Skip to main content

Jawatan Pengawai Belia dan Sukan(PBS) atau Pengawai Takbir dan Diplomat (PTD).

Aku kebetulan mempunyai masa lapang yang terluang (Penganggur katakan), dan secara kebetulan jugak aku adalah salah seorang calon yang akan bersama2 menyertai UKJK untuk permohonan jawatan kerajaan dibawah kelolaan JPA untuk berkerja dibawah KBS (Kementerian Belia dan Sukan).

Mak aku tanya kenapa aku mohon PBS dan bukannya PTD ? Aku pun mempunyai alasan yang tersendiri:

1. Tahun Sukan Malaysia; apabila Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa tahun 2011-2012 akan dijadikan tahun sukan maka secara automatik KBS perlukan pegawai sukan yang lebih ramai dari tahun2 sudah. Maka, buat apa berebut jawatan PTD yang setiap tahun hanya 20-40 jawatan kosong sedangkan yang mohon 14,000 orang bagi setiap tahun. KBS perlukan 40-70 pegawai baru sedangkan yang mohon tak capai 10,000 pun.... guna nisbah dah tahu yang mana lagi berupaya untuk bersaing.

2. International Sport Event, free. Siapa tak nak tengok acara sukan peringkat antarabangsa secara percuma? Olimpik 2012 di London, Sukan Asia di Korea mahupun sukan SEA kat Indonesia? tue tak termasuk kalau ada program pembangunan sukan, yang perlu kan Pegawai duduk kat Luar Negara... benda yang aku suka dan aku tak perlu bayar tapi dibayar.....

3. Aku dah lepas ke3-3 peringkat dalam ujian PTD dan hanya diletak kan dalam calon simpanan aje tahun lepas. Sbb tue aku malas nak cuba tahun ini, bosan rasanya buat benda yang sama tiap2 tahun (Aku nak tulis tip2 untuk lepas peringkat2 dalam ujian PTD tapi tahun nie, sorang pun kawan aku yang ambik ujian bertulis tak dipanggil utk ke PTC. So, nanti2lah aku tulis). So, tahun ini aku ambik keputusan untuk merasakan keperitan atau keseronokan pergi PTC (Program Training Center) untuk jawatan PBS pulak.

tiba2 bapak aku sampuk ayat aku. Itu kalau pegawai di bahagia Sukan, kau dah lupa yang dipangkal depanya ada perkataan Belia? kau tahu dan boleh jawab ke kalau dia tanya pasal program belia dari peringkat Sekolah, Daerah sampai International Level?

Aku terus terdiam dan mula mencari maklumat tentang Tugas Hakiki Pegawai Belia dan Sukan? dan 3 teras utama dalam KBS (1)Sukan (2)Program Belia (3)Latihan... Apa lagi, setiap hari aku kena lah bersenan dan kurang kan berat badan aku yang berat tue untuk lepas ujian Kecergasan dan kumpul maklumat untuk sesi perbincangan dan pembentangan untuk 5 aktiviti dalam PTC nnt. Doakan agar aku lakukan yang terbaik dan terpilih untuk ke stage ke 3. Amin~

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...