Skip to main content

Kenapa Aku mampu atasinya kemurungan kenapa kau tak?... Emosi sungguh bila ada yang hilang dara tanpa nikah~

okey another 100 hits on my Favorite Drama Post so another series? rasanya awal tahun 2014 nie masih di awal kelahiranya; maka tak ada drama baru yang mampu menyegat minda dan emosi aku lagi namun aku lebih tertarik berkongsi dengan permasalah remaja (Depression) dan bagaimana aku atasinya.

Ini kisah benar; sepupuh aku yang pendiam dan sering duduk dirumah umur baru 16thn bertukar menjadi remaja yang ponteng sekolah dan berkawan dengan rakan2 yang bermasalah, dan lebih parah dia mengaku telah kehilangan daranya pada teman lelaki yang baru berberapa minggu berkenalan. Hati ibu mana yang tidak luluh, hancur melihat anak gadis mereka yang ditatang bagai minyak yang penuh menconteng arang pada wajah mereka. persoalannya kenapa pilih jalan yang salah, dan merosakkan??? 

Aku sendiri mengalaminya; pelajar harapan sekolah, juara sukan dan pertandingan akademik, punyai teman lelaki yang pandai dan kacak, wang saku yang tak penah kering namun semuanya hacur berkecai bila result SPM aku keluar... dimana A didalam Slip Keputusan? semuanya hilang melarikan diri, reputasi, maruah, teman lelaki, keyakinan diri hancur bagai dibom... depress? keinginan untuk membunuh diri? Ya, semuanya ada... keinginan membrontak sangat hebat masa tue... memangis mama melihat aku...bacaan Yassin ditelinga ketika aku sedang tidur... doa dan solat tak lengkang mama lakukan untuk aku kembali pulih... babah bawa aku berjumpa Doktor dan aku terpaksa makan ubat hanya untuk menghilangkan rasa gemuruh aku berdepan manusia lain.. aku malu dan tak ada semangat untuk hidup.. tapi aku tidak memilih jalan yang salah... Aku menjadi manusia yang menurut sahaja... Si Duyut ajak ke Muar untuk temuduga Kolej Yayasan Mara; aku pergi... isi borang dan di terima masuk... itu sahaja. Aku tak boleh bersama manusia lain, aku akan menjadi permarah dan pergaduhan akan meletus, tak ada istilah maaf... jangan kau usik walau seinci pun pen yang aku letak atas meja; akan aku mengamuk dan memaki hamun semuanya..."Bodoh punya manusia"  

*Aku menolak tawaran pengajian program Ijazah berkembar ke United Stated (3+2)  masa tue. sebab aku rasa aku bodoh; dan aku akan ditendang keluar dalam masa setahun aje.

Tapi bagaimana aku berada di tempat aku sekarang? Diploma, Ijazah, Sarjana dan Professional Program? mungkin PhD selepas ini; dengan biasiswa dan anugerah dekan setiap semestes demi Allah ianya berkat mama dan babah yang mendoakan aku berubah. Dari menjadi manusia yang mengalami depression sindrom ini mengalirkannya kepada sesuatu yang baik... doktor pun terperanjat; dengan hanya menanya khabar pada aku; tekanan darah tinggi aku boleh meningkat menceceh sys 220mmHg... tak boleh ditegur? Ya, itu aku.. dan bagaimana ini boleh berkurangan?  

Aku tak boleh berkawan, 1 semester aku bertukar bilik sampai 4 kali; dan akhirnya aku duduk dengan Linda berdua sahaja selepas dia dipulaukan; rasanya kami sama2 depress dan pada semester 3 sehingga semester akhir aku duduk seorang 1 bilik.... orang gila yang tak boleh berkawan dengan orang lain; aku pernah dibuli dan diserang oleh 7 orang perempuan dan kejadian ini dirakan video; selamat masa tue Youtube belum hot rasanya kalau tak aku dah jadi pelakon sekarang nie...mangsa buli di Kolej Yayasan Mara Bangi. Anak2 orang kaya yang spoil~sampah masyarakat tapi kelakarnya aku yang jadi si Jahat... huhuhu..mulut orang yang tak boleh ditutup... Tapi kebenaranya 5 dari mereka gagal meneruskan pengajian dan 2 lagi di Failkan subject; dan perlu ulang 1 semester (Itu perganggan aku; Doa orang yang teranaya diterima Allah, maka doa yang pertama tue yang penting. Fikir baru doa)

tapi isu Buli nie aku tak nak cerita; sebaliknya aku nak cerita bagaimana aku bangkit dan menjadi lebih baik seperti zaman persekolahan aku dulu; secara jujur sampai sekarang aku tak mampu kembali ke zaman 'Prime' aku semula tapi lebih baik dari zaman depress aku tue... 3 tahun; bukan sekajap tau. 

Aku suka tgk konsert... menjerit kuat2 and balik asrama pukul 2-3pagi... tapi ayun tak berani buat maccam tue. Aku mengaku aku jugak berkawan dengan manusia yang sesat, Islam atas IC sahaja.. aku berkawan dengan kawan yang togak arak macam minum air mineral; umur 23tahun buah pinggang dah rosak.. belanja RM2000 dalam masa sehari. Gugurkan kandungan sampai 3 kali tapi pergi kelas bertudung lingkup, muka sopan cantik.. putih.. bermekap nipis.. suruh present pun suara malu2 tapi duk mengatal dengan boyfriend dia; aku tengok pun sempat mengucap . Tue semua aku tengok dengan mata kepala sendiri tapi aku masih anak dara dan aku masih belum togak botol bir atau arak; kenapa? sebab itu kawan aku bukan aku... itu dosa dia.. dosa aku yang tak solat lagi aku nak tanggung lagi dosa2 tambahan nie...aku tengok aje...

sebab tue aku marah bila ada orang kata pengaruh kekawan yang buat dia sesat.. aku tak? aku depress jugak... Aku berkawan jugak... aku lepak malam jugak...curi2 masuk asrama jugak...tapi aku tak jadi apa..jiwa aku tetap kosong sepanjang aku ambik Diploma kat Yayasan Mara tue.. tapi aku masih tahu aku ada agama dan aku ada mak bapak yang perlu dijaga maruhnya. Aku masih skor pada exam sebab kawan2 aku tue mmg pandai2 tapi mereka tak ada penganggan agama aje. Nie mmg aku salahkan mak bapak, sebab majority kawan aku yang bermasalah nie parent dia orang mmg kaya2 Dato Sri or businessman kat tempat masing2 tapi bila bab solat mak bapak pun lintang pukang... tapi kalau bab berpura baik mmg semua hebat... yang Gay pun bila balik kampung jadi Jantan..huhuhu..kenapalah aku hanya ketawa masa tue? sekarang Arwah dah meninggalkan dunia... aku pun tak tahu dia sempat bertaubat atau tidak. Yang lesbian meraba dan bercembuan pun aku nampak; siap sambung bila aku mintak izin keluar.. mmg hebat masa tue aku rasa... setakat hilang dara nie mmg banyak; sehingga 1 tahap aku ajak semua budak2 junior aku mengadap kat cermin supaya pasangan nie rasa malu buat benda zina nie kat parking lot asrama. Aku jugak pernah kena pergi balai Polis pukul 3pagi jamin Junior aku yang ditangkap dgn mat motor yang dikenalinya berberapa minggu sebab berdua2an kat Tasik area Bangi tue jauh malam... selamat polis kalau jabatan agama; aku kena jadi pengapit agaknya. Ya, kawan aku jugak pernah dinikahkan sebab kena tangkap basah kat situ (orang berlainan).

*Demi Allah, ini kali pertama aku cerita; siapa kawan aku masa zaman Diploma dulu... aku mmg nak tutup zaman kemurungan aku nie...tanyalah sesiapa pun; aku tak nak cerita sebab aku nak tutup buku nie dan bakar... tapi ini adalah pengalaman dan kehidupan pertama kali hidup di perantauan tanpa ibu bapa tanpa keluarga..pengalaman yang mendewasakan aku. Syukur, aku tak sesat sebab Allah swt masih sayang kan aku. Mungkin sebab tue aku jugak tak akan mudah percaya  pada sesiapa, sanggat2 susah. Perbohongan mungkin akan kurangkan sikit rasa tue~

Tapi bila sepupuh aku buat jugak aku rasa sangat panas..panas hati...tulis post nie pun hanya 10minit aje; geram punya pasal...Kenapa kau bodoh sangat? Kenapa kau jadi manusia yang tertipu dengan drama cinta tue? Berzina, khawin dan bercinta? kau percaya semua tue? tapi kenapa kau tak percaya azab neraka? dosa dan aib keluarga kau? Bodoh sungguh!!!! kenapa lepas berzina kau balik rumah mintak khawin? kenapa kau tak mintak di khawinkan dulu baru kau rasa nikmat bersama suami kau tue, kalau dia sayang kau dia tak akan rosakkan hidup dan maruah kau sebagai wanita!!!!! kau tak perlu belajar tinggi untuk tahu tue sebab Kak Yang pun tahu benda tue zaman sekolah jugak... kita ada hak dan pilihan..kenapa kau tak tengok aje kenapa kau nak jadi seperti mereka.... BODOHNYA, sekarang apa yang kau boleh buat? nikah, khawin? lelaki tue nak tanggung kau dengan apa? dia belajar pun tak abis. Keluarga dia pun hina kau sebagai perempuan murahan, mengoda anak jantan dia sebab anak janta dia belajar Univ kau? sekolah habis?

Maaf, aku jadi emosi tapi ini kebenaran dan ini kenyataan yang aku perlu telan sebab aku sayang makcik aku, dan aku suka datang rumah dia, keluar shopping kat Sogo dan Times Square bersama setiap kali datang KL hujung minggu. malah aku ambik keputusan berhenti kerja pun selepas aku berbincang dengan dia. Makcik aku seorang yang sangat2 penyabar dan aku doakan dia tenang dan dapat hadapi dugaan nie dengan sebaik mungkin. Sampai sekarang aku belum pasti bila aku nak jengah makcik aku tue... sedih.. takut dia malu... Aku pun belum pasti kalau aku nampak jantan tue aku tak lempang dia. GERAMNYA!!!!!!





Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant

Another Tips: Saya nak beli TV Baru.... 4K LED UHD Vs. OLED

Dah hampir setahun aku upload tip nak beli TV baru... and selalunya aku uploadkan tip2 beli barangan lain... tapi disebabkan soalan-soalan yang ditinggalkan semakin banyak sehingga aku x perasan pun kena open loading tue..... hohoho... sampai bermingu soalan itu tak terjawab... maka aku upload 1 lagi post untuk menjawab soalan tentang Teknologi Baru TV yang sering ditanya oleh ramai orang... Nak beli TV tapi mana lebih bagus 4K LED UHD atau 4K OLED? Basic Idea, apa itu OLED Teknologi dan LCD Panel dalam LED TV   sebelum aku menjawab; kalau ada yang nak Tanya soalan basic tentang tip2 nak beli TV seperti beza Plasma, LCD, LED?.... nak beli Saiz apa yang sesuai?...nak pasang Astro, Antena aje, Hyppo TV nak pakai jenis mana? sila ke Post yang pertama, disini .  Post ini hanya untuk membezakan 2 jenis Teknologi Skrin yang baru untuk rujukan bakal pembeli sahaja. Apa itu OLED? OLED adalah teknologi skrin yang dicipta oleh SHARP, teknologi ini adalah singkatan bagi perkat

Khasiat Kayu Sepang...gunakan untuk rawatan kulit dan luka kecik dalaman

As aku sibuk sikit semenjak dua menjak dengan kertas kerja yang tak siap2 dan GAGAL untuk kali ke 2.....paper yang aku ambik...maka jarangnya aku meng updatekan blog nie. Tapi janji tetap janji maka aku cari idea gak cerita terbaru yang mungkin boleh membantu ramai kawan2 perempuan diluar sana yang ada masalah kulit tapi tak nak abiskan banyak duit beli barangan kecantikan di pasaran yang tak tahu kesahihannya tue... lagi2 sekarang macam2 jenama tumbuh bak cendawan... Penah dengar tentang Kayu Sepang? Okey kalau anda baca blog aku mungkin anda tahu aku ada masalah kulit yang agak teruk... bekas luka disebabkan gigitan kutu kucing aku tue. Sebagai muslimah aku tak boleh upload gambar tanggan and kaki aku yang tak cantik tue di sini sebagai bukti tapi anggaplah ianya memang teruk...mungkin cari gambar orang lain sebagai contoh....dipendek kan cerita; aku dah pergi jumpa Dr Kulit; ubat sapu yang harganya cecah RM150.00 sebotol itu belum dicampur dengan harga consultation dengan