Skip to main content

5A UPSR pun bukan ada jaminan... budak Master sekarang pun menggangur nak cari kerja...

Marah..Marah..Marah nie~

Okey, masa aku baca statement nie kat wall FB kawan baik aku tue aku terdiam... nak mengamuk ke tak?..nak marah ke tak?...nak balas balik Tanya " Ada aku susah kan kau ke, kalau aku x ada kerja pun?" atau "aku sambung Master pakai duit kau ke? sampai kau keluar statement tue?"; kau Maksum ke nak bandingkan nasib aku dengan kau?
 
hohohoho... ayat sempoi tapi mmg geram, selalu orang cerita budak yang x pandai lebih Berjaya dari yang straight A; tapi dia orang nie cakap x pakai bukti/statistic tak buat research pun... yang mereka guna adalah contoh depan mata mereka... seorang yang gagal dan jadi jutawan dengan 9 yang berjaya dari sekolah hingga jadi jutawan... dari 1/10 nak dibandingkan dengan 9/10.... kalau tidak tanyalah dato' telajak laris tue, kenapa dia pentingkan sangat pendidikan anak2 dia sampai kena belajar 5 bahasa pada usia kanak-kanak sedangkan dia sendiri adalah contoh yang tak pandai di sekolah tapi Berjaya bila dewasa? kesian anak-anak dia dibebankan dengan ilmu sedangkan usia Kanak-kanak dato' sendiri penuh dengan kebebasan dan kebangkitan hidup.
 
Kita semua mempunyai 24 jam sehari. Apabila anda melihat
ada sebahagian dari kita yang lebih berjaya; itu maknanya
mereka berkorban lebih dari diri kita.  
1 fakta yang perlu dilihat disini, kita melihat A pada Akademik sebagai jalan alternative...ianya membuka peluang anak-anak ini memilih aliran pelajaran yang lebih terbuka... sekolah yang terbaik, persekitaran yang lebih baik, cikgu yang lebih baik, malah peluang menerima pembiayaian/sokongan kewangan yang lebih baik... aku melihat dengan mata kepala aku sendiri Anak saudara ku yang berada di kelas paling akhir di sebuah sekolah elit di Kuala Lumpur... hidup nya seperti manusia yang tidak mempunyai keyakinan diri tapi apabila berpindah ke Kedah, dia berubah berada di kelas terbaik, mewakili sekolah, malah menjadi calon pelajar cemerlang... maka A akademik itu membuka peluangnya memilih untuk berada di satu tempat yang lebih baik... meluahkan potensi dirinya... buka makna dia bijak akademik, tidak.... kerana ada 48 000 orang lagi yang dapat A untuk semua pelajaran...
 
Lain pulak Najwa, "malas lah nak periksa Mak Yang... bukan boleh dapat no 1 pun" aku hairan? budak yang straight A pun malas nak periksa? sebabnya; 100% sahaja dianggap berjaya oleh pihak sekolah... purata wawa hanya 92% dan berada di kedudukan no 20... maka bagaimana masa depan wawa...disini kita lihat straight A pun tak mampu memberikannya peluang/alternative ke sekolah yang lebih baik... tapi dia masih perlukan A itu untuk merebut peluang untuk PT3 pulak... bagaimana pulak peluang yang memang tak ada A masa UPSR??? boleh lawan semula di PT3...kalah...lawan lagi pada SPM kalah...STPM...Diploma...Sijil Kemahiran... Ijazah....Saujana...PhD....jangan mengalah aje...itu sahaja yang menjadikan 10/10 manusia yang berjaya adalah yang tidak mengalah pada takdir dan tidak menyerah kalah pada kesukaran peperiksaan.
 
Ini yang banyak aku nampak... bukan kami tak ada kawan
ada... cuma bilangannya tak sebanyak rakan FB orang lain.
kmi memilih kualiti berbanding dengan kuantiti.
 
Ya.... disini anda akan lihat memang UPSR tak memberi jaminan anda berjaya.... tapi anda diberikan lorong yang berbeza untuk berlawan... ini yang selalu aku Nampak setiap kali aku buat keputusan... aku nak lorong apa menuju ke depan? kebiasaannya orang merasakan hidup ini umpama jalan yang lurus, kadang2 kena ambik selekoh... ada peluang untuk ambik 'U turn' dihadapan... lampu isyarat merah (anda perlu berhenti... ada perubahan radikal dalam hidup seperti kematian atau penyakit kronik..peceraian) dan sebagainya.... tapi aku ada gambaran lain... aku mempunyai lorong-lorong yang menunju ke hadapan... seperti di lebuhraya...ada 3 lorong amnya.... perlahan dibawah kelajuan normal... orang akan angap anda perlahan dari segala ciri manusia yang lain... lorong ke 2, normal...anda adalah orang biasa-biasa...orang kahwin anda kahwin...orang tukar kereta anda tukar kereta... sama dengan yang lain...anda hanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh manusia yang lain atau anda berada di lorong ke 3...paling laju...anda lebih awal dari yang lain... dan aku dari lorong ke 3 yang laju dahulu telah menukar ke lorong 1... kini aku perlahan sebab aku penat berlari... penat jadi pelajar cemerlang... penat jadi anak yang paling berjaya... anak yang baik.... aku penat... dan kini aku berada di lorong perlahan....
 
so jika anda kata straight A UPSR...dan ada Master pun x ada kerja... Ya, kenapa? tak puas hati? anda tak ada A, tak belajar tinggi2 tapi masih berjaya?.... anda tak perlu bongkak tapi anda sepatutnya rasa bangga.... ayat tue kena tukar... tanpa straight A dan Master, saya masih berjaya... tapi jika anda menjadikan orang lain sebagai contoh maka anda masih berada di lorong no 2.... orang biasa-biasa.. yang asyik mengikut...bukan yang berada di lorong ke 3... maka sama aje nasib kau dengan aku...sekurang-kurangnya aku ada kertas A4 yang mahal tue~ ambik gambar konvo lompat2...hohohoho~  dan 1 lagi.. baju konvo aku berjalur2....
 
P/S; bukan riak atau takjub...cuma aku dah marah sangat dah nie.... nama blog nie pun ( Nak juga cerita) so anggaplah ianya cerita rekaan semata2.... x ada kena mengena dengan kawan baik aku tue...atu sekutu dengannya... maka x ada siapa dapat dosa melainkan pahala kerana menambahkan ilmu.

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...