Skip to main content

My Family..compulsive Hoarding... Penyakit yang perlu dirawat

Okey sebenarnya ikutkan perjalanan blog nie; another tips series patut diupload tapi kerja tue aku tinggalkan separuh jalan sebab nak carita tentang penyakit nie Compulsive Hoarding atau ditaslate ke bahasa Malaysia ianya Penyimpan Tegar. Inya bukan penyakit berjangkit atau perlukan ubat untuk merawat tapi Jika sindrom ini tidak dirawat ianya mungkin membawa kepada penyakit yang lebih parah... Ianya penyakit atau lebih tepat kalau kata sindrom psychology manusia. Pengumpul tegar ini bukanya macam penyimpan duit lama atau barang2 bersejarah tapi lebih kepada manusia yang suka membiarkan semua barangan yang telah dipakai diletakkan di rumah dan bukanya dibuang. Pengotor? mungkin tapi lebih sedih mereka ini tidak sedar mereka mengidap sindrom ini dan mempunyai perasaan sayang yang amat pada barang2 yang mereka kumpul.

Kenapa aku nak cerita sindrom ini? Yap, aku seminggu nie asyik menyelongkar semua tempat yang digunakkan oleh 2 orang ahili keluarga aku untuk menyimpan barang2 lama mereka... Aku terdiam bila terjumpa barang2 yang sepatutunya berada di kedai besi lama tapi ada di kawasan kabinet dapur rumah kakak aku and perngukus soto yang berusia 35 tahun masih ada di atas rak dapur mama... jangan tanya berapa buah plastik beg sampah aku guna untuk buang semua barang yang mereka simpan ini. Penyakit nie kronik... rumah berselerak, berbau dan ruang rumah tidak digunakan secara optimum.  Jika anda rasa ada ahli keluarga bergini maka anda perlu lakukan sesuatu.


Compulsive Hoarding bukan semata2 manusia yang menyimpan surat khabar lama atau extra tisu tandas dirumah mereka tapi ianya dapat dikesan dengan melihat aktiviti hairan mereka ketika memasak, membasuh baju, mengemas rumah atau waktu tidur. Apabila lambakan baju yang bersih atau kotor bersepah dan dilonggokkan disesuatu tempat, sinki yang penuh dengan sampah dan pinggan kotor, di lantai bilik mandi, atau disetiap penjuru rumah. Mereka ini perlukan perhatian dan rawatan segera.


10 perkara yang anda perlu tahu tentang Compulsive Hoarding:




1. 1/4 dalam sejuta rakyat negara maju mempunyai sindrom ini.

2. Kebiarsaannya 14 hingga 42% manusia yang mempunyai gejala Obsessive Compulsive Disorder (OCD)- penyakit mental yang kronik dimana terlalu obsive terhadap sesuatu, merupakan pengumpul tegar; namun Compulsive Hording boleh dihidapi oleh orang lain yang tidak mengidap OCD.

3. Sindrom ini boleh diwarisi dalam golongan keluarga. (Ya, Ini aku dapat pastikan sebab Along menwarisinya dari Mama... tapi Mama terkawal sebab ada suami yang bukan pengumpul.. semuanya kasik buang.. maka mama sorok2 simpan barang.. tapi Along lebih parah)

4. Sindrom ini dapat dikesan sejak kanak2 dan kurang ketara ketika remaja namun akan ketara apabila dewasa.

5.Hoarding ini bukanya menyimpan atau pengumpul tapi ianya lebih kepada perasaan takut jika barang tersebut hilang maka akan mengakibatkan sesuatu. Perasaan takut ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir yang mana harus dibuang atau disimpan, maka mereka menyimpan semua barang.

6.Kebanyakkan pengidap sindrom ini merupakan manusia yang memetingkan kesempurnaan, maka mereka tidak suka perasaan ke'hilangan'. Jadi tak hairan jika mereka perkerja yang terbaik disyarikat tapi rumah meraka atau meja kerja mereka macam sarang tikut.

7. Pengidap sindrom hoarding tidak semestinya hanya 1 dalam setiap keluarga, dan sindrom ini ada kalanya disebabkan ahli2 keluarga mereka mengidap sindrom psychology lain seperti tekanan perasaan, kesenderungan sosial, bipolar disorder atau impulse control problem. 

8. Ianya amat jarang untuk pengidap sindrom ini menetahui mereka mengidapnya (Yap, mereka akan kata mereka boleh kawal berapa banyak barang yang mereka simpan dan ianya berlaka bukanya selalu); ianya hanya akan menyedarkan mereka apabila ahli keluarga mula menegur.

9. Sindrom ini sukar dikawal; kebanyakkan kes yang parah ianya dirawat sama seperti penyakit OCD; namun kesanya tidak mengalakkan.

10. Cognitive Behavioral Therapy (CBT) mungkin berkesan dari memberikan pengidap sindrom ini ubat-ubatan; dan therapy yang penting adalah pergi kerumah mereka... kemaskan, susun kan jadual untuk mengemas rumah mereka dan mencipta satu gaya hidup baru.

semua ini atas kajian Gerald Nestadt, M.D., M.P.H and Jack Samuels, Ph.D. of the Johns Hopkins University School of Medicine.



 1 aje permintaan saya... kepada ahli kelaurga yang nampak pengidap penyakit ini; bantulah mereka dan jangan lari...luangkan masa 1-2 hari untuk kemaskan rumah mereka, buangkan sampah..tong minyak...baju yang kotor dibasuhkan, kasut yang berselerak dikemaskan...mereka tak akan sesekali mengaku mereka pengyimpan tegar tapi asal kita tahu dan kita ingin membantu mungkin setahun dua mereka akan normal kembali.


Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...