek kata lembab ( Keadah air nie sama seperti kaedah tanam taugeh dari kacang hijau).
Kerana tujuannya hanya untuk mengawal bilangan biji benih dan permilihan anak pokok yang sihat. Bukan tujuan semaian atau tanaman kekal.
Apa yang aku guna? Pengalak bunga orkid (bentuk serbuk) beli masa MAHA 2014 (3 botol RM10; 1 sudu kecil : 1.5 Liter air). Walaupun di khaskan untuk Orkid tapi kadar Potassium yang tinggi dalam baja nie sesuai digunakan untuk jadi pengalak biji benih. Letak sahaja semua bahan2 tadi dalam bekas lutsina nie dan jemur pada matahari. Aku letak celah2 pokok, kerana anak benih x perlukan cahaya matahari yang penuh. Siram seperti biasa, pastikan kertas tisu lembab bukan ditengelami air!
Biji Lemon tue nak buang kulitnya atau tidak? terpulang, banyak blog pertanian yang ajar untuk buang selaput pada biji limau dan keluarganya jika ingin guna kaedah air seperti aku nie. Tapi aku ada sebabnya sendiri kenapa aku biarkan sahaja kulitnya. Kebarangkalian dapat anak pokok yang kembar adalah tinggi jika membiarkan biji benih kekal bersama.
Biarkan benih dari biji pokok ini dalam seminggu dua (biji benih tomato hanya memerlukan 2 hari untuk tumbuh akar) biarkan sehingga keluar batang utama dan 2 helai daun pertama sebelum dipindahkan ke tapak semaian. Pokok Tomato aku duduk dalam pasu besar yang dicampur dengan Tanah Gambut dan habuk Kulit Telur (untuk meneutralkan tanah dan mengelak serangan siput). Dan Pokok Lemon dalam Pasu-pasu kecik di sorok sebab sering dicuri orang yang lalu lalang (ya ker?)
Batang Pokok Tomato memerlukan bantuan seperti kayu, tetapi petani Taman tidak mempunyai kawasan yang luas untuk memagar pokok Tomato ini, kita hanya perlukan batang 1 batang buluh (masa raya beli lemang tue... simpanlah 1, boleh potong sampai 12 bahagian) dan Dawai atau tali yang panjang (dawai lebih elok kerana lebih tahan cuaca; namun jangan tersentuh pada batang pokok; dawai menyerap haba dan merosakkan pokok). Baja dengan konsisten.... siram air sekurang2nya 2 kali sehari jika pokok terdedah dengan cahaya matahari yang terik.
Yang penting jangan takut pokok Tomato and togel (bak kata orang Johor..Botak... maknanya Tak ada banyak duan) biarkan. Jika diserang dengan ulat benang (daun/batang keputihan dan mati; daun merekut dan kering) terus potong hujung pangkal daun dan daun yang telah rosak perlu segera dibuang jauh dari pokok atau dibakar. Bagaimana nak tahu Daun Pokok Tomato kita sakit? Senang... Pokok ini akan tumbuh dahan/daun baru pada dahan daun yang sakit. Jika anda nampak ada anak duan maknanya potong aja dahan lama dan biarkan dahan baru tumbuh. Berapa tinggi pokok tomato anda boleh pergi? setinggi yang anda biarkan... sebab itu petani Taman di Amerika membiarkan pokok ini ditanam terbalik. Tanah di atas dan pokoknya dibiar tumbuh ke bawah; agar mudah memetik buahnya.
Pokok Lemon lebih mudah dijaga; biarkan anak pokok di pasu semaian sehingga batang pokok bertukar warna ke cokelet tua; baru dipindahkan ke pasu besar. dalam 20 x 20. Yang penting baja dan racun pokok; terutama pada tunas pokok yang menjadi kegemaran serangan. Dan rajin2lah baja, jika tidak hasil buah lemonnya masam.
Done; nak kongsi gambar pokok Kobis Gergasi yang baru berusia 6-7 minggu. Nie separuh sahaja, tapi selamat jiran-jiran dah tempah; tak perlu lah aku kena abiskan 11 pokok serumah.
Yut kata dia x faham: maka aku ringkaskan kat sini:
1. Pilih biji benih dan rendam dalam tisu basah+ baja air (sihat ambik, rosak buang)
2. Semai 1 atau 2 anak pokok dalam bekas kecil atau pasu sehingga keluar daun dan batang utama pokok keras sedikit.
3. Pindahkan ke dalam pasu besar yang kekal; dijaga dan disiram.
Kenapa tak tanam terus pada tanah atau pasu? Ini bezanya petani Taman dengan petani komersial yang mempunyai tanah tanpa had. Petani taman hanya memerlukan 1 pokok 1 jenis sahaja, maka baka yang terbaik sahaja di pilih dan anak2 pokok jenis lain juga boleh ditanam serentak. Maka hasil tanaman adalah sentiasa ada, kami tak ada 20kg lada sehari; tapi kami ada segengam lada cili, sebiji timun, 5 buah bendi sehari.
Comments