Perniaga Malaysia dihalau di Suria KLCC..... tahun 2007 dihalaunya Melayu tahun 2015 dihalaunya China Malaysia pulak
Aku nie sebenarnya duk tengah buat assignment untuk subject Marketing Leadership and Planning.... masih terawang2an sama ada nak submit kat UK cases study untuk company mana yang ada nilai yang boleh buat aku lulus, dan layak digelar Marketers in Malaysia nie. Aku nak buat study cases Cabulry coklat..kes halal dan haram..issue ttg kelembapan dlm Marketing Leadership and Planning mereka yang menyebabkan berbulan atau pendek kata sampai lah nie masih belum pulih seperti dulu. Tapi aku terbaca pulak kes Suria KLCC nie.... ah.. Leasing Issue and Nationality brand... aku ada pengalaman leasing dan dalam masa yang sama isu ini jugak isu yang lebih neutral dan berkonsep isu antarabangsa. Yap, kat UK pun isu keistemewaan 'Penyewa' ditapak2 niaga yang bernilai jutaan dollar harus ada nilai local company.
KES 1: Kelantan Delights
KES 2: LEVI'S/DOCKER
KES 3: BRITISHINDIA
* as example only; banyak kes yang senyap aje
Aku bukan apa... cuma ini adalah kebenaran dalam industry leasing/sewaan tapak niaga; siapa yang bayar lebih tinggi maka dia dapat tapak/lot kedai yang berada dilaluan 'Golden Dragon'... kalau bangunan baru yang dibuka tentulah the most basic and kurang 'perundangan' akan dipilih untuk memenuhkan ruang dan hanya 1-4 buah syarikat yang digelar 'anchor company' atau kedai penarik.. pelanggan akan diberikan keutamaan.... kes Suria KLCC nie memang drama company kaya... pendek kata kena kenal siapa Leasing Director dia siapa? (orang Austrialia tuelah) bukan yang nama Melayu tue... itu tahap executive macam aku aje... tak ada kuasa nak halau and pilih company nak duduk kat tapak mana (tapi kalau salah and perlu disalahkan yang kena pecat orang macam aku dulu yang kena)...kes macam nie akan terus akan berulang kalau kepala ular nya bercabang 3... bukan lidahnya tau...kepalanya...sebab yang buat keputusan dan duk makan sedap sebab company kaya2 yang duk ampu nak tapak bagus tue (dosa kalau ianya fitnah... maka anggaplah tak ada melibatkan agenda rasuah/habuan dalam memilih lot yang disewa)(Aku masa duduk dalam leasing pun makan free aje jumpa prospect...cash money dll semuanya untuk dapatkan tapak niaga... yang Tan Sri, Dato'....tak kira bangsa...siapa duduk dalam industry nie mmg tahu hitam/putih dan kuning...tepuk dada and tanyalah Iman sendiri).
Kalau kat Eropah memang ada hak perniagaan tempatan dalam kategori "Monopoly" dimana penguasaan terhadap sesuatu pasaran oleh sesebuah syarikat.... tapi kat sana more specific kat Malaysia tak ada... tue yang kiranya dah cukup baik kalau ada syarikat Malaysia kat ceruk2 lot kat tangga atau kat hujung bangunan dari tak ada. Kenapa? tanyalah tuan punya Suria KLCC itu, TUAN PENGARAH tak ambik pusing polisi nie, sebab pada mereka jika jumlah kutipan sewaan semakin meningkat apa salahnya dengan pentadbiran mereka. Itu yang bila menteri nak settelkan kes 1 dan kes 2 tak ke mana.... tapi bila kes ke 3 masuk, mereka terus ke Makamah... sebab Menteri nak buat apa? Lesing Director tue tak takut pun....mereka mampu bayar denda dan kalau mereka rasa malas nak lawan sebab akan menggangu imej mereka..maka akan dipanjangkan tempoh sewaan 2-3 tahun lagi dengan kadar bayar tambahan 5-7% more... itu yang baiklah kalau tak, dia batalkan perjanjian bayar ganti rugi...1 lot pun dia x akan sewakan... kesudahnya Leasing Director tue tetap menang dan syarikat Malaysia dah boleh berkira2 untuk bungkus.
kenapa kalau kami bayar tiap2 bulan tak penah lewat dan berniaga selama berpuluh tahun, dihalau dari lot kedai kami? jawapanya senang.... Leasing agreement selalunya dalam tempoh masa tertentu... dan berbagai kaedah.... tapi keuntungan syarikat dinilai dalam kadar tahunan, jika tidak ada kenaikan,
pertukaran syarikat maka mana untungnya? nak profit sharing? kalau kedai anda ada jaminan pelanggan maka boleh jugak dipertimbangkan oleh pihak Leasing...tapi kedai hidup susah mati pun susah...macam mana? nak Leasing Director bersifat nationalism? which national are we talking right now? kalau yang dipilih adalah bangsa luar... kenapa nak bising? Yang salah kerajaan Malaysia? Petronas? atau sifat tamak manusia? aku jawab sifat tamak manusia yang tak ada agama... tak kira yang mana... dari tuan Pengarah, Leasing Director, para perniaga luar/tempatan.
Kalau nak mengamuk pun x ada guna sebab ada undang2 penyewaan yang ditandatanggan bersama.... cuma kalau sampai tahap ugut dan halangan memang patut kena saman pun... tapi mereka dilindungi undang2.
Maka kepada akak2 dan abang2 yang rasa business online dah maju and nak buka kedai or butik personal kat ruang niaga shopping mall atau kedai teres silalah baca dan rujuk dengan pakar/orang berpengalaman sebelum pada satu hari, kedai anda disita, anda di blacklist kan... percayalah aku dah banyak tengok dan hanya mampu selamatkan berberapa owner aje.. kalau rugi beribu tue biasalah kalau dahlah rugi beratus ribu, kedai pulak kena tutup... sekurangnya2 kes Tenant kat Suria KLCC tue merasa gak untuk berniaga sampai berpuluh ribu sale sehari... yang duk niaga kat Giant, Tesco,Aeon tue? siapa lak nak tolong mereka? naik sewa suka hati pihak pengurusan... masalah rakyat Malaysia nie adalah sifat kesian yang melampau... dah kena tipu pun masih angap bukan rezeki mereka....kesian~
all thanks as be link.
Comments