Skip to main content

Kuala Pilah.... Pengalaman Pertama kat Sini
Aktiviti Jalan-jalan aje

Kat ruang ini, aku tak nak cerita interview aku dulu... aku nak cerita tentang pengalaman aku bercuti tanpa keluarga aku dan hanya ditemani oleh kawan baik aku, Duyut ke Kuala Pilah selama 3 hari 2 malam disini.

Hotel
Atas nasihat bapak aku yang pernah ke sini, maka kami pun ambik keputusan untuk sewa bilik di Hotel belakang Shell di bandar Kuala Pilah. Baru aje buka, bulan 6 lepas aje, so barang2nya masih baru lagi tapi disebabkan masih baru maka janganlah harap anda dapat layanan yang sopan dan santun dari para pekerja mereka. Budak2 nie tak ada pengalaman langsung kerja kat hotel agaknya. Disebabkan bilik yang penuh terpaksalah aku membayar bilik Dulux pulak, tapi agak murah lah jika dibandingkan Hotel di Bandar-bandar besar... Harga bilik dari RM65-250 semalam. Nak lebih murah, anda boleh pilih hotel di bandar kuala Pilah cuma depositnya agak mahal, tapi harga bilik dalam RM 45-200 sahaja. Hotel Bajet pun ada.

Pasar Malam
Terkejut mula2 dengan harga barangan kat sini, murahnya buah epal (China Epal Pear) 6 bijik hanya RM5 aje. Dari satu lorong ke satu lorong kami pergi pusing dan belilah beberapa tudung dan pin yang murah2 tapi kami terdiam dengan harga makanan goreng disini. Sebagai contoh Rangka Ayam yang hanya dijual dengan harga RM2.50 di Batu Pahat tapi ianya dijual dengan harga RM3.50-5.00 disini. Saiznya lebih kecik pulak tue. Kesian mama kalau datang kat sini, terpaksalah tunggu balik BP kalau nak makan rangka ayam goreng. Boleh beli buah aje... huhuhhu ^^

Panggung Wayang
Nak dijadikan cerita, hari kedua kami disana adalah perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura di siarkan di TV2, tiba2 apabila balik ke bilik Hotel, Yut telah berjaya membuat TV 2, hilang siaran maka aku pun kembali ke rangcangan asal ke paggung wayang. Kat Kuala Pilah tak ada wayang so, kena ke Bahau atau Seremban. Bahau 20minit and ada lampu jalan tapi tak ada pilihan hanya ada lotus 5 aje, lagi parah hanya ada 3 movie aje: Melayu (Senario), Englis (Harry Porter) dan Tamil. Kalau ke Seremban 30minit, tak ada lampu jalan, and aku nie mmg tak tahu jalan kat bandar Seremban tue, cari Lebuhraya Utara-Selatan aku tahu. So, kami ke Bahau ajelah.

Air Conditioner a.k.a Aircon
Kawan aku nie, sepanjang 3 hari di Kuala Pilah memang berdepan masalah dengan aircon, bukan dia benci tapi sebaliknya. Obses sangat dengan aircorn, hari2 dia laraskan kekuatan aircon tue 16 Celsius, bila siang aku terimalah lagi kegilaan dia, bila malam aku naikkan laras ke 20 Celsius , aku terlelap aje dia turunkan balik. Esoknya, kat Panggung Wayang, terus sesak nafas, aku? aku sedang menangis layan Harry Porter. Aku pun kena gak tempais sejuk nie, disebabkan aku tahap permalas nak pakai selimut, so aku pun kenalah gak krem atau kekejangan otot sampai jari2 kali aku naik menegak, sakitlah jugak tapi aku mmg Malas nak layan perasaan sakit2 nie. Makin layan, makinlah sakit.

Makan
Pernah makan nasi Ayan RM8? bukan spesial atau nasinya digoreng, nasi ayam biasa sahaja, kosong... Nasi+Ayam+sup+salad. Memang tinggi harga makanan2 kat warung di kawasan ini, bergitu juga dengan harga sarapan. Maka janganlah terperanjat jika makan di kaki jalan lebih mahal dari makanan segera seperti KFC. Dijadikan cerita masuk hari ke 2 dan ke 3 kita orang makan aje kat Marrybrown dan Dimino Piza, lebih murah dan banyak pilihan.

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...