Skip to main content

Menjadi Peniaga kecil-kecilan.... hilangkan rasa Takut dan kurang keyakinan diri



Aku belajar tentang ilmu perniagaan dari Diploma, Sarjana Muda, Sarjana hinggakan menjadi pelajar Institusi Professional Antarabangsa... ini tak dikira dengan pengalaman sebagai Store Manager dan Section Leader.... persoalan yang sering ditanya oleh bos-bos besar kepada aku, kenapa tak start niaga sendiri? kenapa nak kerja dengan orang lain?

Secara jujur selain kekangan kewangan, punca utama aku masih x ada perniagaan sendiri adalah aku takut... Ya, takut Gagal... takut...

Apabila aku merantau menyiapkan sisa-sisa kertas kajian aku di Kedah dan mencari pekerjaan disini... aku belajar untuk jadi berani... berani kerana ramai yang yakin pada kepandaian aku... keupayaan aku... kesungguhan aku... dan paling penting idea perniagaan aku... Aku terdiam... sampai bila aku nak takut Gagal sedangkan aku tak cuba langsung untuk mencuba?

Aku google and google mencari blog bagaimana nak hilangkan rasa takut tue... takut rugi.. takut hilang semua modal perniagaan...akhirnya aku jumpa 1 kesimpulan utama... benda pertama yang perlu aku buat ialah


(1) BERTINDAK... GERAK.... LAKSANAKAN.... 1 Day 1 Process....

Nie paling asas.... kalau nak tahu berapa tinggi gaung kat bawah tue kena terjun dulu... sakit dulu...jatuh dulu.. baru tahu tinggi mana atau dalam mana kita boleh pergi atau jatuh...

(2) Berubah mengikut keadaan tapi kekalkan Asas Perniagaan yang sama
(3) Apa jadi kekal buka kedai pada ke esokkan hari nya...
      hari nie tak ada untung tak per... esok buka lagi.


(4) Jangan lupa Asal kita... masa susah kita dibantu dan ingat sentiasa berdoa/Solat bersungguh2 minta bantuan dari Allah; maka kekalkan apa kita buat...


Mak Dah tanya aku, "nak niaga? teruskan aje perniagaan Ice Blended tue... naik kan jualan ice cream Malaysia Mak Dah... tue aje... sambil tue usahalah cari kerja yang kau nak". Ini Jadi objective dan Business Plan aku~

Aku terdiam... nie peluang yang Allah swt berikan pada aku... apa yang aku takutkan sanggat? modal hanya perlu keluar untuk Kos Jualan Harian sahaja; yang lain guna apa yang ada... bayar sewa dan bayar hutang lama Kedai pun RM100 sebulan... Jualan Harian mencecah RM60 dengan kos Harian hanya dalam RM25 termasuk Upah... RM40 sehari...memang sikit tapi aku x keluar apa2 and aku buka kedai hanya 5jam sehari. Ice Cream Malaysia... aku tambah Oreo dan laici... iklan berwarna warni yang dilukis sendiri oleh aku.....(secara jujur aku baru perasan yang aku nie ada darah seni jugak... hohohoho....) Jualan seminggu sahaja mencecah 150 batang... sebulan RM1400???? tak ke lebih banyak dari kerja kilang yang hanya beri RM900 - Socco and KWSP tinggal dalam RM700???



dari Ice Blended dan Ice Cream Malaysia, kini aku ada beraneka Roti pulak.... sekarang tengah cari modal untuk persiapan perniagaan untuk Pasar Ramadhan dalam 2 bulan lagi... pada kawan2 yang menggangur atas alasan apa sekali pun... Jom cuba berniaga.... mula dari Ice Cream Malaysia... kumpul modal dan kita naik perlahan2 sama2...


Mungkin bila modal dah banyak... boleh balik Johor, buka kedai sendiri aje nanti... tak perlu merantau Juah macam aku nie nak buat perniagaan... yang penting berani... mungkin lepas nie...selain cerita pasal perkakas eletrik, drama/filem, cerita resipi ice cram/roti boleh di upload agar kat luar sana tue ada ilham nak start niaga sendiri perlahan2 macam aku nie... Selamat mencuba...

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...