Skip to main content
Cerita Lama2

Class, Eximents and Test!!!


New semester, new timetable and new classmate. Ader aje yan tak kena dalam hidup aku nie....tapi sekarang dah oklah. Aku duduk seorang diri dalam bilik nie, sama macam keadaan aku kat Bangi dulu masa Diploma. Sedih tapi dalam masa yang sama aku perlu lebih fokus dan jangan fikirkan sanggat bekas classmate aku kat m3...semua tue dah jadi sejarah.

Aku patutnya lebih matang memikirkan keadaan yang semakin mencabar dan jangan asyik lari, sembunyi dibalakang orang lain. Aku patut bersuara dan menerima cabaran yang ader kat depan mata. Kawan yang jadi musuh, musuh yang jadi musuh ketat dan orang yang aku tak kena pun jadi musuh. Aku mulanya rasa geram dan tertekan kenapalah aku nie banyak musuh sedangkan aku hanya buat hal aku aje..tak masuk campur hal orang lain. Kalau bosan dan marah pun aku luahkan kat blog nie, dan yang baca hanya kawan dan adik beradik aku aje..(melainkan kau oranglah yang tukang sampaikan)..tapi bila aku teringatkan sunnah nabi yang lebih kurang bunyi macam nie....apabila kamu dimusuhi maka akan ada seoarang lagi yang akan menyukaimu..

Bila fikir balik, memang betul. Sebab aku dapat menilai dan menjumpai kawan yang benar-benar ikhlas nak berkawan dengan aku dan menerima aku seadanya...walaupun pahit dan tawarnya perangai kau nie tapi makin sejati nilai sahabat yang aku temuai. Walaupun tak seramai musuh aku tapi aku sanggat menghargainya.

Sibuk menaip untuk blog nie, aku hampir terlupa kena buat balik eximent aku tue...tersilap 25 muka surat!!! Cuma betul 7 aje...macam kena buat semula aje, dahlah nak kena hantar selepas Raya Cina nie, Test lagi, Presentation Lagi.... aku ambik 5 paper aje, setiap petang free tapi tak ader masa sedangkan dulu ambik 7 paper ada pulak masa....Yang jangan asyik makan dan tidur aje!!!! Berhenti menaip dan buat eximent ctu, service dan marcom tue....

Bye..bye…

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Selepas Diploma\Digree; what next... kemasukkan ke Program Professional

What next... apa yang diperlukan oleh anda selepas ambik Diploma\Digree; banyak pilihan dan semuanya ada Pro and Contra. Cuba buka minda anda dan pilih khursus yang semakin hari semakin tinggi keperluannya dalam bidang berkanun atau swasta kini; Khursus Profesional yang di tauliahkan oleh Intitusi antarabangsa ataupun Malaysia. Kebanyakkan bidang ini dimonopoli oleh bidang perakaunan dan pengamal Undang-Undang; bahkan tangga gaji mereka juga adalah lebih tinggi dari pelajar yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian atau dengan pengalaman untuk diserap dalam sektor awam.  Post ini khas untuk para pelajar lepasan Diploma atau Sarjana Muda; yang ingin melihat pilihan yang lain dari menyambung pengajian mereka ke peringkat Sarjana Muda atau Sarjana. Khursus Profesional ini mempunyai beratus jenis sijil yang di keluarkan dan ianya bersifat sebagai penambahbaikkan ( aku gelarnya 'booster') pada kelulusan yang dikeluarkan agar Sarjana Muda yang dikeluarkan mempunyai ...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...