Skip to main content
Cerita Lama2

Bila nak buat sumbangan?

Bangsa Melayu yang permalas


Hujung minggu lepas di penuhi dengan Modul 2 peringkat Ijazah, pembentukan siswazah dan graduan lepasan UiTM dan ciri-ciri keusahawanan. Isu bangsa nie memang susah sikit bila disentuh. Mana taknya, bila debat yang melibatkan pensyarah dan pelajar menjadi medan luahan perasaan. Semuanya menunding jari antara satu sama lain, kau salah bukan aku.

Entahlah, masa diberi peluang untuk meluahkan pendapat (salah seorang wakil pelajar), aku rasakan semua tue tak penting. Toleransi yang penting, terima kesalahan masing-masing dan cuba menyelesaikannya dengan berlandaskan fikiran yang rosional dan bukannya emosi yang terganggu. Tapi rasional biasanya ditenggelamkan oleh emosi. Tak ada kesimpulan pun dapat diambik dalam masa 2 jam berbahas kerana pensyarahnya beremosi, provakasi yang meleset sama sekali. Takziah

Masih ingat lagi kata-kata ahli panel yang menyindir golongan Melayu yang permalas, “ke kelas untuk tidur dan salahnya diletakkan pada lecture yang mengajar membosankan. Bukannya pelajar yang malas sehingga tertidur dalam kelas? Apa dibuatnya hingga larut malam masih terjerit-jerit, Bangsa Melayu bangsa suap!” “dimanakah letaknya semangat pelajar Bangsa Melayu jika, ayah terpaksa mengambil cuti 3 bulan tanpa gaji semata-mata ingin memastikan anaknya bangun diwaktu pagi untuk ke kuliah?”

Benda-benda macam nie walaupun remih tapi ianya nanah Bangsa Melayu, makin hari makin membesar. Dan memburukkan keadaan busuknya terpaksa ditanggung oleh Bangsa Melayu itu sendiri. Mana logiknya, jika 24 pelajar ditangkap positif dadah maka semua pelajar UiTM adalah perosak bangsa Melayu. Memang benar seseorang itu mencerminkan bangsa itu sendiri tapi manakah rasionalnya bila majoriti dipalik dengan kata-kata kesat jika sifat negatif golonggan minoriti yang sememangnya tidak ingin berubah langsung yang diambik sebagai kayu pengukur?

Isu-isu begini memang panas kat UiTM sebab satu-satunya Universiti yang masih mempertahankan hak kaum Melayu, memberi peluang pada pada kaum Melayu dan juga medan terakhir untuk orang Melayu untuk belajar. Susahkan? Menjadi Bangsa Melayu di Tanah Melayu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...