POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah: Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...
Nothing will changes in Minute but people can