Skip to main content

Berdepan dengan berita kematian... kenyataan dan persoalan para wartawan



Tergerak hati untuk menulis post nie bukan semata2 nak menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MAS mengenai layanan dan mengasingkan keluarga para penumpang dengan dunia luar selepas berita pengesahan kehilangan/titik akhir penerbangan pesawat MH370 di lautan India Selatan diumumkan. Walau wartawan asing menghentam kenyataan ini dan menyatakan tindakan kurang ajar MAS dengan "memulaukan" keluarga ini dari dunia luar.

Tapi ini adalah sesuatu yang aku rasakan dan ingin kongsikan kisah 19 tahun yang lalu; Terima Kasih kerana mengasingkan aku dari para wartawan dan orang ramai ketika kematian Arwah Abang. Kerana ianya mengurangkan tekanan dan proses penerimaan apa itu kematian. Mungkin kisah aku tidak sehebat MH370 tapi bukan itu yang aku nak ceritakan tapi bahang dan tekanan perasaan yang berlaku dalam diri itu yang perlu aku kongsi agar jangan sesekali orang kata "Sabar, kami faham dan rasa perasaan yang sama. Kami jugak kehilangan ahli keluarga". Jangan... itu adalah perkataan yang paling aku benci ketika itu dan sehingga kini apabila ada yang ditimpa ujian Allah yang berkaitan dengan nyawa dan ajal, aku akan pastikan aku tidak akan mengukai kata tersebut. Tidak ada 1 kematian pun yang sama dengan kematian yang lain, kehilangan seorang Ayah tidak sama dengan kematian seorang Suami, kehilangan seorang Ibu tidak sama dengan kehilangan seorang Nenek yang membesarkan kita; sebab cerita tidak sama... masanya bersama kita tidak sama... kata2nya ketika bersama kita tidak sama.... Pertolongan kecil siMati dengan kita jugak tidak sama...

Kenapa para wartawan mengatakan ahli keluarga tidak selesa dengan pengendalian kehidupan mereka di Malaysia sepanjang proses ini? Jawapan aku; tidak ada ubat atau perkataan yang dapat menenagkan hati seorang Ibu yang kehilangan anaknya, tidak ada Jawapan yang TEPAT untuk menghilangkan rasa gusar hati seorang Adik yang kehilangan satu-satunya Abang yang ada; tak ada apa yang boleh di buat. Kasiklah Duit sebanyak mana pun; berikanlah katil empuk dan hotel 5 bintang sekali pun... ianya tidak dapat memberi kepuasan dalam diri.


Perasaan Marah, meluat, kecewa dan perbagai soalan memain diminda; secara jujurnya disinilah kita dapat melihat di mana Iman seseorang; bagaimana ISLAM adalah agama yang membuatkan penganutnya berpanggang pada ketentuan Allah. Ketika berita kehilangan arwah Abang diberitahu pihak Polis, hanya aku seorang diri sahaja...tanpa keluarga; yang ada hanya Nenek dan Makcik aku... mereka tidak melatah malah langsung tidak menangis...sebaliknya aku yang gundar gulana...termenung..memikirkan semua ini mustahil kerana aku yang membiarkan Arwah Abang keluar rumah tanpa memberitahu sesiapa 2jam lalu... aku rakan subahatnya... arwah abang akan balik sebelum magrib ada masa lagi... berbagai cara aku buat..mengaji..berdoa dan solat... tapi tak dapat melenyapkan rasa takut yang teramat sangat...

Para wartawan mula datang; jiran tertangga, rakan taulan babah dan mama serta saudara mara dari jauh dan dekat... tapi kelibat keluarga aku sendiri tidak kelihatan disebabkan mereka tidak ada dirumah. Bila berita ini sampai kepengtahuan babah dan mama; babah dikerjakan ke Hospital kerana serangan Jantung... Mayat belum ditemui; operasi menyelamat masih diteruskan oleh pihak berkuasa namun keadaan rumah ketika itu..rasanya sesak dan aku dah hampir lupa apa yang sebernarnya berlaku. Syukur Mayat Arwah Abang ditemuai oleh pasukan pencari dan penyelamat Malaysia pada hujung malam hari yang sama; penderitaan kami sekarang hanya diselumbungi dengan penerimaan sahaja kerana kami tahu dan pasti Arwah Abang telah meninggalkan kami buat selamanya; rauk wajahnya tersenyum walaupun pada penghujung nyawanya dikhabarkan berjuang memberikan bantuan tapi mengakibatkanya hanyut dibawa ombak. 

Itu kisah aku yang kurang 2 jam bertemu sebelum dimaklumkan pihak Polis yang Arwah Abang lemas bersama rakan-rakan yang lain... kurang berberapa jam selepas itu mayatnya ditemui, sedangkan mayat terakhir ditemui adalah 2minggu selepas kejadian... ianya cepat...bagaikan mimpi sahaja... tapi bayangkan perasaan MH370 ini; lebih dari 8 jam baru dimaklumkan.... lebih 360 jam baru dimaklumakan tidak akan ada yang selamat..dan entah berapa ribu jam lagi untuk menjumpai mayat mereka?... Janganlah tanya mereka, mereka rasa makanan yang di hidangakan sedap? katil empuk? Dr/Kauselor membantu? memang semuanya tidak bagus sebab Emosi mengatasi rosional...

Kalau ikutkan pengalaman aku; yang banyak memberi reaksi negative apabila ditanya para wartawan adalah orang yang tidak menerima ketentuan dari Allah; lebih buat aku geram reaksinya datang dari Si Abang kepada Si Mati; tapi ada para wartawan itu tanya dalam setahun berapa kali dia jumpa adik dia? Dalam setahun berapa kali adik dia tidur bermalam di rumah dia? Emosi nya bukan gambaran sebenar. Dan secara jujur soalan wartawan ini memang kurang etikanya bukan semua tapi kebanyakkanya. Kisah aku 19 tahun lalu; tapi bila aku mendengar soalan yang sama ditanya kepada keluarga Si Mati; soalan2 "bodoh" ini masih ada... dan jawapan yang dikhendaki hanya akan diberi oleh golongan di atas sahaja. Dan dalam kes aku, Pakcik aku ada 27 orang, yang ditanya tentulah si Pengarah dan Si Engineer; yang secara jujur kalau bernasib baik hanya jumpa masa Raya sahaja... setahun sekali; tapi bercerita macam mewakilkan seluruh keluarga aku. Bila baca berita dan menonton siaran TV; akhirnya kami diajurkan semakin banyak soalan.

 Berhenti bertanya soalan "bodoh" kerana sebagai ahli keluarga mangsa, aku pasti mereka juga diselumbungi soalan yang tak ada jawapanya... hormati kami sebagai manusia... dan jika ada yang meluahkan rasa..dengarlah..tapi percayalah apabila kemarahan hilang dan kewarasan timbul maka akan lahir penyesalan. Kepada ahli keluarga dan sahabat handal MH370 penumpang dan kru penerbangan; berdiam, bertakaful, banyakkan berdoa agar Allah kembalikan kewarasan selepas ditimpa musibah ini. Ingat yang hidup akan mati, dan waktu dan saatnya sudahpun ditentukan Allah. Esok lusa, kita juga akan menemui mereka di alam seterusnya.

It not an easy moment as I take 10 years to accept that my Brother won't and never will come home again... it take me more than 10 years to stop talk about "if his alive".. and it take me 10 years to talk about this event with others but I still cry went I told the story. and until now after 19 years I still scar to see an ocean went alone, I still can't brave myself to go to his grave and I still keep his picture and letter event my parent has throw and burn all his belonging as I has the difficulty to accept the reality. For me, please take your time but the life must go on... event the reality is difficult went your lose someone that mean a lot to you. Please don't kill yourself..


Picture owner as attach.

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Selepas Diploma\Digree; what next... kemasukkan ke Program Professional

What next... apa yang diperlukan oleh anda selepas ambik Diploma\Digree; banyak pilihan dan semuanya ada Pro and Contra. Cuba buka minda anda dan pilih khursus yang semakin hari semakin tinggi keperluannya dalam bidang berkanun atau swasta kini; Khursus Profesional yang di tauliahkan oleh Intitusi antarabangsa ataupun Malaysia. Kebanyakkan bidang ini dimonopoli oleh bidang perakaunan dan pengamal Undang-Undang; bahkan tangga gaji mereka juga adalah lebih tinggi dari pelajar yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian atau dengan pengalaman untuk diserap dalam sektor awam.  Post ini khas untuk para pelajar lepasan Diploma atau Sarjana Muda; yang ingin melihat pilihan yang lain dari menyambung pengajian mereka ke peringkat Sarjana Muda atau Sarjana. Khursus Profesional ini mempunyai beratus jenis sijil yang di keluarkan dan ianya bersifat sebagai penambahbaikkan ( aku gelarnya 'booster') pada kelulusan yang dikeluarkan agar Sarjana Muda yang dikeluarkan mempunyai ...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...