Skip to main content

Kanser Paru-Paru; Kenapa Perempuan lebih pentingkan Cinta dari Nyawa sendiri?

Aku menulis post nie dengan sedikit emosi yang sangat2 marah dan hampir menjadi kurang ajar kepada orang yang jauh lebih tua dari aku. Pada mulanya aku merasakan sedikit sedih dan simpati apabila salah seorang makcik aku meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Mungkin itu ajalnya...
Simpati aku pada pakcik aku dan anak2nya yang ditinggalkan. Itu kisah lama mungkin 4-5 tahun dahulu... Pakcik aku pun dah ada girlfriend baru....


Kemarin aku diminta mama untuk menghantarnya ke hospital untuk melawat kawanya yang sakit.
Aku : Mama nak melawat siapa?
Mama : Kawan-kawan mama... ada dua orang kat hospital tue
Aku : sakit yang sama ke?
Mama :Ya, kedua-duanya ada kanser paru-paru.
Aku : ......
Mama : suami dia orang perokok tegar.... dia hisap rokok ada penapis... yang bini tiap2 hari hidu asap rokok yang dihisap... dah berpuluh tahun hidup bersama, dah tua2 dapat kanser pulak.
Aku : Suami dia tak ada apa2? yang dapat kanser bini dia? Suami nya jaga tak? atau dah sibuk cari calon lain?
Mama : Rasanya jumpa kat Masjid hari tue... kau nie nak marah kenapa? dah cinta katanya... kalau tak jaga bini dia sekarang, menjawablah suaminya depan Allah swt nanti.




Ah...geramnya aku pada Si perokok nie.... keluarga aku x ada perokok... Babah x merokok dan dia memang benci gila perokok... abang ipar aku pun bukan seorang perokok... Aku ada alahan pada asap.. kalau ubat nyamuk pun boleh buat aku alahan... maka asap rokok jugak memang buat aku benci dan kadang2 aku memang benci tahap gaban dan cakap terang2 kat mana2 lelaki yang merokok kat depan aku..Aku memang marah dan rasa dia bodoh serta tak hormat kat orang lain..... lagi2 kalau kat kedai makan... memang pantang..memang aku akan bangun dari kedai tue tapi lepas aku marah dulu....so.. seingat aku itu syarat utama nak jadi pakwe aku.... seorang pun bukan perokok...., 


Aku memang tak suka dan merasakan lelaki yang merokok adalah seorang yang pengotor, pembazir dan orang yang tak mampu mengawal nafsu (kalau fatwa dah kata HARAM tapi tetap hisap, aku tak tahu dia letak mana keimanan dia) dan kalau perempuan yang menghisap rokok? terus terang aku rasakan sama hina dengan pengzina. Jangan kata aku hormat, nak cakap dengan perempuan yang merokok pun aku rasa x perlu. Lagi2 yang pakai tudung, muka putih suci kononnya... tapi duk hisap rokok dengan budak2 lelaki siap boleh kongsi2 rokok lagi.... demi Allah swt, aku hanya mampu mendoa agar orang macam nie... biar dia yang dapat kanser bukan pasangan mereka yang tak menghisap rokok dan lebih2 lagi anak mereka yang masih kecik. Ya Allah, sanggup mereka mengadaikan nyawa orang lain kerana rokok? kalau hisap dadah yang sakit adalah orang yang menggunakannya tapi si perokok? mereka pembunuh sebenarnya kalau ingin meruskan cara hidup sebagai perokok pastikan yang mati kerana kanser paru2 adalah anda bukan pasangan anda dan anak anda!!!!

kenapa makcik yang kena bertarung dengan kanser paru-paru pada usia emasnya?????... usianya harus diisi di masjlis2 agama... kelas2 agama dan berjemaah dalam solatnya bersama rakan2nya dan makan berdua2an dengan suaminya apabila semua anak2nya telah membesar dan berkeluarga sendiri. Tapi bertarung di hospital tanpa teman dan meraung kesakitan menunggu ajal. Itu bukan CINTA... itu bukan kasih sayang yang membawa ke SYURGA... itu pembunuhan...Tolonglah perempuan di luar sana, jika anda bukan perokok maka pilihlah untuk menyayangi nyawa anda dengan mengatakan tidak pada perokok sebagai pasangan hidup. CINTA tak semahal nyawa anda.

I found this post that show the really 1st sigh that conser maybe in your lung. 
Baca dan bertanya dengan doktor; jika ada insurance kesihatan apa salahnya jika anda gunakan kelebihan itu sebagai satu peluang untuk buat medical checkup. Please Woman Love yourself over your spouse.
https://sitik.wordpress.com/2012/07/27/tanda-amaran-awal-kanser-paru-paru/

My Auntie and my mum's friend there are all late stage patients; tak ada sorang pun penghidap kanser stage 1 or 2... but all of them in end of stage 3 or stage 4 cancer patients. I meet one of my Prof in UiTM who is cancer survival because she found out about the cancer in early stage... one of my question is.... "Tak kan Prof tak tahu rasa perbezaan pada diri puan?" and my Prof said " Every single woman know went their have something in their body but the Deny Stage is make us believe that nothing wrong" .  So please.... kanser paru2 tak sama dengan kanser payudara yang dapat dikesan kerana genetik dan sebagainya.... kanser paru2 adalah pilihan gaya hidup yang nyata. So please again and again love your live over smoker.




Comments

Rakan mama meninggal dunia pada petang Jumaat 13/2 seminggu selepas mama melawatnya. Hari yang sama aku ke Shah Alam untuk kelas CIM, maka kami tidak dapat melawatnya untuk kali terakir. Al-Fatihah.

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...