Skip to main content

Kau yang lebih memalukan!!!





K.Y: Kau tak malu ke? buat ibu kamu macam nie?
Sq   : Kenapa lak?
K.Y: Kau berkepit dengan budak2 jantan entah apa2, tipu Ibu, lari dari rumah...tak pergi sekolah..kau nak jadi apa?
Sq: Itu Sq punya suka, Kak Yang, sibuk kenapa?
K.Y: Kesianlah kat ibu, ayah dah lah x bekerja sekarang. Ibu tanggung semua orang sorang2... kamu x ada rasa kasihan?
Sq: Kak Yang, x rasa kesian kat Mak Idah, belajar tinggi2 tak kerja? Sq dah x sekolah... orang tak tanya pun... Kak Yang
?

Mungkin itu yang akan berlaku atau mungkin lebih hebat lagi... atau pekara nie tak akan terjadi kalau aku datang lebih awal membantu...aku tak membantu keluarga Arwah Pak W sebab aku juga masih muda lepasan SPM ketika Pak W meninggalkan kami untuk selamanya. "Jangan Risau, kalau ada apa-apa Ayang akan tolong" itu janji aku dulu tapi hingga kini aku masih tak membantu masalah yang dihadapi H anak Arwah pakcik ku.... itu kisah 11tahun lalu; tapi aku masih ingat janji tue; aku akan tunaikan jua bila aku dah berkemampuan...mungkin seperti babah yang menjaga pakciknya serta sepupuhku anak arwah Mak L, mungkin sedikit tapi tiap2 bulan babah akan masukkan sedikit wang dalam akaun mereka berdua untuk buat belanja dapur. Mungkin aku akan teruskan amalan itu dan mungkin aku akan cuba masukkan akaun Hairi sekali dimasa hadapan. Agar janjiku dengan Arwah Pak W dapat dilaksanakan.

Tapi ini kisah Sq, anak Mak D... makcik aku tue masih hidup, walaupun kurang sihat tapi dia diuji dengan anak yang sangat nakal dan tekad hatinya mencari kebebasan. Aku sering meminta nasihat dengan Mak D, Ya... aku berhenti kerja dulu pun selepas mendengar nasihatnya... dia seorang yang sabar...sangat penyabar... berfikiran rasional dan bukanya emosi walaupun kewarasan dan ke-egoan manusianya diuji sentiasa... mungkin sebab itu Ayun and aku sering lepak dan tidur dirumahnya jika berkesempatan singgah ke Kuala Lumpur...tak apa jika kami disajikan dengan nasi kosong, kicap dan telur..kami masih lebih gemar kerumahnya berbanding makcik2 yang rumahnya jauh lebih besar dan makanannya lebih mewah. 

Dimana silapnya???... Hakim di makamah Majistret pun boleh hilang sabar dengan perangai budak-budak ini... Kes lari dari rumah dan ber........dengan kawan2 lelakinya. Selamat masih ada iman walaupun sehalus kertas, Sq mengaku dihadapan hakim dan ibubapanya...dia dah tiada dara lagi dan ingin bernikah dengan kekasihnya...tapi keluarga kekasihnya tak mengizinkan...mana mungkin anak mereka yang belajar di Univ nak bernikah dengan budak 16thn, tidak bersekolah dan bekelakuan mengaibkan dijadikan menantu....lagi pun bukan anak nya seorang yang menjamah....Aku terdiam...aku tidak menolong? atau aku buat2 buta?... aku tahu Sq menipu dan aku tahu dia ditipu... kesibukkan ibubapa mencari wang dan kelalaian dalam didikan agama dan membiarkan Sq terus lalai... aku Solat dirumahnya namun aku tidak mengajaknya solat bersama-sama... aku kolot...bukan pandai berfesyen apatah lagi nak bercerita pasal cinta dan keseronakkan duniawi... drama Melayu pun aku tak tonton... nie kan lagi memiliki bahan hiasa 'wanita' yang boleh dikongsi...aku mengharapkan Ayun dapat membantu... tapi sayang lebihan kasih sayang 'Mintak aje Dapat' tidak menjadikanya Ayun seorang sepupuh yang dicari sebelum melakukan sesuatu yang buruk...dimana secara jelas Sq tak mampu berfikir dimana dosanya...

Remaja sekarang bukan zaman aku atau Ayun; kami keluar...kami berkawan dengan lelaki..kami diberikan kebebasan dan kami diberikan sedikit kemewahan... namun kami TAKUT, TAKUT dengan ALLAH, TAKUT dengan Babah...TAKUT jika jiran/kawan babah and mama nampak kami berkeliaran... Kami TAKUT jika kami tak belajar bersungguh2 kami akan dipukul.... kami TAKUT jika kami MATI.... tapi generasi Sq tak rasa semua tue... apa nak TAKUT kalau tak ada siapa yang tahu? apa nak TAKUT kalau ada aje yang akan membantu.... apa nak TAKUT jika ada yang percaya cerita bohong kami.... apa nak TAKUT jika mak Bapak kami pun tak ambik pusing, pasal kami?...

Ya, apa yang Sq nak takut???...dia lari dari rumah hingga ke Perak untuk bersama kekasihnya...bila dah tak ada duit, sms sepupuhnya....ada aje yang top-upkan sebab mereka tak tahu cerita apa yang berlaku... bila Polis dapat kesan kedudukannya (selepas laporan dibuat-lari lebih dari 3hari)... tiba2 aku yang berada di Johor dapat panggilan... menangis2... aku yang tak tahu cerita dah mula rasa kesian... start engine kereta nak ambik dia di Perak dari Johor pukul 11 malam... mujur aku call Mak D dulu... ceritanya...dan aku sebagai cagaran agar Polis tak ambik dia di Perak dan Ayah dia tak pukul dia sebab malu aku ada... cerita nya tak abis di situ... Mak D menangis ke Makamah merayu agar anaknya di masukkan ke pusat permulihan... agar dia terkurung... semangat nak belajar semula...sementara menunggu kesnya dibicarakan di Makamah... namun semuanya tinggal harapan... dikurung dalam pusat tahanan kerana lari dari rumah... tiada kawan...tiada hiburan luar...godaan luaran semakin kurang..yang tinggal hanya keinginan diri dan nafsu sendiri...tapi sayang usaha Mak D tak ke mana... selepas setahun... minggu lepas kes Sq disebut di Makamah Klang... 

A072
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al-Ahzaab 33:72) 

si Tertuduh... 5 remaja lelaki.. tidak diwakili oleh ibubapa sebaliknya salah seorang mereka diwakili Peguam... Balai Makamah dipenuhi oleh rakan2 mereka... remaja lelaki bermotorsikal... mereka mengaku tidak bersalah... kerana ianya suka sama suka...bersorak bila tiada hukuman dikenakan dan perbicaraan ditangguh lagi... yang perempuan masuk permulihan dan yang lelaki??? masih bersorak, ketawa... bermotosikal dengan rakan2 mereka lagi...Terdiam... di mana Agama mereka? di mana ibubapa mereka? di mana perasaan malu mereka? tak malulah... bukanya kami buang anak? bukannya kami bunuh orang? bukanya kami berbogel datang makamah....                
Tapi aku yang malu... bila aku ada ilmu...bila aku ada masa untuk menasihati dan membimbing namun aku lepaskan tanggan kerana aku bukan ibu bapanya... aku bukan kakaknya... aku bukan makciknya... aku hanya seorang sepupuh yang rapat dengan ibunya... aku yang lebih malu kerana ilmuku tidak menghalang orang lain dari melakukan maksiat dan dosa... maafkan aku..sesungguhnya orang yang berilmu itu harus memikul tanggungjawab di atas ilmunya... 

P/S:
Sz, Kak Yang akan sentiasa ada untuk menjawab soalan, memberi kata2 semangat dan membantu kami bila perlu... semoga kamu menjadi anak yang lebih baik untuk ibu kamu dan melapangkan dadanya... jangan jadi seperti kakak kamu... Kami ada disini...PakNin, Mak Idah, K Yg and K Yun... ada untuk membantu tak kira berat mana...sesusah mana...ingat kami sentiasa ada... beritahu kami...tak perlu berahsia.



thanks too: for the pic n quran phased 
http://www.surah.my/33
https://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0CAYQjB0&url=http%3A%2F%2Faddeenonline.com%2Fportal%2Findex.php%2Frohani%2Fdosa-pahala%2Fitem%2F165-bunga-duit-kopi-dan-babi&ei=MSScVLGxBIyYuQSRgYHoCQ&bvm=bv.82001339,d.c2E&psig=AFQjCNHoTWHybflmGEbqsYB_iU53WtZhew&ust=1419604915615529

Comments

Aku tulis entry nie sebelum kes meraba budak bertudung dgn artis Kpop B1A4 tue... maka aku tak terperanjat langsung dengan apa yang terjadi sebab sepupuh ku juga bertudung lingkup... rakanku juga bertudung lingkup... tak ada siapa tahu mereka dah kehilangan dara dari bangku sekolah lagi dan entah berapa kali mereka menggugurkan kandungan hasil hubungan luar nikah mereka... yang patut malu adalah yang berilmu tapi hanya memikirkan syurga untuk diri sendiri. Sedih~

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...