Skip to main content

Bulan kemerdekaan Malaysia dan Kembara Mahkota Johor 2013

Masa untuk tunjukkan kecintaan anda kepada nagara; lupakan fahaman politik anda dan keutamaan individu.

sebagai orang Johor; aku sedang sibuk dengan aktiviti Mahaban dan Rombongan Kembara Mahkota Johor kat Batu Pahat nie berbanding dengan bahang Merdeka. Zaman sekolah boleh lah kata bersemangat extra..lepas tue susut, dimana hanya kibaran bendera di kereta...dan sekarang semakin suam...hanya ambik tahu tentang tema sambutan dan tahun keberapa sambutannya...ke 56 Tahun (selalunya kalau orang tanya cepat2 nyanyi lagu Sudirman and tolak dengan tahun semasa)
Tahun nie; Mama pasang bendera kereta aje kat rumah.
Mana bendera besar? Nak bawak ke Ipoh tgk hoki Piala Asia
#TributeforChuaBonHuat

MALAYSIAKU BERDAULAT;
TANAH TUMPAH DARAHKU.

bunyi dah macam sologan skuad Harimau Selatan; Johor Tanah tumpah darahku, LUASKAN KUASAMU JOHOR. selamat rombongan kembara Mahkota Johor guna tema PERPADUAN; kalau tak dah macam pesta bola pulak... angaknya TMJ akan cemar duli datang BP tak???? untuk orang yang bukan asal dari Johor program KMJ nie bukannya ada TMJ pun tapi Sultan Johor sendiri yang akan datang dan keluarga diRaja hanya akan ada di tempat2 tertentu aje... tapi rasanya orang BP lagi suka kalau skuad JDT and JOHOR datang kot.... Last time TMJ bawak Fazura;huhuhuhu~ tapi orang Johor mmg tak ambik pusing.



Hari Kemerdekaan Malaysia dan Pertubuhan Malaysia

Bukanya atas asas Hari Cuti Umum tapi ianya harus di isi dengan ilmu. Sekurang2nya anda tahu lagu temanya...agar anda tak akan bertanya soalan yang bodoh kepada orang lain atau memberi jawapan bodoh sehingga anda diaibkan...tapi selepas aku mendengarnya..adakah aku kembali ke zaman 80'an???paling teruk pun ke 90'an lah..macam mana nak anak muda nak hafal dan nyanyi bersama2 kat Radio atau TV...


lagunya aku tak boleh nak upload and tak ada kat youtube maka gunakan link nie sahaja: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/galeri/lagu-kebangsaan-a-patriotik
betul2 hanya kepada yang bersungguh nak tahu; yang lain x perlu. Siapa agaknya Menteri yang terlibat?


Kembara Mahkota Johor 2013

Untuk aku KMJ bukannya sesuatu yang aku tunggu2 tapi aku suka kejadian selepas KMJ berlaku; semakin teruk kawsan yang dipilih Tuanku Sultan Johor, semakin bagus untuk kami Rakyat biasa nie; mahunya bertahun2 jalan berlubang tapi dalam 1 mlm aje boleh dapat Jalan Baru siap dengan lampu jalan. Kalau gerai2 tepi jalan tue tak ada sistem perparitan atau usang, dalam seminggu semuanya siap baru... masa tue aku and Family akan pergi melancong melawat tempat yang dipillih Tuangku dan rombongan... tak ke best tue?... tak payah berpayah datang masa KMJ datang (sesak dan kotor-banyak sampah, orang ramai buang kat tepi jalan) tapi selepas kejadian; semuanya cantik dan terbaik... huhuhuhuhu...percayalah..itulah yang selalunya berlaku...agaknya siapalah yang lantik Pengawai Pembandaran dan Daerah nie?.... setahun; bila Tuanku datang baru nak sibuk...



p.s; Longkang kat rumah selepas 4 tahun aduan orang Taman nie dibuat baru nak baiki; patutlah orang kat kawasan bandar nie tolak Dato' Fuad tempoh hari kalau tidak lagi 4 tahun pun parit tue tak di baiki. Walaupun aku sokong perjuangan UMNO sehingga kini tapi bila Abg Ipar aku cakap ttg hal nie, aku senyum...ada betulnya.. Wahai Pemimpin dari Bangsa ku; bangunlah... sedarlah..sampai bila kami akan mengundi kamu..sedangkan kamu asyik duduk tidur, membutakan mata dengan permasalahan kami?

p.p.s: ada orang kata Tengku Jalil lagi kacak dari TMJ??? tapi mama kata dia bakal Sultan bukan model~



link from: http://kesultananjohor.blogspot.com/2012/10/pilih-sertai-pdrm-tunku-abdul-jalil.html

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...