Okey, tiba2 aku dapat idea nak kongsi and cerita gak kat semua... cerita Drama yang aku layan sekarang; kenapa bukan Movie? aku mmg kaki layan Movie lama2.. tapi ianya tersangatlah pribadi sampai tahap aku x nak kongsi.. bukan sebab aku layan cerita 18X atau R; cuma aku tak minat nak kongsi tapi kalau Drama yang aku layan, aku mmg akan post kat FB, LINE atau borak kat Forum drama tue... kalau aku duduk tunggu Interview pun aku akan cerita Drama tue kat calon yang lain; ada orang kata aku peramah tapi aku lebih suka benda yang seronok dari berborak membangga diri kat orang yang kita tak kenal. huhuhuhu... mungkin kenalan2 aku tue yang baca blog nie; sebab aku ada gak cerita pasal blog nie.... gila...
p/s Aku dapat panggilan taliphone dari ex-customer aku pasal blog nie... dia tanya kenapa update half2... aku rasa malu gila~ semua orang tahu aku nie penggangur~ hahahah... tak perlu update kalau dia ada no. phone aku; so.. aku pun berborak dengan dia... maka..half2 lah tip Leasing tue sebab kalau dah call buat apa nak update kan???
berbalik kepada Drama yang aku sarankan kepada orang lain; bermula dengan drama dari
1. US;Drama series
Season 3 Poster; ~ 'Girls... your are bad' |
Drama nie aku layan dari season 1 lagi; mula2 hanya berkesah kepada isteri seorang Ketua Hakim yang Suaminya ada hubungan sulit; tapi Alicia Florrick tetap kekal setia bersama suaminya dan kembali sebagai Peguam untuk berkerja menyara keluarga. The Plot start bila dia berkerja dalam Firm bekas kekasih zaman Universiti dulu dan Will masih bujang... best sebab cerita berkesahkan Firma Perguaman, kes-kes benar kat Mahkamah, Para Peguam dan Hubungan Sulit... Kira 2 orang utama; 1. Alicia sebagai peguam, hubungan cinta terlarang dengan Will dan para pelanggan dan cara kotor nak menang kes dan 2. Suaminya Peter Florrick yang berkepen untuk jadi Perwakilan\ Datuk Bandar.. dimana Alicia kena berlakon watak 'The Good Wife' yang sentiasa menyokong suami dan memaafkannya... tapi hakikatnya, isteri mana yang boleh lupakan dan maafkan suami yang curang bila si isteri korbankan segalannya? sekarang dah masuk season 5(Alicia nak lari and buka Firm sendiri); setiap Ahad akan ditanyangkan kat US tapi kat Malaysia season 3-4 asyik di ulang tayangkan... geram... selamat ada link dari US (^^) love Monday~
I likessss this episode; http://www.thedarewall.com/tv/the-good-wife/season/5/episode/5
p/s; entah kenapa akhir2 nie server untuk thedarewall selalu out; so kat sini aku share juga second link untuk watch/tonton online TV dari US; http://watchseries.lt/ so; enjoy the darama as I enjoy it
okey, ini atas pengaruh Ayun; aku layan semula season 9 Grey's Anatomy; ada best and tak best cerita nie..tapi watak kegemaran aku adalah Dr Christina Yang (Sandra Oh) and Dr Callie Torres (Sara Ramirez) sahaja... mungkin sebab ada Doktor Perlatih yang baru masa season 8; Dr. Parker lakonan Stevent Culp rasa macam Dr Yang masa mula2 dulu.... bijak and sanggup 'membunuh' untuk jadi doktor yang terbaik... rasanya dia akan pilih Dr Yang dari Dr Derek (brain surgical)..yes~ (main reason aku layan cerita nie balik) maka; aku rasa okey lepas pembunuhan beramai2 para Doktor kat drama nie; pendek kata siapa gaduh antara 1 sama lain.. atau gaduh dengan Pengarah; you are out!! so kelam kabut sikit cerita nie... banyak mengajar aku untuk Google istilah atau penyakit2 yang unik; aku baca journal perubatan untuk pastikan cerita nie berkesah realiti atau fantasi... tapi percayalah ianya fantasi.. mungkin sebab dah lama sangat addicted dengan drama ER aku perlukan drama perubatan yang buat aku berfikir~ (Ya, aku pelajar Perniagaan dan x minat belajar Biologi pun masa sekolah dulu... tapi I love to know..)
McGarrett? Why? I don't know... CSI; Miami atau nigahiga (http://www.youtube.com/user/nigahiga?feature=g-high-c) maybe. Besar sanggat ke Hawaii tue sampai perlu 1 team khas untuk lindungi keselamatan dan kepentingan kerajaan Hawaii? aku pun tak tahu tapi aku tetap layan.. sambil mengomel mana logiknya cerita nie. Rasanya dah ada 4-5 pelakon utama Lost ada dalam drama nie... sebab Dae Kim ada kot~ Season 4 dah start kat Amerika; Malaysia..ulang semula season 1 tue... per..sakit~ and mama perminat Original McGarrett dari kesah anak dia nie; so mula kalau aku duk tengok and mama pun ada akan mula compare yang mana lagi realiti; paling aku tak tahan cerita perang Korea; Korea Utara macam buat pengambaran kat belakang rumah aje.. geram aku di buatnya...tapi open your mind and enjoy hand by hand combat; short distant combat... jarang guna pistol tapi kalau dah start kes tembak mmg keluar semua jenislah... kisah cinta? biasa2 aje.. lagi suka aksi kerja mengejar dengan kereta...
sebabkan cerita nie aku rasa cerita terbaru "the blacklist" macam sampah atau '24' hanya rekaan semata2. and ada 2 kes bunuh yang mengikut teori dalam criminal minds nie... kira penonton cerita nie ikut cara pembunuhan rekaan si Pengarah dari The Mark Gordon Company and bunuh orang kat US; tahun nie budak sekolah menengah bunuh bapak dia sendiri (Dia ikut kes2 yang Polis lepaskan penjenayah)... gila penangan Dr Spencer Reid lakonan Metthew Gray and Penelope Garcia... kata2 nasihat atau phrase yang digunakan pada setiap pengakhiran cerita pun best gak~ Ayun layan koleksi CM dari season 1; beli DVD and bila seasons baru tamat aje dia akan beli; and layan kat TV sampai habis... dalam 1-3 hari habis semua 24 episode... so orang lain tak akan dapat tengok TV 2nd... kena guna 1st TV atau TV dalam bilik sendiri aje.
++ cerita fov.
next;
2. Hong Kong Drama series
okey... nie bukan drama tapi aku layan tiap2 minggu kat Youtube; kira rancangan bersiri gak lah. Sebab apa aku minat... sebab suara diorang lebih berbakat dari The Voice???? maybe.. how know? setiap orang ada tahap penilaian mereka sendiri. Tapi juri dia kot buat aku duk setia; yang pasti tak ada subtitle tapi aku boleh gelak and nangis sama2 wahai Mandarin aku bukannya bagus mana pun... dia orang cakap Kartonis lagi tue~ 1. Wang Feng 2. Na Ying 3. Harlem Yu 4. A-Mei
Tak ada version DVD tapi CD ada. Season 1 till 3; tapi aku tak ada koleksi nie |
next;
3. Japan Drama series
okey, My recommendation from Japan Drama Series adalah Jin; Time Travel Season 1 and 2. Mungkin orang akan kata aku minat dalam cerita perubatan, tapi secara jujurnya bukan semua cerita perubatan aku layan; cerita tue mesti ada resional dan Drama sikit, suspen dan Cinta; kombinasi terbaik akan menjadikan sesebuah Drama tue pujaan hatiku; bermula dengan Komik di ikuti Drama dan kemudianya menjadi franchise Drama di Korea. Menceritakan ttg Doktor yang kembali 1 kurun setengah (150 tahun) dahulu sebelum zaman revolusi Jepun dan membawa perubahan kepada bidang perubatan dan Sejarah Jepun (Untold Story) sendiri. Kecintaan pada bidang perubatan membawa Dr Jin Minakata berusaha mengubati dan mencipta peralatan perubatan pada zaman Edo (seronok belajar ttg sejarah Jepun dan para pelakon tahap SUPER) untuk merawat para pesakit pada zaman tersebut. Perasaan Cinta terhadap kekasih pada zaman kini dan juga Saki pada zaman Edo; membuat cerita nie sarat dengan air mata aku. Cerita Korea? Sakit hati tengok; merosakkan karya Motoka Murakami (manga), Yoshiko Morishita memang tak dapat di maafkan.
Perbezaan kualiti dapat dilihat dengan jumlah anugerah yg di menangi oleh Karya Jepun di peringkat Negara dan Asia; So, jangan nak sama kan cerita kegemaranku ini dengan cerita versi Korea.
Korea Version |
4. Korea Drama series
Poster rasmi; and paling best OST nya dinyanyikan sendiri oleh Arjumma Band nie (Modona Comeback~) |
Suka giler; gandingan Kim Jung-eun dengan Kim Seung-soo tapi sayang dia bercerai dalam cerita nie~ |
Suka sebab memberi semangat pada aku bila rasa Down sesenggat. Tapi aku ada 1 lagi koleksi DVD Korea yang aku paksa ayun belikan untuk aku; lakonan Max Chaming (TVXQ); cuba teka cerita apa? sampai sekarang Ayun masih benggang kalau aku ungkit kisah nie~ hahahaha (Dia penyokong JYJ dan mengata bahawa Charming aku tue Kaki Bodek SM)... Pada aku, aku minat semua dalam TVXQ; sekarang hanya tinggal Charming aje~ yang lain asyik bergaduh aje, bosan~
Comments