Dah masuk 2 hari aku asyik bermimpi benda yang sama... isu yang menjadi hangat dan disiarkan secara langsung dalam Berita Utama di stesen TV tempatan, pelajar dibuli... perbagai hujah dan bukti kajian dibincangkan tapi sayang ianya dihujah oleh pakar2 dan ahli Terapi dan bukannya mangsa buli? kerana pada pandangan aku, pengulas yang baik dalam isu ini adalah mangsa buli yang mampu melupakan sejarah hitamnya sendiri.Aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku akan lupakan sisih hitam kehidupan aku...namun subuh hari ini aku tekad meluahkan semuanya dan aku ingin buktikan jika anda mangsa buli bukannya mudah anda ingin melepaskan diri dari Pembuli.
Sekolah Rendah
Aku budak kampung, bersekolah disekolah kampung dimana peratusan lulus UPSR serendah 70%. Dan aku dibuli oleh para Guru dan Rakan bermula dari darjah 3 lagi berusia 9 Tahun. Apa yang budak sekecil ini tahu tentang Buli? kami tidak tahu; apa-apa "Dia bodohlah, Cikgu!!! Kenapa nak tukarkan dia kelas Baiduri (Kelas Pertama)?. Kami tak suka" kata murid sekelas aku; "Budak ini Pelat, dah darjah 3 masih menyusahkan saya" Luah Cikgu Bahasa Melayu aku didepan semua murid dalam kelas aku. Adakah aku faham konsep Buli Emosi? Yang aku tahu aku tak ada kawan dan cikgu akan mencampak buku latihan aku di atas lantai; paksa aku berdiri di atas kerusi sehingga tamat kelas (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan kadang-kadang kelas Kemahiran hidup); pukul dengan pembaris kayu dan yang selalu buat aku menangis adalah apabila Cikgu (Majority cikgu Perempuan) dan Rakan sekelas aku menghina aku kerana Pelat ( Aku paling benci lagi "Aku Pelat" pada aku ianya satu penghinaan dan apabila ada manusia yang ketawa mendengar lagu tersebut ianya menguris dan mengingatkan aku tentang BULI di sekolah rendah)

Hari-hari aku bergaduh dengan Penolong Ketua Pengawas aku "Mohd Zaihan"; ada aje yang aku buat salah dan perlu di adukan pada Cikgu; disini aku dibuli bukan setakat Emosi ianya membawa kepada pembulian secara Fizikal. Dari pembulian 1 kelas aku (32 orang murid) tapi merebak ke kelas Delima dan Zambrud. Pergaduhan yang merasakan aku 'Sombong dan Bongkak' atau sebab 'dari kelas bawah masuk ke kelas Pertama'... perasan cantik, dia suka Ketua Pengawas ( Kat sini aku nak JELASKAN pada RAZIF dan rakan-rakan sekumpulan dengan nya; Ya, aku ada tulis Surat bukan surat cinta yang korang cakapkan tue..tapi luahan rasa aku yang sering dibuli.. semua orang JAHAT kecuali Razif dan Amir sebab tue aku suka dia, SUKA kat sini bukan CINTA tapi suka sebab aku ada pembela; tapi sayang korang hanya baca muka surat 2 dan bukan muka surat 1 yang terang-terang aku ceritakan apa rakan sekelas aku buat...aku bukan sehaja dihina malah aku dibaling dengan bijik kelapa Sawit menyebabkan badan aku lembam2. Dihalau ketika latihan sukan sebab Ain/Nazlin/Huda dan yang lain tak suka aku? atau aku tak nak dengar arahan dari mereka? dan diketawakan hanya kerana aku pakai tudung sekolah pada kelas tambahan waktu malam-aku bukan kaya/mewah macam korang yang berpakain cantik ke kelas tambahan).

Sekolah Menengah

Dan YA, AKU MASIH MENANGIS mengenangkan nasib aku. Dari AIMI seorang sahaja kaki buli yang membuli aku saban hari tapi pada tingkatan 2 aku menjadi sasaran dendam dari pelajar kelas yang lain. APA SALAH AKU HIDAYA!!! Aku tak kenal kau dan kau tak pernah 1 kelas dengan aku pun. Kau Pengawas dan aku hanya pembantu Perpustakawan aje. Aku menahan nangis setiap hari, kadang2 aku duduk dilantai kelas dan tidur bersikukan lengan dari awal waktu persekolahan hinggakan tamat waktu persekolahan; Ingat lagi aku apabila cikgu aku terperanjat bila aku tiba-tiba bangun untuk ke tandas "Yang, saya ingat awak tak ada dalam kelas?" Siapa aku nak ngadu bila ketua tingkatan aku adalah kawan baik AIMI dan bila cikgu bertanya; mereka berkata aku yang GILA. Keadaan semakin parah dan aku mengadu pada Cikgu Tingkatan 3 aku, pada aku tingkatan 1-2 sesi Petang tidak membantu langsung walau Cikgu Displin aku tue, paling sayang aku (Tingkatan 2lah aku belajar membodek Cikgu yang berkempentingan; Aku tidak ada kuasa maka berdamping dengan orang yang ada kuasa); cara penyelesaian cikgu aku mudah.. siapa yang mulakan perasaan benci/buli ini (AIMI buli aku sebab dia kawan Nazlin/Ain-rakan sekelas aku sekolah rendah/team bola jaring) maka dia gadingkan aku dengan Nazlin; alasannya mudah bukan sebab buli tapi yang Pandai bimbing yang berada di dasar kelas untuk persedian PMR. Maka wujud perasan hormat dia pada aku yang membantu dia untuk belajar.
Dan aku beranikan diri ketika sesi bertemu IBUBAPA dan GURU sekolah (Hari ambik Report Card); aku tunjukkan pada Babah siapa yang buli aku (Ya, bapak aku kenal benar bapak si Aimi..dan cara dia senyum dan tunduk hormat pada bapak aku memang sangat2 menyakitkan hati aku). Aku rasa nasihat mama banyak membantu aku mengatasi PEMBULI di kelas sekolah Menengah; "Jika kau Pandai, dia tak akan kacau kau, Yang. Dia akan malu sebab dia bukanya Pandai pun. Hanya kerana dia ada Tali Pinggan Hitam Teakwando; dia ada kekuatan tapi tak ada Otak".

10 tahun kemudian, ada antara mereka yang menjadi Doktor, Cikgu dan sebagainya. Dalam hati aku kadang-kadang terdetik "KAU PEMBULI, kau ketawakan rakan sekelas kau yang Pelat, miskin-pakai pakain koyak, bodoh tak pandai mengeja, mengejek orang lain mengunakan nama2 yang berunsur penghinaan...memulaukan orang dan melebelkan aku dalam kumpulan2 tertentu. Tapi kau melenting bila anak kau dibuli disekolah? anak murid kau bergaduh?" Kau Komen kat Post2 FB yang kau marah dan rasa terhina dengan PEMBULI???? betul kata manusia; SI PEMBULI tak akan ingat apa yang mereka buat atau kata dan hanya MANGSA BULI akan ingat dan kenang sampai mati. JANGAN JADI HIPOKRIT
Kolej dan Universiti

Bila kelas campur2 jadi top 3; maka group aku jadi penanda aras dan diminta untuk membantu yang lain. Sebab no 1 and 2 dari Kelas Khas. Jawapan aku mudah; Aku buat reseach, aku bersengkang mata taip report and bila orang lain boleh "COPY" aku punya usaha pada aku itu satu pembulian secara terang-terangan oleh LECTURE aku sendiri. Aku kasik dengan tulisan "IKHSAN DARI YANG IZHANI". Akhirnya aku diserang oleh 6-7 orang perempuan sambil seorang dari mereka merakam dalam Handphone mereka. Ya, ianya sama macam apa yang anda nampak dalam 'YOUTUBE' dan ianya dibuat di peringkat Universiti (Aku ada cerita pada benda ini dipost yg lain). Motor aku pernah diambik tanpa izin, sehingga aku terpaksa membuat Report POLIS tapi bila Polis datang buat siasatan; tiba2 motor aku dikembalikan dan aku pulak yang diugut untuk menutup kertas siasatan. Aku ingat lagi bila babah menghempas handphone dan meluahkan kata-kata kesat pada aku... Ya, aku memang sentiasa dibuli dan ditimpa malang dari sekolah rendah hingga ke IPT. Aku redhai dan hanya diam..aku menarik balik laporan Polis dan mendiamkan diri bila diserang dengan kata-kata hinaan dan ditonjol kepala sambil dirakam. Biarlah cepat aku bergraduat..itu sahaja doa aku hari-hari.
Alam Pekerjaan
Pernah diketawakan kerana bersolat di tangga beralaskan Kotak Kertas kerana majikan anda bukan Islam dan bilik solat tidak disediakan? Dimaki Bodoh di dalam Pejabat? Bos anda meninggikan suara dalam semua hal yang anda tanya? Menyampak/baling ke lantai semua maklumat research anda? Memanggil rakan sekerja dan mengetawakan idea yang anda bentang dalam mesyuarat? Ketawakan ejaan anda yang salah bersama-sama yang lain dengan menandakan kesalahan dan men'forward'kan email anda kepada semua rakan sekerja (bukan dalam department sendiri sahaja) anda? Majikan anda merasakan anda tidak layak berkerja dan meminta anda meletak Jawatan dihadapan rakan sekerja anda? Anda dipersoalkan kerana bersolat sedangkan rakan Melayu anda yang lain tidak Solat? Bos anda menghantar email yang penuh dengan ugutan, maki hamun dan bersifat perkauman? Anda dibayar gaji RM2000 dengan pengalaman sedangkan fresh Graduat bangsa CINA dibayar RM3000 sebulan? Anda tidak penah berbanga dan bermegah diri, tapi Bos anda sering mengungkit yang dia lebih bagus berbanding anda yang ada MBA? Majikan aku Cina Perempuan dan Bos aku adalah Lelaki Cina, India dan Melayu.


~ There are no way out sebab kita memang hidup dengan manusia dimana yang kuat akan menindas yang lemah. Jangan kata aku tak pernah ada keinginan membunuh diri; Ya, aku jujur kata aku ada niat itu tapi aku teringat pesan mama "Allah tak terima Roh dari manusia yang bunuh diri, dan ingatlah seburuk-buruk orang Islam pun selepas diseksa di Neraka beribu tahun ianya tetap akan berakhir di Syurga sesungguhnya Syurga itu kekal abadi dari dunia ini". Itu sahaja yang menghalang aku dari bertindak bodoh... sebab itu aku benci PEMBULI dan aku benci CERITA PEMBULI dan aku jugak benci pada MANGSA BULI yang mengalah dan membiarkan PEMBULI terus MENBULI.
~ Semoga Allah swt; membalas perbuatan mereka sepertimana yang mereka perlakuakan pada Aku. Semoga mereka memperolehi hidayah dan rahmatMu ya Allah, agar mereka mengingati dan memohon ampun Taubat dari MU. AMIN
Comments