Aku nak cerita tentang pelanggan yang akan membuka minda dan hati aku tentang kemanusia, Tapi bulan ini, aku nak kongsi cerita tentang bekas Boss aku, Assistance Sale Manager Aku: Mr B.F.L a.k.a MR L. Perjalanan aku agak mudah, ketika bulan Ramadhan tahun lepas, doa aku hanya 1... dapat pekerjaan yang dapat meringgankan beban Babah dan Mama.... tak ada lain, itu aje doa aku... bukan mudah nak naikkan semangat aku dan bukan mudah nak aku terima kenyataan untuk kerja dari bawah... sedangkan aku ada Saujana dan pengalaman hampir 5 tahun sebagai Pengurus Cawangan..... bukan mudah untuk menundukkan ego diri sendiri... dan aku telah berjumpa dengan perpuluh2 pegawai dari pangkat Dato'hingga Tan Sri, Pro. dll..... untuk interview dan kembali ke alam dunia koperat mahupun dalam bidang pendidikan dan akhirnya gagal.... tapi lain ceritanya ketika aku berjumpa dengan MR L
Dia bukan interview aku, tapi menyakinkan aku bahawa masih ada ciri dan individu yang bersemangat tinggi, bermotivasi dan kerajin dalam diri aku... seorang yang ceria dan berfikiran jauh.... yang jelas terpancar pada mata beliau sedangkan aku sendiri meragui diri aku... boleh ke aku menjual sebijik kereta? boleh aku bersaing dalam dunia permotoran ini sedangkan aku tak ada minat dan ilmu? apa tah lagi pengetahuan? aku tak ada apa2... kosong... semangat aku dah lama dimakan oleh bekas majkan aku... jiwa aku kosong... gaji dan ilmu yang aku perolehi selama ini hilang entah ke mana.... Lelaki ini mengajar aku sedangkan dia juga berlajar... baru bertukar kerjaya dari pengurus kualiti Kilang ke Permasaran Kereta hampir 4 tahun.... tekanan yang dialami beliau sering kali dicerita kan kepada aku pada setiap hari.... disebabkan kami perlu membentangkan laporan harian ... dia acap kali memaksa aku untuk bekerja... cari pelangan...belajar....dan belajar.... dari orang yang tak ada ilmu kepada orang yang dirujuk.... orang yang dijadikan sandaran dan aras kerjayaan....
Secara jujur, aku agak terkilan memberikan semangat pada beliau untuk meletakkan jawatan dan bermula dari bawah.... sebagaimana aku bermula dari kosong... pada aku kenapa beliau nak takut untuk bermula dari bawah.... 4 tahun jika gaji anda hanya RM4000 di bidang ini... anda seorang yang permalas.... sangat2 permalas..... anda tak perlukan ilmu dan pengetahuan untuk masuk... tapi untuk kekal anda perlukan ilmu, pengetahuan, hubungan baik antara rangkaian perkhidmatan dan keupayaan untuk bercerita.... Ya, bercerita... cerita apa?.... anda akan tahu bila anda lama di industri ini... Aku menyakinankan beliau yang entah bila kami akan dibuang kerja... saban bulan yang tinggal hanya anak2 buah kesayang Mr A sahaja.... sebagai anak buah nya kami tahu nyawa kami memang di hujung tanduk.... kalau no dipapan tanda itu merah... bersedialah untuk dipancung.... dia tak nak alasan hanya hasil.... jadi aku yakinkan Mr L, inilah ciri2 majikan yang membunuh pekerja terbaik mereka... mereka tak nak berubah... mereka hanya nak hasil...
Akhirnya, orang yang membimbing aku untuk bersemangat... orang yang mengenali aku hanya dengan melihat aku.... orang yang percaya aku menjauhi keupayaan beliau sendiri... dan orang yang mencemburi aku atas keberanian aku untuk bermula dari bawah dengan gaji basic RM900..... meletakkan jawatan dan memilih untuk bermula dari bawah dengan gaji basic yang sama seperti aku.... Aku terdiam... aku hanya sebahagian penyumbangnya... ada faktor2 lain yang meyumbang kepada tekad beliau untuk berhenti... tapi kini kami berjumpa di kedai makan sambil menunggu kereta pelanggan kami siap di bengkel untuk proses penghantaran.... kuatnya hati beliau untuk berubah di umur 40an....
Aku menemui simpang dan ranjau perjalanan pada usia akhir 20an dan bengkit pada usia 30an.... tapi Mr L bermula pada usia 40an.... mempunyai keluarga...isteri dan anak untuk dijaga.... beliau sebenarnya sangat kuat dan berani... lebih berani dan kuat dari aku... jujur aku beritahu dia... aku masih belum jumpa diri aku yang dulu... masih mencari.... tapi kali nie aku lebih kuat dan tak akan menangis lagi jika dibuang atau dipancung oleh majikan...dan semalam aku terdiam apabila aku membaca post kawan aku, bekas rakan sekerja yang ambik keputusan untuk berhenti kerja di tempat aku dan berkerja sebagai pekerja sambilan di Univ.
Apabila aku membaca post dia... aku kecewa.... aku kecewa...sebab tak mampu menukar fikirannya menjadi positive.... jangan ambik masa yang lama seperti aku untuk bangkit semula... jangan.... Buang ego mu.... buang semua pengalaman mu.... mula dari bawah.... aku tahu aku bersyukur ada keluarga yang berada dibelakangku menyokong aku hingga aku bangkit.... tak henti2 berdoa... tak henti2... memberi bantuan kewangan dan emosi.... sokongan yang kuat... tapi aku tak ada pengalaman...aku jugak mentah ketika itu tapi kamu diuji pada usia awal 20an... kamu harus bangkit dan menukar arah jalan.... dah tak boleh lurus... tukar ke laluan kanan.... kini... atau buat U-Turn.... dah yang penting jangan simpan masalah emosi ini seorang diri... jika kamu tak mahu membebankan keluarga..... carilah rakan2 yang sudi membantu.... mungkin lambat tapi ianya memberi kamu masa untuk berfikir...percayalah 1st Class, scholarship, pengalaman, gaji dan jawatan kita malah kawan2 tak membawa kita kemana2.... ianya pertaruhan diri sendiri....kamu bijak.... jika aku dan Mr L boleh diberhentikan dan bermula dari bawah... kamu jugak boleh...ianya perit tapi kamu tahu ianya jauh lebih baik dari kamu jadi penggangur dan menunggu tawaran kerja yang tak pernah berhasil...
Comments