Skip to main content

Siapa Tue? Tak kenal... maaf : Bila disapa kawan lama



Situasi 1:

Kawan Lama 1 : Yang.... kau kenal aku tak?
Aku: (Muka blur).... maaf, tak cam.
Kawan Lama 1: Aku kawan kaulah... masa kelas Khas dulu... yang panjat tingkap lari sama2 dengan kau tue...
(kelas Khas: Sekolah Agama Johor, kelas setiap Sabtu sahaja sepanjang tahun)
Aku: Kelas Cikgu Mukmin? Kawan Din?
        (ya... aku mmg x dapat tangkap nie... main petik nama kawan lain)
Kawan lama 1: Ya, lah mana ada kelas lain kat tingkat bawah tue?
                          Ingat aku lagi tak?
Aku: Maaf, tak ingat... tapi tak per... kau teruskan bersembang dengan Kamarul (rakan sekerja aku), aku sibuk sikit, maaf...

Kawan lama 1 terus pergi, dengan rasa kecewa.... dalam hati aku mmg aku tak ingat siapa dia.... nak buat macam mana... kawan jahat memang ramai sebab tue tak ingat kot~ 


Situasi 2:

Aku ternampak jiran aku dan kawan sekolah aku selama 2 tahun, Syazwani datang kedai. Aku pun datang and perkenalkan diri... kawan lama, masa sekolah rendah dulu a.k.a Jiran sejalan pulak tue...

Mak Kawan Aku : Ayang...anak Hj Nin...
Kawan lama 2 : Siapa?
Mak Kawan Aku: Jiran kitalah, yang duduk atas tue.... 
Kawan Lama 2 : Maaf, tak kenal..... dah lah mak, kita tengok2 kereta dulu.....

Aku pun berlalu pergi, dengan rasa kecik hati... bila aku pusing, aku tengok dia beli kereta dengan Charles.... secara jujurnya aku tak kecik hati pun dia beli kereta dengan Charles.... sebab ada baiknya... maka lepas nie, kalau kereta dia sakit, dia tak cari aku.... dan dia mungkin malu kalau aku yang uruskan hal pinjaman dia... aku kena tahu gaji, pinjaman dia dan sehingga keadaan keluarga dia bagai... tapi masa dia kata TAK KENAL, tue yang menguris hati aku... kecewa gak.... Mama kata dia sekarang Lecture, memang lah dia tak pandang Salesman macam kau nie walau sebelah mata.... mesti nak duit dia aje...


ke 2-2 situasi ini berlaku selang beberapa hari aje, dan yang jadi saksi aku memang Kamarul.... dia diri kat tepi aje, bila benda nie berlaku. Belum aku sempat buka mulut nak luah perasaan, dia cakap dengan aku... "Itu lah perasaan kawan lama 1 kau rasa, mula2 teruja sebab jumpa kawan lama... kenalkan diri, mengharap kawan lama dapat imbas kembali pengalaman lama tapi sayang diri sendiri aje yang ingat. Kecewa? tak perlu... patut bersyukur; Allah swt bayar kau Cash"

Pedih gila dengar nasihat kawan aku tue, tapi bila difikirkan siapa aku nak menilai orang? kawan aku patutnya semua... tak kira yang berjaya atau tidak... Ya, aku sekarang dalam golongan kawan yang tak berjaya... zaman sekolah aje Gah... belajar sampai Master.... tapi aku Jual barang aje sekarang.... 

bila jumpa kawan yang pandang kau hina, patut nya kau senyum dan bersyukur... aku dah rasa berada di atas sana tue..tak best, ramai yang berpura-pura...takut orang hasad dengki dengan kau. Sedangkan kau takut dengan bayang diri sendiri. Dan bila jumpa kawan susah, kau patut bantu sebab kau jugak penah rasa bila duit kat kocek tak ada, dipandang hina.... bila tak ada siapa yang sudi tolong.... kau jadilah kawan yang menghulurkan bantuan... kalau yang jenis nak pinjam duit sekali aje kau sedekah kan... bila dia mintak lagi duit, kau ajak dia berniaga dengan kau, kasik dia perkerjaan yang lebih baik dari apa yang dia buat sekarang... tapi kalau dia meminjam sebab sikap dan sifat dia, maka didik dia.... Sekarang aku bersyukur sangat, walau ramai yang suka tikam belakang, menabur pasir kat periuk nasi orang lain... aku masih mempunyai teman yang baik hati, menasihati dan mengingatkan aku tentang dunia dan akhirat.... buang semua kenalan yang negative dan dampinggi yang positive sahaja.







Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...