Nak buat Loan... Kenapa?
Nak Kahwin/beraya
Nak Kahwin... Abang akan buat Loan untuk sayang
Ayat nie aku dengar dari salah seorang kawan aku di tempat kerja ini, gaji basic barulah cecah RM 700
tapi dah berani nak buat loan kat bank sebab nak kahwin, awek takut dia kena kebas. Sebagai salah
seorang yang penah berkerja atas komisen bank loan nie, maka nasihat peribadi kat kawan aku nie senang
aje, tak payahlah...
Kumpul duit dulu baru kahwin, tapi kalau nak jugak buat loan, buatlah tapi jangan gunakkan untuk kerja
kahwin semata-mata. sebaliknya invest kat Simpanan Tetap atau Public Mutual (sekarang tren investment
dalam bentuk Emas) untuk setahun dua, untuk bayar interest loan, kemudian barulah guna duit tue untuk
kerja khawin. Kat sini, gunakan lah sedikit akal anda, jika total interest rate loan anda adalah 12% janganlah
simpan dalam akaun simpanan semasa anda yang hanya memberi 1.2-1.4% faedah, siapa nak bayar lagi
10.8% interest dalam loan tue? Kat sini, anda kena cari faedah yang setara, kerana ianya short term
investment bukan untuk cari untung. (Nak cari untung dalam investment? Bila ada kawan aku yang ditimpa masalah, mungkin akan aku tulis di entry seterusnya).
Ini supaya anda tak dibebani hutang sampai ke anak cucu and nak buat loan rumah pun nanti tak mampu.
Ingat kahwin yang sampai berpuluh2 ribu tue bukan wajibnya, sediakan tempat untuk anak dan isteri itu
yang wajib (nafkah zahir).
Anda akan tertanya kenapa lah tak boleh guna duit loan tue? Kalau di ikutkan hati kat sini jugak aku taip
satu per satu Interest rate yang jelas disebut kepada anda, interest yang tak dijelaskan kepada pelanggan dan
juga interest rate yang memang jelas tapi ramai pelanggan tak tahu. Tapi aku dah sain surat 'akusumpah',
so aku bersumpah akan merahsiakan maklumat2 sulit syarikat kewangan yang penah aku kerja tue.
Pendek kata pinjaman peribadi anda akan dikenakan 3-4jenis nilai faedah yang berbeza, kalau Islamic?
Tak kan lah sampai 4 jenis interest rate? Ya, jenis nya sama tapi nilai yang dibezakan adalah rate reduction
amount (nilai faedah pada baki pinjaman), kalau pinjaman biasa r.r.biasanya ikut keadaan pasaran, ianya
boleh turun dan naik, tapi dalam islamic ianya tetap tanpa kira keadaan ekonomi negara. (Sebab tue untuk
long term Investment, orang bukan Islam pun berminat untuk Islamic Rate, Secure/Selamat+kalau ekonomi
merundum pun rate pelaburan anda akan kekal.) tapi nilai faedah anda akan lebih tinggi dari loan biasa jika
keadaan ekonomi sangat baik atau nilai faedah pelaburan anda akan kekal rendah bila ekonomi baik
sedangkan pelaburan biasa anda mungkin dapat 300% pulangan. Itu nasiblah, siapa boleh kawal ekonomi
negara?
So kepada Hafiz, kalau kau dapat pun loan RM20,000 tue nanti, kau hanya akan layak dapat paling tinggi
pun RM18,000, tapi interest rate kau yang perlu kau bayar bulan2 tue pakai nilai RM 20,000 tue tau .....
and plus kau akan dikenakan rate untuk inflasi jugak.... Kesudahannya hutang besih kau cecah RM38,000
itu pun kalau kau pakai bank yang aku recommend kan, kalau bank lain, mahu kayap kau nak bayar dengan
gaji kau tue. So, that all my friend, ikhlas dari kakak yang takut nak kahwin sebab takut tak ada duit.
Huhhuhu...^^
Lagi satu. Aku benci giler iklan yang kata nak balik raya sanggup buat personal loan. Aku cuma nak cakap
kat sini, buat apa anda berhutang 5 tahun untuk sekali perayaan sedangkan anda ada tiap-tiap tahun untuk
beraya (kalau panjang umurlah). Raya itu, untuk meraikkan kerjayaan anda yang berpuasa selama sebulan
dan bukannya untuk anda menunjuk2 pada orang lain. Melainkan anda memang ada business sendiri yang
keuntungan nya berpuluh or berjuta ringgit cuma lambat nak masuk akuan, so terpaksalah guna loan sampai
duit business anda itu diperolehi, itu di maafkan.
Comments