Cerita Lama2 Cinta kau datang lagi… Bila bulan Febuari biasanya kita asyik disogokkan dengan cerita cinta. Bosannya…bila fikirkan aku terdiam seketika, dulu semasa aku asyik bercinta aku paling sukakan bulan ini. Bukan sahaja bulan cinta tapi bulan nie juga adalah bulan kelahiranku. Patutnya indah, tapi apabila aku membuat pilihan untuk tidak memilih sesiapa selepas Haikal, aku mula terfikir semula, betul atau salah pilihan aku kali ini. Secara jujurnya, aku tidak penah meyesal dengan segala keputusan yang aku buat. Tak kiralah dari sekolah rendah hingga ke peringkat ijazah. Memilih jalan balik ke rumah atau jalan masa depan aku. Keputusan yang paling besar pernah aku ambik adalah meninggalkan bidang yang aku minat, kejuruteraan dan memilih bidang permasaran sebagai pilihan hidup. Sejak itu aku tak pernah menoleh dengan apa keputusan yang aku ambik. Sekarang aku keseorangan ditemani keluarga, saudara dan kawan karibku. Kalau Yut kahwin dulu nampak gaya aku pasti malu besar...tapi aku t...
Nothing will changes in Minute but people can