so, dah semakin parah aku nie... tapi selamat kerana ada ibu dan bapa yang memahami aku and terima kasih jugak kepada adik aku Si Ayun yang sanggup berkerja dengan Watsons dan bukanya Aku ) so, apa aku buat bila dah tak ada kerja nak buat?
Pagi
Ubah Takdir; atau perbaiki nasib??? |
Bangun solat subur pukul 6.30 pagi... hebatnya sebab dulu masa aku kerja solat nie... dah macam kerja part-time aje... masuk kerja kul 6.00 pagi, pukul 5.30pagi dah bangun so, kadang2 kalau x sibuk aku ingatlah tapi sekarang syukur, aku dah semakin senang.. dah jadi rutin atau perkara yang simple aje, tak payah susah2.. tapi lepas tue aku tidur balik...
Meneruskan kehidupan selepas memori hitam. Redha atau lawan semula |
Bangun semula dalam pukul 9-10 pagi... bergantung pada mimpi aku.. huhuhuhu... kadang2 aku tak tidur semula.. pergi berjogging..atau layan cerita Korea dengan mama...tapi sekarang dah x ada selera nak layan cerita Korea... huhhu...tak ada yang menarik, tapi yang terbaru aku layan online cerita; Marry Him if you Dare and The suspicious Houskeeper. Jangan tanya aku kenapa aku minat cerita nie, cuma ianya berbeza antara satu sama lain; satu buat aku gelak and satu lagi aku buat aku benci gila pulak... tapi sekurang2nya aku tak layan 6 drama bersiri bersama2 mama setiap hari kan?
Drama Melayu? rasanya aku dah cerita sebab tue kat post sebelum nie so, kalau ada rezeki tak ke mana.. Macam juga nasib JDT yang kalah separuh akhir tue... tragis nak nangis pun ada... kesian Hajar, janji dengan dia nak layan JDT kat Stadium satu hari nanti... mungkin kalau perlawanan Liga Super 2014; awal2 musim rasanya tak ramai lagi.. tapi Aima aku ada~ per.. terbaik..last time jumpa Aima masa dia wakil Argentina Vs England Suku Akhir Piala Dunia Remaja kat Lakin... Last game pergi tengok dengan my Late Brother (it already 18 years).. ke tunggu ajelah; mungkin boleh letak nie sebagai sasaran\target 2014.
Tengah Hari\Petang
Game dari Line; baru Level 30 Gila punya banyak task dia; kedai aku dah ada rupa kedai jual surat khabar lama dari kedai kopi |
Gara2 Samsung Application; Aku terjebak dengan game nie; Level 39 |
Mandi..bersedia untuk solat Zohor...basuh pinggan mangkuk and masak nasi...kadang2 pergi kedai beli barang runcit, bayar bill, tapi kebanyakkannya banyak habiskan kat game online yang aku duk main...mula2 sejam aje..lama2 jadi 2-3 jam..mula main sorang2 lepas tue ajak Ayun..Yut..and siapa sahaja aku boleh hasut...
Level 24; game paling slow nak naik level |
Dulu aku layan Little Empire and Pou tapi sekarang aku dah kira addicted dengan I Love Coffee; Tiny Farm and Zoo Story2... sebab tue kalau aku kena lepak rumah along kat Shah Alam tue aku dah mati kutu; dulu mama pun x suka lepak lama sebab tak ada Channel Korea dia tapi semenjak along pun join HD club dia dah x kesah.. tapi sebagai pengguna Maxis yang setia selama 10 tahun nie (dari zaman ADAM) lagi; aku langsung x ada line.. 1 line pun x ada; x boleh call atau terima call apa lagi nak guna 3G atau 4G line... Along tak mampu nak selesaikan masalah nie sebab aku berkeras nak kekal dengan Maxis sedangkan Along and Abg Shahril dah beralih ke Digi disebabkan kawasan rumah tue yang berada betul2 kat titik buta line Maxis.
So, aku mmg addicted.. kalau aku nak keluar atas urusan penting.. aku akan urusankan kedai Kopi Aku tue dulu... Kambing and semua binatang tenakan dan senyawakan binatang kat Zoo aku dulu~ untuk jangka masa panjang agar aku tak rungsingkan diri; fikir apa yang terjadi.
Petang\Magrib
Masa untuk aku makan, isi form jawatan kosong...tulis email..layan panggilan taliphone ex-customer
Anak kucingku yg berbagai ragam; saiz jauh beza tapi adik beradik sama hari; |
3 hari kena kurung and makan ubat lepas dimandulkan di klimik Haiwan |
Pokok yang 2 bln lepas ada 2 aje daun yang kekuningan. sekarang mekar berbunga (^^) |
Pokok Bunga Matahari and Tomato; batang pokok orked yang semakin sembuh. |
So, buat masa nie aku hanya menanti buah and bunga2 yang aku tanam mengeluarkan hasil. InsaAllah, Allah maha melihat dan maha mengetahui yang mana terbaik untuk umatnya. Mana tahu; aku pun boleh berdaun dan mengelurkan hasil semula.. macam pokok okid mama.. daunnya semua gugur gara2 dikencingkan kucing...batangnya kecut.. tapi sebab mama yakin pokok dia akan tumbuh semula kalau ditukar pasu dan diganti arang baru...babah pulak membantu dengan membajanya..dan aku menyiramnya tiap2 hari.. sekarang dia dah berbunga semula.. bukan 1 aje tapi semua pokok yang dah kering kecut boleh hidup semula.. itulah kuasa Allah.
Buah Tembikai pun dah start berbuah; seronok.. macam nak mintak loan kat MARA buka kebun aje dari mengharapkan orang, biar buat business sendiri. |
Malam
Kamus paling penting masa belajar bahasa nie; a word a day (tue dulu) sekarang a word a week... |
Aku ada jadual sendiri untuk habiskan waktu malam aku nie; 1. Baca Buku and buat latihan Bahasa Inggeris, Korea atau Mandarin .... yang mana aku rasa aku nak belajar... jadinya kadang2 aku tak belajar sebab aku duk layan game 2. Layan Movie lama2; yang aku nak layan sesangat tapi aku tak pernah ada kesempatan nak tengok sebab tak ada masa, tak ada siapa nak layan aku ge wayang, atau tak ada duit nak beli CD cetak rompak (Syukur, kembali menjadi wanita normal; banyak sangat kawan Lelaki x elok sangat) 3. Baca bahan bacaan ringan, macam buku Motivasi ke, cara menjawab soalan Interview ke, Komik secara online.. atau update Blog nie.
Itu aje; dan percaya atau tidak.. tak pernah 1 hari pun sama macam hari yang lain... sebab ada aje yang baru dan ada sahaja yang aku belajar. Tapi aku kena start kerja cepat kalau tak makin gemuklah aku nie.
tapi Syukur sepanjang aku x update blog nie; Aku dah pun Konvo Master, Bayar pinjaman PTPTN aku masa degree dulu utk layak dpt diskaun 20% ( Diploma and Master; biasiswa), hantar kucing aku ge dimandulkan (dah mandul si Kecik sekarang); melabur beli saham serta simpan duit kat simpanan tetap bank (dulu gaji 2-3ribu pun tak cukup tapi sekarang masih boleh berjimat) and aku dah hampir menjadi aku yang dulu mungkin 70% tapi ianya satu peningkatan, bukan?
"Some People are Born to be Successes; But some people are made to be Successful"
Comments