Skip to main content
Kalau kembali ke masa lampau, nak bawak apa?
Internet, B-yond dan Kad Kredit



Semalam dalam perjalanan balik dari Kuala Pilah, (cari dimana Komplek Sukan Kuala Pilah, Untuk PTC PBS, sabtu nie), aku terdiam melihat bertapa Kuala Pilah itu seakan Batu Pahat ketika zaman kecik aku, di kawasan Kampung Atap. Semuanya ringkas, hanya dihubungkan dengan jalan raya yang mempunyai 2 laluan dan kawasan Kampung, pokok dan kanak-kanak melintas tanpa melihat kiri dan kanan. Seronok? tak lah sampai tahap itu sebab aku tak boleh hidup tanpa Kad Kredit, yang ada hanya KFC dan resort sekitar kawasan peranginan di Ulu Bendul ini aje yang dikategorikan sama maju ditempat lain. Itu bukan topik yang aku nak kongsi kat sini cuma aku nak kongsi kenapa kita tak boleh kembali ke zaman dulu.

Soalan ini aku tanya kan kepada Adik aku yang berfikiran Moden dan rasa dalam dunia nie, dia adalah manusia yang paling bagus. Kalau duduk dengan dia nie, selang seminit aje dah menimbulkan sikap amarah dia... kadang2 dia dapat sabar, tapi muka dia ketatlah lepas tue. So, aku pun tanyalah dia

Ayang: Ayun, kalau kau boleh bawak barang ke zaman kau kecik2 kau nak bawak apa?
Ayun : Tak nak, aku tak boleh guna broadband kat zaman dulu. Tak ada line.
Ayang: Kau bawak aje streamx nie, line teliphone kan ada?
Ayun : Kalau aku kata kau bodoh, kau marah. Zaman dulu mana ada streamyx. Malas aku nak layan kau.

Aku pun bereda, mencari mama.

Ayang: Mama, kalau boleh bawak barang ke zaman mama kecik2 mama nak bawak apa?
Mama: Tak perlu bawa apa-apa, cukup kalau mama masih sihat.
Ayang: Bagus tue, berapa lama rasanya mama nak pergi?
Mama: Jangan terlepas cerita Korea Mama dah lah.

Aku hanya mampu ketawa, mama nie tak abis2 cerita Korea dia. Kalau ge jalan pun nak sabtu dan Ahad aje. Tak kacau cerita Korea dia, sebab tak ramai yang pasang B-yond, jadi mama hanya pergi rumah orang tertentu aje kalau hari biasa. Yang lain sila letak temu janji pada hujung minggu.

Kemudian aku pun tanya diri aku sendiri. Aku? Aku rasa pun sama macam ayun, tapi rasanya dalam 2-3 hari aje aku boleh duduk tanpa kemudahan zaman moden nie, itu pun mesti ada Handphone dan koleksi drama dan filem kat notebook sebab tak ada Internet. Jangan harap aku dapat duduk diam pandang kawasan hijau yang tenang tue, sebab aku ada alahan pada rumput dan ungas, mahu kenangan pahit masa berkhemah zaman sekolah akan menghantui aku semula.


Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...