Skip to main content

Mak Mertua dan Tom Yam

just jumpa semula di post FB, aku ada menulis ke? rasanya ada cuma dah lama tinggalkan semua tue...

Mak Mertua dan Tom Yam

by Yang Izhani Ithnin (Notes) on Thursday, April 21, 2011 at 10:02pm
Suasana: Makan2 lepas solat Maghrib
Makcik 1: Kamu nie, kalau makan tak boleh ke depan sikit? Tumpah nasi tue
Aku :(Terus gerak ke depan sambil kutip nasi yang terjatuh)
Makcik 1: Telekung tue tak boleh tarik ke belakang, rimas aku tgk...
Aku : (Terus tarik telekung ke belakang...walaupun bkn aku yg dia tegur kali nie)
Mama : Macam Mak Metua aje kau nie...semua tak kena
Aku : (Dlm hati: Saya tak gerti masak Tom Yam, Asam pedas bolehlah..tak kan sbb tue, saya bkn menantu pilihan~asyik semuanya salah) 
p/s Gara2 aku tgk video ttg Cinta (Mak Mertua dan Tom Yam..gara2 tak pandai masak Tom Yam, x boleh khawin dgn anak dia)

Susahkan hidup kalau mak mertua mmg terang2 tak suka kita jadi pilihan anaknya utk dijadikan isteri. Rasa simpati pada seseorang yang aku kenal.... bila makcik2 bercerita... kalau aku jumpa si suami; layak ke dia untuk dimarahi? pada mulanya rasa marah kat dia...kalau sayang isteri tak kan biarkan isteri tue berendam air mata, usahakanlah sesuatu...awak yg tak izin kan dia berkerja jauh..kena ikut awak tapi biarkan dia di rumah jadi mangsa umpatan dan amarah mak awak... tapi dalam masa yang sama aku sedar si suami itu orang yang beriman, contoh masyarakat... mmg syurga di bawah kaki ibunya sampai dia mati mmg itu kewajibpannya untuk mentaati ibunya dan menjaganya... tapi kewajibpan seorang suami juga pada isterinya harus dilaksanakan... nafkah zahir dan batinya ... itu termasuk emosi si isteri... bkn bersama shj dikira batin ...

Aku bertanya pada mama, kalau ayang dijodohkan oleh Allah dgn lelaki yang ibunya yang zahirnya redha tapi batinya tidak... macam mana pulak? tak kan nak bercerai berai? kan perlu ada usaha utk mencegahnya? Mama jawab " tengok keadaan mama dulu. Keimana dan kesabaran itu adalah kuncinya, tapi si suami perlu faham dan sentiasa disisi isterinya untuk melepaskan kesedihannya. Ingat perkahwinan untuk mencari kereadhan Allah bkn untuk nafsu (keinginan) antara manusia ( tak kira dari segi apa pun dan tak kira sesiapa pun termaksud keluarga mertua)" Ingat khawini dia kerana agamanya bkn hartanya, pangkatnya, rupanya mahupun keturunannya"...

Aku terdiam...mungkin bila tiba masanya aku akan tahu jugak keadaan kenalan aku itu sebernanya...semoga rumah tangganya akan tetap bertahan dan bahagia macam kedua ibubapaku, sbb keredhaan Allah itu yang penting...dan berusahalah untuk tambat hati mak mertua yang tak berapa nak baik dengan mertua sendiri... sekarang aku hanya mampu berdoa dijauhi jodoh yang macam tue aje, kalau dapat rasanya aku boleh buat novel nnt ^^

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...