Skip to main content
Cerita Lama2

BANGUN!! BANGUN!!: SEMESTER BARU, KAWAN BARU

Dah hampir sebulan aku masuk berlajar kat semester baru, ada aje masalah Sedih sebab terkenangkan keputusan aku semester lepas, tapi lepas dengan nasihat dari PM Yusri aku sedar. Untuk rasa gembira adalah dengan memaafkan diri aku sendiri dan lupakan yang telah berlaku tue. Aku mengharapakan orang memaafkan kesalahan aku tapi aku juga ambik masa untuk maafkan diri aku sendiri. Kelakarlah.....tak comel langsung.

Mulakan kehidupan baru, so..aku ambik keputusan drastik. Aku gugurkan 2 subject untuk semester nie, so aku hanya fokus untuk 5 subject sahaja dan aku tekat untuk tangguh pengajian aku. Aku dah rasa pengalaman tak dapat tawaran sambung belajar so aku tahu bertapa pentingnya nilai pointer tue. Bukan masa tamat yang jadi perhirtungan tapi berapa banyak pointer yang aku boleh bawak sebelum tamat pengajian.

Ader sedikit masalah dalam bilik nie tapi aku rasa tak seteruk mana pun nak mengadu kat blog nie. Masa zaman diploma dulu lagi hebat...sangat hebat. Harap aku mampu bertahan untuk seminggu lagi. Berusaha!!!!

Selain aku gugur 2 subject aku buat keputusan untuk tukar kelas... ramai yang sangka aku tukar kelas sebab ‘Anak Ikan’ sayang aku, tapi secara jujurnya aku memang dah tahu ‘Anak Ikan’ tue suka aku sejak semester lepas lagi, so tak mungkin aku ikut dia hanya kerana perkata ‘ A…. Sayang Yang, Jangan tinggalkan A...’ aku pilih untuk tukar sebab aku tak mampu rasanya menahan rasa geram dan sakit hati dengan kawan BAIK yang sangat SAYANG aku tue.. antara anak ikan dengan mamat bingung tue aku masih pilih mamat bingung tue, walaupun aku dah tolak dia semester lepas.

So sekarang apa yang ader kat otak aku hanya fokus pada perlajaran aje. Kalau nak dikira balas dendam dan menyakitkan hati orang rasanya aku dah bosan dan muak. Duduk dan tunggu Allah swt balas aje. Aku malas nak hantar benda-benda tak elok kat orang yang menyakitkan hati aku ini. Aku berdosa pulak sedangkan masa inilah aku patut kumpul pahala....

Jumpa lagi bulan depan, nak siapkan assigment nie....

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Selepas Diploma\Digree; what next... kemasukkan ke Program Professional

What next... apa yang diperlukan oleh anda selepas ambik Diploma\Digree; banyak pilihan dan semuanya ada Pro and Contra. Cuba buka minda anda dan pilih khursus yang semakin hari semakin tinggi keperluannya dalam bidang berkanun atau swasta kini; Khursus Profesional yang di tauliahkan oleh Intitusi antarabangsa ataupun Malaysia. Kebanyakkan bidang ini dimonopoli oleh bidang perakaunan dan pengamal Undang-Undang; bahkan tangga gaji mereka juga adalah lebih tinggi dari pelajar yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian atau dengan pengalaman untuk diserap dalam sektor awam.  Post ini khas untuk para pelajar lepasan Diploma atau Sarjana Muda; yang ingin melihat pilihan yang lain dari menyambung pengajian mereka ke peringkat Sarjana Muda atau Sarjana. Khursus Profesional ini mempunyai beratus jenis sijil yang di keluarkan dan ianya bersifat sebagai penambahbaikkan ( aku gelarnya 'booster') pada kelulusan yang dikeluarkan agar Sarjana Muda yang dikeluarkan mempunyai ...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...