Skip to main content

Jenis Darah mengambarkan personality??? Aku AB so?

Kali nie aku nak cerita pasal..darah...ini sebab adik aku yang duk kata sebab aku jenis AB lah jadi macam nie...jadi macam tue...

Per rasa marah gaklah, mana boleh nak sama kan perangai seseorang dengan jenis darah? Kalau boleh, habislah susah nak kerja nanti...khawin macam mana pulak? Huhuhuh... so, dipendek kan cerita aku pun duk ‘Google’ and jumpa entri2 nie pasal orang berketurunan AB, betul aku macam tue? Bila aku baca apa aku taip kan bahagia personality kat blog nie, aku terus senyum...


Jangan Tanya kenapa aku tak letak poster “ My Boyfriend is Types B” sebab
Jawapannya; Suka hati lah
Okey, first kita tengok sejarah bab personality melalui darah a.ka ketsueki-gata, budaya ini dicetuskan oleh Furukawa Takeji seorang professor university pada tahun 1930’s di Jepun dan fahaman ini di popularkan oleh Masahiko Nomi seorang peguam dan penulis, dan budaya ini berkembang dengan meluas di negara sekitar Jepun seperti Korea Selatan danTaiwan. PERINGATAN; kita manusia yang ada agama sebab tue tak akan percaya benda nie, okey. Hanya untuk ilmu pengetahuan sahaja.

  
Mesin Jual Ko*** kat Jepun.
Walaupun macam x sesuai
 letak gambar nie,
 sebab blog nie tak serius,
so gambar x boleh ikut
skema jawapan peperiksaan
.



So kat laman web yang aku dapat di http://www.korea4expats.com seseorang dilihat melalui kelebihan personality dan kelemahan utama mereka. Maka, bolehlah bakal majikan atau keluarga bakal metua mereka mencari pedanan yang sesuai. Bos yang panas baran sesuai dengan pekerja yang optimistic dan tak berdendam, Suami yang kuat bekerja sesuai dengan isteri yang lemah lembut dan sebaliknya. So pendek kata orang AB macam mana?










Pendiam? rasanya lebih kepada
 sentiasa ada had
Kelebihan personality:

Orangnya ‘Cool’ ikut tren katanya, mempunyai sifat seorang Pengawal (Leadership Attitude), mudah terasa (beware of your word when talking with this group, yup.. one word can be means a war or peace), rasional dalam tindakan (book smart, ikut teori punya manusia; cikgu kata semuanya betul... ikut Fakta) dan pendiam (????...kadang2)






kekurangan dalam personality orang berdarah AB nie:
Pantang dengan orang yang
cakap tak serupa bikin.


Kita orang nie menyendiri (x suka tempat ada orang ramai? Betul tapi aku suka tengok konsert?) pemikiran yang lebih menjurus ke arah kritikal, maka akan ragu-ragu dan pendendam (Yap, sifat yang aku betul2 nak ubah). Dan Paling benci dengan manusia yang percakapan dan perbuatannya tak sama, kira tahap x boleh sabar dengan perangai nie.





So kesimpulannya:

Orang jenis darah AB nie mengawal sesuatu dengan pemikiran a.k.a Logik mereka dari emosi mereka. Seorang yang berfikiran rasional, bijak dalam mengenalikan kewangan mereka tapi tidak boleh di duga. ( Betul, kasik RM 50.00 sebulan pun boleh jimat, tapi boleh gak abiskan RM1000.00 dalam sehari..and bukan beli barang garjet pun). Seseorang yang suka kan jarak dalam sesuatu perhubungan tapi mereka lebih gemar keadaan yang meriah dan disebabkan personality mereka, mereka bagus bekerja sebagai pengantara. Mereka mempunyai 2 personality berbeza dalam masa yang sama, maka orang lain akan melihat mereka sebagai bermuka-muka dan tidak boleh dipercayai.

Boleh jadi baik dan jahat pada masa yang sama
Orang AB nie senang cerita ada personality orang darah A dan juga darah B.  So memang susah nak teka dia orang tengah guna personality yang mana pada orang yang mana. So siapa yang sesuai di jodohkan dengan orang AB nie? kalau ada masa, aku tulis lah, sebab banyak kat luar sana tulis benda2 macam nie, aku pulak just suka2 aje. Enjoy~




p/s: Duk nak cari gambar untuk entry nie aku telah duk membaca orang lain punya blog.. there are more nice than me.. types B people... huhuhu.. that why my dad (AB) marry my mum (B).. kita orang suka bila ada orang lain ada kemahiran yang kami tak ada..



Others link:
http://penrev.hubpages.com/hub/Blood-Type-Personality-A-B-O-AB
http://www.japanvisitor.com/japanese-culture/culture-blood-types
http://suyeong-imperfect.blogspot.com/2012/05/blood-type-personality-comic-strip.html
http://realcrazyman.blogspot.com



Others Sources:
Toshitaka Nomi and Alexander Besher,
 You Are Your Blood Type: the biochemical key to unlocking the secrets of your personality. New York: Pocket Books, 1988. 
ISBN 0-671-63342-2

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...