Skip to main content
5hb Dis 2006
Dah hampir dua minggu kuliah berakhir dan duduk kat rumah sambil bersorak untuk pasukan hoki Malaysia dalam Sukan Asia; Doha 2006 dan semalam tengok bola, selamat Ronaddino menang kalau tak awal-awal dah kena tendang dari saing liga juara-juara tue... selamat juga. Kedua-dua pasukan sukan yang diminati masih berada dilandasan yang betul untuk at list pergi ke second round.
Dua tiga hari ini dapat mimpi yang tak best aje, ini bermula dari mimpi dapat D untuk paper Arab 3 dan hanya dapat 3.17 aje untuk final exam.. antara mimpi yang menyebabkan aku menangis. Walaupun sekadar mimpi tapi ianya benar-benar manakutkan... aku berlajar walaupun tak bersungguh dan sekadar sambil lewa aje tapi aku dah buktikan bahawa paling teruk aku cuba dapatkan 70/100 untuk sebarang test atau quiz. i'm serius with my score tau.. tak ader boyfriend, no persatuan and no badbimton... just main bola baling untuk kolej aje, tak ader yang lain. Harap Allah s.w.t tak akan uji aku dengan jadikan mimpi tue kenyataan.
Aku dah banyak juga berubah semenjak UM tolak tawaran untuk aku sambung belajar dulu. Sedih giler masa tue, UiTM pun tak ambik aku sebagai first student dia, sehingga sebulan selepas pengambilan baru aku dipanggil untuk lapor diri. Yut pun perasaan, mana tak, selama nie semua nota aku adalah sulit dan aku tak akan ajar orang pun tentang apa yang aku tahu..apa tah lagi kalau nak kasik nota dan tutor free... Haram... Tapi kali nie aku cuba jadi sedikit baik dengan ajar orang lain (walaupun tak sampai 40% betul) lebih baik dari 0% masa zaman diploma dulu.. aku dah cuba jadi baik tau, tak lah sanggat baik tapi 'BAIK', walaupun 70% dari classmate aku benci tapi lebih baik dari 95% masa diploma dulukan?
Ingat lagi duduk sorang-sorang dalam kelas hanya ada Zana aje masa tue 'kawan' aku, tapi sekarang Zana pun tak suka aku ( hipokrit giler minah nie, masa tak ader kawan aku aje tempat yang dituju sekarang ader kawan lain aku ditegur pun tak) selamat sekarang nie masih ada 6 orang lagi kat class tue yang sudi kawan dengan aku. semester depan aku akan naikkan peratus nota dan ajaran free ke 55% kalau aku berjaya... study sama-sama kat libray atau kat asrama zambrud menjelang test atau final...(kalau diaorang nak aku ajar bukan diaorang yang ajar aku nanti). SEMOGA BERJAYA YANG!! GO GO FAITING!!

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Selepas Diploma\Digree; what next... kemasukkan ke Program Professional

What next... apa yang diperlukan oleh anda selepas ambik Diploma\Digree; banyak pilihan dan semuanya ada Pro and Contra. Cuba buka minda anda dan pilih khursus yang semakin hari semakin tinggi keperluannya dalam bidang berkanun atau swasta kini; Khursus Profesional yang di tauliahkan oleh Intitusi antarabangsa ataupun Malaysia. Kebanyakkan bidang ini dimonopoli oleh bidang perakaunan dan pengamal Undang-Undang; bahkan tangga gaji mereka juga adalah lebih tinggi dari pelajar yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian atau dengan pengalaman untuk diserap dalam sektor awam.  Post ini khas untuk para pelajar lepasan Diploma atau Sarjana Muda; yang ingin melihat pilihan yang lain dari menyambung pengajian mereka ke peringkat Sarjana Muda atau Sarjana. Khursus Profesional ini mempunyai beratus jenis sijil yang di keluarkan dan ianya bersifat sebagai penambahbaikkan ( aku gelarnya 'booster') pada kelulusan yang dikeluarkan agar Sarjana Muda yang dikeluarkan mempunyai ...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...