Skip to main content

Mak dah tak ada

Mama: Ayang, Mak Jah, Call.  Kata Mak dah lain macam.
Aku: Tak ada apa2lah, Khamis nie kita naik KL.

Mama: Kita call Mak Ngah lah.
Lepas 20 minit
Mama: Ayang, Mak Ngah kata nafas mak dah tinggal kat dada aje. Mama naiklah KL sekarang dengan babah
Aku: Okey, Kalau ada apa2. Call ayang, ayang naik KL bawak ayun. Kalau dia balik awal lah. Kalau balik lepas pukul 10 mlm. Ayang x nak drive ( Aku ada pengalaman tertidur masa drive dari Muar ke Batu Pahat; Takut (Dah 3 orang yg aku kenal meninggal asident kat area Muar-Batu Pahat; Demi Allah aku tak nak join dlm club tue)) esok baru ayang drive naik KL.

So, aku tidur, makan KFC yang ayun beli dan sambung lepak tengok drama Korea aku. Aku sendiri kalau fikirkan semula mmg aku lain. Dalam keluarga aku nie Babah gelar aku 'Bomoh' sebab aku ada firasat ttg sesuatu yang buruk akan berlaku. Kalau Chua (permain Hoki Kebangsaan; Idola aku) tue masa kematian dia pun aku dapat pertanda tapi nenek aku sendiri, aku tak rasa apa2, kalau difikirkan;Hairan? keistemewan aku hilang; rasanya ianya hilang pada masa yang betul2 aku perlukan? (Babah sempat sindir aku; tuelah orang nak jadi doktor tapi kau jadi bomoh.... ahhh..aku pun tak nak, cuma aku penah dapat pertanda sebelum Ramadhan tue aku akan kehilangan 2 orang yang sudah lanjut usiannya; selang 2 minggu nenek Abg Shahril meninggal, lepas tue aku tanya ayun; siapa lagi yang sakit? ayun berseloroh kata Mak lah, kan dia dah mula nyayuk...aku hanya senyum..."Mak kuat"...aku kata)

Pukul 5.30 petang aku terima panggilan dari Mama yang mengata kan Mak dah meninggal dunia, mama tak sempat jumpa sebab masih di R&R Seremban, rehat dan solat. Selepas berbalas panggilan telephone antara Mak Jah dan Babah, Mak Pah, Ucuk; akhirnya sepakat bahawa; jenazah Mak akan dikebumikan di Kuala Lumpur dan dikebumikan esok (Mak Jah tentukan tempat kebumi dan Babah dapat mintak agar mayat dikebumi pagi keseokan harinya; beri peluang untuk semua orang balik).

Aku? terpinga2 demi Allah; aku tak dapat nangis, walau setitik air mata pun atas kehilangan seorang nenek yang menjaga kami adik beradik dari kecik hingga kami dapat berpindah ke rumah kami sendiri (Ya, sehingga aku berusia 9 tahun; Abang pun meninggal kat umah Mak juga). Nenek yang kami panggil "Mak"; panggilan tue sahaja dapat mengambarkan keadaan nie sepatutnya tak berlaku.

Mungkin sebab aku bukan cucu kesayangan mak, mungkin aku cucu yang paling kuat menangis masa kecik, dan paling menyusahkan mak. Maka, hubungan kami memang dingin; masa mak sakit pun aku langsung dia tak kenal. Tapi bak kata babah; kita jangan simpan perangsaka buruk, doakan yang terbaik, tapi percayalah semua orang ingat aku antara yang rapat dengan mak selain Ayun. Ayun rajin teman mak, cuti semester aje balik lepak borak dengan mak. Aku? cuti sems pun lepak kat universiti study; balik umah duduk aje kat umah. Mungkin sebab tue hubungannya makin ranggang... maka salahnya pada aku jugak.

Bila kali terakhir tidur kat umah mak? sebelum rumah tue dibiar di mamah tanah. mungkin 5-4 tahun yang lepas masa ucuk pindah umah baru dan Mak duduk sorang2 kat kampung tue. Syukur aku masih jadi penggangur kat umah, orang lain terpaksa balik ke pejabat sebab hanya mampu cuti sehari dan telah cuti panjang semasa raya; tapi aku masih mampu hadirkan diri untuk membaca Surah Yassin dan ikut buat tahlil arwah (Hukumnya Harus; atas niat untuk mendoakan si Arwah dengan ihklas; Jadi isu bila seorang artis yang beragama Islam buat statement panas kat TV rasa ceteknya ilmu tapi kenapa benarkan dia berhujah? ) 

Semoga Mak telah menampunkan dosa yang aku buat terhadapnya; mungkin aku penah mengecikkan hatinya dengan kata2 atau perbuatan, dan menghalalkan makan dan minum aku. Rindu dengan ayam masak merah mak dan nasi goreng kicap mak, semoga ditempatkan di kalangan hamba Allah yang soleh dan golongan penghuni syurga. Agar doa Mak untuk berjumpa Arwah Tok Ismail di syurga di makburkan oleh Allah. 






and just share Hukum Tahlil Arwah nie:

http://www.youtube.com/watch?v=qn-iP4RuvmU



Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...