Holiday n Trip |
Menyambut ulang tahun kelahiran; percutian yang diracang semakin ke Laut... bermula dengan racangan ke Batam, Indonesia sehingga ke Universe Studio di Singapore semuanya tidak menjadi gara2 tak ada pengalaman dan keengganan Babah untuk lepaskan kami adik beradik pergi bersendirian. Mungkin dah nasib aku, Pasport yang dibuat hanya untuk di renew setiap tahun dan di simpan dalam peti tanpa di cop oleh pihak Imigeresen
Others Country; dekat tapi kos tak berbaloi |
Teringin sangat; tapi umur jadi had |
Nak dijadikan cerita, perancangan ke luar negara gagal maka beralih ke lawatan seMalaysia; pada mulanya ke Legoland Johor, ke Sabah; namun bila aku mula berkira2 tentang Kos dan Masalah yang bakal kami hadapi tanpa Agen Perlancongan maka Babah dengan kuasa Vetonya lagi membatalkan racangan kami. Mula berputus harap; duduk aje kat Malaysia tapi tak boleh jauh, perancangan mencari resort dan kawasan pulau menjadi tempat seterusnya mungkin menyahut seruan Tahun Melawat Malaysia 2014 (kesunguhan untuk pergi melancong mmg tebal dijiwa kami anak beranak nie) dari satu lokasi ke satu lokasi kami cari dan pilih; hebatnya tarikh mmg ada tapi tempat tiada. Nak dijadikan cerita kami sepakat ikut rombongan ke Utara yang merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak 2hari 1malam (2D1N) tapi ada aje kepincangannya apabila Along dijadualkan bersalin pada 22hb dimana Babah n Mama akan ke Songkla, Thailand. Duit muka dah bayar tapi Mama tak boleh pergi selepas berbincang maka kesudahannya Mama ikut kami berdua ke Utara danBabah akan ke Thailand dengan geng Suraunya.
Sabah bah; rasanya mmg menguji keinginan nafsu ke sana |
Hati berat pada 5hb tue, tapi aku rasakan tak ada kemalangan yang akan menimpa diri aku dan keluarga; ianya perasaan yang sama masa aku pergi tgk JDT lawan Kelantan Final Piala FA tahun lepas (Buat apa nak tgk kalau kalah; kau akan sedih) tapi difikirkan semula dah hampir 7 tahun aku tak menjejakkan kaki ke P.Pinang mungkin pengalammya tak manis tapi ianya pengalaman untuk diri aku sendiri. Dipendek kan cerita semuanya serba tak kena.... kami tiba lewat... terlebihnya seorang penumpang yg menyebabkan ada yang terpaksa bergilir untuk duduk/baring di luang kargo dibelakang bas... cukup meyeksakan... tapi yang pasti kami kebayakkanya masih mampu tersenyum lagi walaupun ditempat kami bershopping masa yg diperuntukan singkat dan masa yang kami tak bershopping kami diberi masa yang sangat panjang... mungkin itu luahannya sahaja.
Perlis |
Penang; lalu 2-2 jembatan |
6hb berita kehilangn MH370 (penerbangan MAS dari Malaysia ke China) sedikit sebanyak menjadi isu perbualan antara kami; bila mama tanya aku soalan, "Kau rasa apa Yang?"; Aku hanya mampu tersenyum, ianya mengingatkan aku dengan tragedi 11/8 Aku menangis nak ikut pakcik aku ke Cameron Highland ketika itu; aku n Along serta saudara mara yg lain hampir 20 orang (kami ikut aje walau babah n mama tak kasik pada mulanya) percutian kami bertukar menjadi hambar, maka 6/3 aku rasa percutian ini akan jadi hambar jugak. Sedih? atau Marah? susah nak jawab soalan nie aku tak boleh pentingkan diri dengan merasakan kerjadian ini tak ada kaitan dengan aku dan sehebat mana pun yang aku boleh lakukan adalah berdoa sahaja; hidup aku perlu diteruskan. Aku pernah kehilangan Arwah Abang tanpa sebarang pertanda; tiba2 sahaja aku dimaklumkan abang aku sudah hilang dihanyutkan arus laut selang 3 jam kemudia mayatnya dijumpai. Sedihnya tak sama dengan orang yang hilang dan hari demi hari tidak dijumpai.
Kedah, sawah kering kontang tapi Muzium Padi masih menarik |
7hb kami berangkat pulang; malam didalam bas nie dipenuhi dengan suara2 warga emas; menyanyi karaoke yang disediakan oleh agen perlancongan kami. Tiba2 hati aku berdetik (hentikan nyanyia dan sorak gembira nie bila sampai kesempadan Pagoh jika tidak bala besar akan menimpa) tapi aku masih bersorak jugak jam merapati 12 tengah malam dan bas menyusur laju masuk ke sempada negeri Melaka-Johor. Tiba2 salah seorang penumpang menunjukkan tanda lelah; nurse bersara sedaya upaya membantu (rombongan bas nie penuh dengan warga Emas dan warga persara)... walaupun ada antara kami yang masih ketawa... tiba2 keadan bertukar sunyi apabila dari lelah, pakcik tadi diserang sarangan jantung. Aku terdiam, Ya Allah semoga pakcik tue tak apa2 dalam hati aku berdoa... perjalanan kami makan masa 30 min untuk keluar di Yong Peng dan ke klinik kesihatan. Syukur, semuanya selamat. Tapi mulut ku yang celupah nie "Apa lagi yang tak ada?"
Perak, shopping Buah2an... Jangan lupa kuah rojak Mak Be kat Kedah |
Selang 2 hari kereta aku terlibat dalam kemalangan lagi... Ah..ada lagi rupanya.. mama kata kau nie kena buat solat Taubatlah Yang. Aku terdiam; ada betulnya.... tapi bukan aku yang kena langgar... Mama mula mengeluarkan teori2nya; Allah turunkan azab bukan pada yang buat dosa sahaja Allah turunkan azab pada semua agar beri peringatan pada kau yang Allah mahu kau melihat kekuasannya.
Ayat nie berterusan bermain diminda aku hingga sekarang; jika kita melihat kejadian MH370 sebagai bala untuk Malaysia dan bukanya pertanda bahawa Allah menunjukkan kekuasaaNya pada kita maka kita adalah golongan yang rugi. Kemalangan di depan mata kita walau yang mati adalah orang lain tapi ianya hidayah dan pertunjuk pada kita juga bahawa apa sahaja dibumi ini adalah pinjaman semata2. Terharu mendengar khutbah Jumaat di Masjid Negara tadi; menangis Imam membacakan doa... semua kita kena buat solat Taubat bukan yang ditimpa malapetaka sahaja; kalau nak kira yang Islam dalam kapal terbang tue tak sampai 10% pun tapi yang diuji sebenarnya adalah berjuta rakyat Malaysia yang memperlekehkan Ajaran Islam. Memang perlu usaha sampai tahap, kalau perlu bawa kapal korek sekali pun maka gunakkanlah tapi kuasa Manusia hanya terhad pada pengetahuan kita .
Aku rasa ada betulnya kata mama, aku hampir menyaksikan bagaimana manusia mempertaruhkan segalanya hanya untuk menyelamatkan nyawa seorang kenalan dan bagaimana kecelakaan kereta tapi masih ada yang selamat. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan bantulah mereka yang mencari pertunjuk dimana ahli keluarga mereka yang hilang.... Jika Dilangit turunkanlah, Jika Dilaut timbulkanlah, Jika didarat temukanlah dan Jika Dihijab maka Engkau Ya Allah buka kanlah. Bantulah kami manusia yang hina ini. AMIN
All picture thanks to the original owners as attach in picture.
Comments