Skip to main content
Cerita Lama2

Keseronokan : Impian Sang Penglipur Lara

Aku asyik muram aje, jadi aku mula terfikir kenapa aku muram? Sejak bila aku muram? Kenapa aku tak boleh gembira seperti dulu, zaman kanak-kanak aku? Pada aku kalau untuk atasi masalah kita kenalah cari puncanya dulu, penawarnya akan menyusur kemudian.

Dan hari ini, Aku keluar makan bersama babah, mama dan ayun. Macam biasa, aku tak tahu sejak bila aku tak boleh makan kat kedai kaki lima? Sejak bila aku memilih bulu dan rasa tak selesa makan kat kedai macam tue? Salah kawan-kawan aku nie,
Nasihat untuk diri aku: jangan kawan dengan orang “berlagak“( tak ke aku pun berlagak juga?).

Makan kat tepi sungai Batu Pahat, sate dan mee bandung. Sebelum tue tergerak hati aku berdetik, bagaimana perasaan aku kalau jumpa pakwe zaman sekolah dulu? Mesti tak senang dudukkan? Kenyataannya itulah yang berlaku, tapi bukan pakwe akulah, Cuma kawan lelaki yang pernah cakap dia suka aku dengan azmah masa zaman sekolah rendah dulu. Penyakit lupa nama orang tue memang menjadi masalah aku yang tak dapat diubati..lupalah nama dia siapa. Tapi dia banyak berubah, muka dia makin hemsem dan kurus sikit, jerawat kat muka dia pun dah tak ada tapi masih pendiam macam dulu. Comel sangat, aku pura-pura tak nampak dia asyik mengadap muka aku aje dari aku makan sampai aku bangun.

Kelakarlah, itu baru seorang yang tak berapa rapat sangat.. macam mana kalau aku jumpa Azmi ( hero zaman sekolah dulu), Fairuz Rizman (asyik kirim salam aje, jumpa tak pernah), Hisyam, Sahfiq dan paling aku nak jumpa sangat Sharil (first love aku)...comel sangat. Bila fikir semula, inilah keseronokan yang dah lama hilang dari jiwa aku, kawan-kawan yang tak pernah perdulikan darjat, keturunan dan kebijaksanaan kita. Rindu sesangat zaman kecik-kecik dulu, Hamidi, Azmahwati, Hidayah, Rorhani, Aswani adalah rakan-rakan yang sangat disenangi aku sampai kini. Tanya aje Ayun atau Duyut, rasanya muak mereka dengar cerita kawan-kawan aku nie. Cerita sambil ketawa, kadang-kadang Duyut marah aku cerita lebih-lebih.

Tapi kenangan tue mampu buat aku ketawa. Ada juga yang tidak menyenangi kehadiran aku tapi itukan manusia; Zaihan, Nazlin, Ain, Razif, Fauzi, Noor Hidayah, Nazatul, Syed, Aliff, dan hampir semua kelas 6 Baiduri, 1997 Sek. Rendah Kebangsaan Bandar. Ingat lagi masa buat reunion tahun 2000, aku langsung tak dijemput, aku tak berdemdam apa tah lagi membenci mereka tapi aku berdoa sangat aku tak simpan dalam hati bila jumpa mereka nie balik satu hari nanti. Senyum dan pura-pura tak tahu apa yang mereka buat. Kelakarkan, bila manusia semakin dewasa mereka makin pentingkan status dan imej bukanya erti sahabatan.. ketawar aku sorang-sorang.

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...