![]() |
Ain and Uyun setia dengan papan sepanduk untuk Hajar. Sambil menjeit tanda setia " we are hajar family" |
Seminggu di Shah Alam...menjaga anak2 buahku yang berlima bersama mama, sambil2 tue bolehlah aku ke kelas di UiTM yang selalu aku skip sepanjang semester lepas. Menghadirkan diri menjadi penyokong setia anak buah di sukan sekolah. Seronok juga bila jadi penyokong bila selalu menjadi orang yang disokong aje.
Keluarga adalah Penyokong Percuma
![]() |
Penyokong paling setia adalah keluarga |
Jumaat, sukaneka Nur Nadjwa; kami tidak sempat bersorak namun kami sedar kalau datang pun Nur Najwa bukannya ada sifat ingin melawan di atas padang....dia lebih gemar disorak ketika menghadapi peperiksaan... no 1 itu yang menjadi kegilaannya ketika diuji dengan soalan2 bersifat akademik...kalau kurang matapelajaran yang dapat 100, dia akan mogok lapar dan hanya tidur seharian... umur? baru 7 tahun... sebagai penyokong, kami pun takut melihat gelagatnya. Ya, kami dari keluarga yang mementingkan percapaian akademik tapi bukan tahap extrem. kalau bukan kerana seranan Kementerian Pendidikan 1 Pelajar 1 Sukan, rasanya kami x mungkin nampak Najwa pakai baju sukan sekolah pun. Tapi Siti Hajar sebaliknya; dari darjah 1 hingga darjah 5 kini, saban tahun ada sahaja pingat yang di bawa balik ke rumah selepas Sukan Sekolah. Semangatnya kental walaupun saiz badannya kecik dan pengidap penyakit ashma.
Tahun ini kami turun ke padang menyokongnya, kali terakhir 3 tahun lepas rasanya.... kami mogok gara2 keputusan peperiksaannya semakin ke belakang... tahun nie Hajar dinasihatkan kurangkan acara yang di wakilinya. We teach her to choose and focus. Tak perlu 4 acara jika hanya menang tempat ke 2 atau 3 sahaja... Choose 1 and win Gold, and that what she did this year. Seronok Tok Mie, melayan cucu 5jam di padang sekolah hanya untuk 1 pingat emas. Penyokong yang setia sentiasa berada dibelakang dan menasihati dengan cara yang baik.... menaikkan semangat dari tempat ke 2 untuk muncul juara.
Penyokong ramai namun masih rebah;
Kuasa dan pangkat menarik penyokong yang ramai dibelakang. Idea dan kelatangan bersuara sebagai pemimpin juga menarik ramai penyokong untuk berdiri dibelakang. Namun adakah kerjayaan dikira dengan jumlah penyokong jika kekuatan individu yang disokong sama? melihat polimik Politik FAM, adalah contoh terbaik dimana majority boleh kalah dengan minority. Jawapanya mudah, kuasa permilihan hanya pada 39 individu yang dikatakan "mewakili suara ramai"... namun secara logiknya hanya 39 individu itu mampu mengatasi 10.3juta penyokong bola sepak Malaysia. Maka mengapa perlu penyokong yang ramai jika yang mempunyai kuasa menentukan kemenangan hanya 39 orang? anda hanya perlu 26 penyokong sahaja...namun ianya mesti dari 39 individu yang berpengaruh. Maka yang ketawa dengan kemenangan bukan yang ramai penyokong namun yang pandai melobi mendapatkan penyokong yang berkuasa dan berpengaruh. Maka itulah yang membezanya penyokong "bising" dan penyokong "bijak". Mungkin selepas 5 tahun, penyokong "bijak" mampu berfikir...sampai bila rangking Malaysia nak jatuh....ini lah namanya penyokong yang menyokong orang yang menjatuhkan lalu dibiarkan sehingga apa yang disokong terus ditanam asal orang lain kalah.Yang disokong pulak kianat;

Penyokong buta hati dan iman.....bila hati dah hitam
Aku paling marah dan rasa macam nak balas aje kat post FB bila ada artis yang kata "Saya x pakai tudung, tapi saya tak tinggal solat dan hati saya baik".......... per.........pergi sekolah agama kat mana budak nie???? ..........
maka kalau kau dah pandai sangat...maka buatlah kesimpulanya di situ........ dan kepada penyokong artis tersebut dan melakukan perbuatan yang sama kerana merasakan artis tue adalah yang terbaik untuk di sokong, maka saya berharap anda dapatlah bertaubat bersama-sama. Kerana ini janji Syaitan pada Allah swt, dan nampak gayanya Syaitan berjaya menang besar kali nie, kerana kejahilian orang yang disokong. Perkara yang sama jugak bila warnakan rambut...lalu berkata..."orang lain buat juga"....maka anda jugak diminta bertaubat dan janganlah menyokong sesuatu dengan hati yang buta... maka yang disokong sekurang-kurangnya menang Anugerah Bintang Popular dan anda si penyokong jatuh dan terus di tanam....
Comments