Bulan 7; genap setahun aku menghantar surat berhenti; jika ramadhan tahun lepas penuh dengan perasaan dendam dan persoalan mengapa aku diuji begini? tahun ini aku lebih terbuka hatinya menerima apa yang telah tertulis dan bersedia untuk memaafkan kezaliman manusia lain dan mencari jalan penyelesaian untuk diri aku dan kedua ibubapa aku.
tiba-tiba ketika solat Terawih aku terimbas kembali semua dosa yang aku buat secara sengaja ketika aku bekerja dulu terlintas di fikiran. Bila aku jumpa client bersalam tanpa lapis antara lelaki dan perempuan; melewat2kan solat; buat proposal palsu; tender haram; hadiah and suapan; dan macam2 lagi. pendek kata selamat aku masih anak dara lagi.... tapi aku ada jugak melihat dengan pengetahuan aku manusia berzina nak kan project... maka aku terdiam ketakutan; syukur Yang, kau keluar dari pekerjaan yang menjurus kau ke dalam api neraka. Biar manusia hina engkau tidak berkerjaya tapi ianya jauh lebih mulia disisih Allah.
tiba-tiba ketika solat Terawih aku terimbas kembali semua dosa yang aku buat secara sengaja ketika aku bekerja dulu terlintas di fikiran. Bila aku jumpa client bersalam tanpa lapis antara lelaki dan perempuan; melewat2kan solat; buat proposal palsu; tender haram; hadiah and suapan; dan macam2 lagi. pendek kata selamat aku masih anak dara lagi.... tapi aku ada jugak melihat dengan pengetahuan aku manusia berzina nak kan project... maka aku terdiam ketakutan; syukur Yang, kau keluar dari pekerjaan yang menjurus kau ke dalam api neraka. Biar manusia hina engkau tidak berkerjaya tapi ianya jauh lebih mulia disisih Allah.
Aku juga bakal mengharungi semester pertama sebagai pelajar Professional untuk program CIM,UK; maka secara tektikalnya aku adalah pelajar bukanlah pernanam anggur.. dan aku perlu mencari kerja untuk mencari sumber kewangan tambahan. Bila fikir positive maka solat Terawih yang selama ini 8 rakaat kini boleh diteruskan sehingga 20 dan ditambah witir sekali; satu muka surat Al-Quran kini boleh menjadi 5 untuk setiap fardhu.
Hebatnya ganjaran memaafkan... ianya melapangkan fikiran dan dada. Semoga Ramadhan kali nie aku dapat teruskan dengan ibadat yang lebih baik dari sebelumnya dan inshaAllah; doa dan usahaku.
Hebatnya ganjaran memaafkan... ianya melapangkan fikiran dan dada. Semoga Ramadhan kali nie aku dapat teruskan dengan ibadat yang lebih baik dari sebelumnya dan inshaAllah; doa dan usahaku.
Kegairahan beribadat dan kegembiraan jiwa dan rohani diri; kadang2 terselit jugak rasa takut dan sedih. Ini kali pertama kami tidak dapat berbuka puasa lagi dengan Nenek kami (Mak) yang telah meninggalkan kami selamanya; awal Syawal tahun lalu... bila fikirkan sepupuh aku yang telah kehilangan bapa atau ibu buat aku takut dan sedih; BILA RAMADHAN TERAKHIR kami bersama? bersedia ke aku menghadapinya semua itu nanti? dapat tak aku merasa masakan Mama Ramadhan depan?; mendengar bacaan Al-Quran dan tazkirah Babah?; gelak ketawa Ayun di Surau menunggu azan Isyak? semua itu belum pasti aku akan dapat tahun depan... dan memikirkannya sahaja buat aku menangis. Ya Allah Ujilah aku dengan Ujian yang aku telah bersedia dan mampu untuk mengharunginya kelak. Amin.
So, kat entry nie aku nak berkongsi ttg apa?Apa kata cerita benda yang MESTI ada untuk merasakan Ramadhan telah tiba di MALAYSIA. Lagi2 masa zaman kecik2 dulu.
1. Pengumuman Hari Pertama Ramdhan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja
Zaman 90'an memang Aku antara manusia yang suka dan menunggu siaran ini kat TV dalam pukul 8.30malam lepas berita Perdana (dulu berita setengah jam aje) walaupun mama penat cakap kira hisap bukan anak bulan tapi aku mmg degil tahap GABAN. tanggan aku akan memenggang button siaran jadi tak ada siapa boleh tukar channel sampai aku jumpa muka penyimpan Mohon besar Raja2 tue. Paling buat aku menangis kalau semua orang dah tahu bila puasa sedangkan aku baru nak meraikkanya bila pengumuman tamat. Aku akan menangis sekuat hati...hahahha...Ya, aku mmg kuat menangis.
Susah senang berniaga kat kedai orang MELAYU; banyak nasihat yang aku dapat ttgk drama nie dan ada jugak lawaknya. Secara jujur sampai sekarang aku tak ingat kenapa aku jadi perminat fanatik drama nie. Mungkin sebab watak ibubapa dalam Drama ini sanggat buat aku rasa senang; dengan nasihat yang diberi dan kenakalan pekerja dan orang sewa dibanggunan atas kedai tue buat aku enjoy sendiri. Dah ramai dah yang menjadi Arwah antara pelakon dalam drama ini; dan remake yang dilakukan oleh TV3 pada tahun 2012 amat2 lah gagal~ teringat dulu Mak Oby (makcik aku nie adalah penebit Alam Ria cuti Sekolah TV3-ulat gongok hijau 2 ekor tue) ada tampal poster utk rancangan2 popular kat umah Atok Tan (belah mak aku); aku akan pilih untuk tidur dekat dengan poster pelakon Rumah Kedai nie; kalau x dapat aku akan pilih dekat poster Faizan Hussein drama "Naik Tangga Turun Tangga". Mama penah tanya kenapa aku x tidur dengan adik2 beradik yang lain tapi tidur dengan sepupuh aku...20 tahun baru aku nak jawab (^^)
3. Bubur lambuk Masjid India
Kat setiap tempat mesti ada Masjid yang menyediakan bubur lambuk tahap Super sedap dan para jemaah yang ge ambik dihadkan untuk ambik 1 sahaja. Tapi zaman dulu; waktu Asar kami dah letak mangkuk atau bekas makanan bertutup masing2 kat meja dapur Masjid dan lepas solat Zohor atau lepas balik sekolah Agama dalam kul 6 lebih akan ke Masjid semula untuk ambik balik bekas makanan tue. Percaya atau tidak, telah hampir 17tahun Mama menggunakan mangkuk/bekas hadiah Nestle tue saban tahun bila Babah ambik bubur kat Surau taman nie. Bekas tue dah jadi keluarga kami; mesti ada dalam bulan Ramadhan.
4. Tunggu buka puasa setiap Ramadhan depan TV dengan rancangan "Jejak Rasul"
Sejarah Islam dan perjuangan para sahabat; episode yang aku paling ingat adalah ketika zaman Dakwah Rasulullah; ketika baginda dikhabarkan berehat di pohon2 kurma; dan kamera zoom pohon2 kurma kat Mekah zaman moden kini... sedih aku rasa; kekasih Allah diuji dengan hina dan kepayahan hidup yang teramat; tapi baginda kekal tabah dan berterusan berdakwah. Masa tue aku rasa; esok dan lusa aku pasti keluarga aku akan keluar dari rumah berdinding kayu/papan dan berlindung di atas daun Atap nie. Rancangan tue yang buat aku bersungguh memaksa/memberi nasihat/berulang2 ingatkan kat babah nak keluar dari duduk kat kampung ke kawasan perumahan moden. Selamat Babah mempunyai motivasi diri yang tinggi nak berpindah jugak dari rumah pusaka nenak aku tue. Tapi yang bersungguh adalah mama.
5. Mecun and kawan2 lepas Isyak dan terawih 2 rakaat aje
Ini bukan zaman baligh tapi zaman kanak2... mecun masa zaman nie dalam seposen-50 sen aje. tue pun dah kira cukup banyak lah menghabiskan duit. Aku paling berani main mercun ular... berpusing2 kat depan rumah sebelum masuk parit. Kalau x masuk parit aku sendiri sepak masuk ke parit sebab takut dia berpusing masuk rumah (kan rumah kayu; beratapkan daun Atap) mahu x beraya kalau terbakar.
Cerita pasal terbakar nie; duduk kat kawasan kampung miskin; rumah kampung nie dekat2 macam setinggan dinding umah mmg kadang2 kongsi sampai 3-4 rumah yang lain; maka main mercun dan meriam buluh mmg akan dengar suara nenek aku tue lagi kuat dari mercun....sebab rasanya ikutkan pengalaman aku; aku merasakan 2 kali kebakaran besar yang melibatkan rumah kayu; Bomba kalau datang pun dia akan pecahkan dinding dan simbah air kat rumah berdekatan dan bukan nak padam yang terbakar sebab kawasan yang sangat rapat dan ada sekali tue kereta bomba pun x dapat masuk. Dari 1 kampung terbakar baik 1-2 rumah aje terbakar.
Pakcik aku paling berani; di ikuti dengan geng2 jiran sekampung tapi bila Bapak aku balik aje... seorang pun x berani nak keluar rumah main mercun... kalau nenek aku dia hanya bising marah2 aje... bapak aku dia diam tapi jangan kau tanya dia belasah pakai apa... paling sakit kalau Bapak aku tarik buluh halus yang mengikat Atap rumah; per..sekali libas; esok nak angkat tanggan masuk baju sekolah pun belum tentu tak nangis. Aku paling berani bila bapak aku ada; anak kesayangan katakan tapi aku pun x main mercun bila bapak aku ada; setakat bunga api tukar2 warna 1=30 sen tue aje. tapi dulu aku rasa sebatang lama gila nak abis; siap boleh conteng2 lantai jalan tulis nama atau pandam sambung esok. sekarang sebatang RM1 main pun setakat10-20 saat aje.
Sekarang; kita orang diam aje. Untung berpuluh kali ganda dari anak buah aku yang nak main mercun pun x boleh... duk main bunga api yang sikit2 tue...pelita pun ada yang x kenal. Tapi kesusahan dulu bukanya sesuatu yang patut dibanggakan tapi ianya pengalaman yang x mampu dibeli. Sociology antara keluarga Babah (anak penarik beca dengan 10 adikberadik serta Nenek Tiri) serta mama (keluarga berada dengan 12 adikberadik) ibarat cerita sedih zaman P.Ramlee dulu; tapi kini aku dah puas rasa macam2 pengalaman; nak meraikam Puasa Ramadhan nie versi orang susah atau senang. Nak rasa versi di Perantauan aje yang belum berkesempatan~
Comments