Tahun
ini genap 9 tahun aku menulis di Blog peribadi ini; ianya peribadi kerana semua
cerita adalah cerita aku tidak ada siapa yang diwakili; ilham, pendapat dan
luahan hati peribadi untuk dikongsi oleh manusia yang tidak mengenali aku
secara dekat atau peribadi. Kelakar..kerana tujuan asalnya kerana aku dah bosan
bila diari aku dibaca oleh Mama dan adik beradikku lalu aku jadikannya tatapan
umum.... kerana aku tahu mama, along serta ayun tak minat dengan blog aku
sendiri tapi membaca diari aku mereka minat pulak... mungkin boleh diletak sebagai hobi dimasa
lapang.. membaca diari Ayang dirumah.
Tapi
kebelakangan ini aku kembali kepada diari semula... walau aku tahu
kesanya...mungkin jika aku inginkan kesan atau feedback yang segera kaedah ini
lebih cepat dari menulis blog... ada beberapa perkara yang bermain di minda aku
namun sukar untuk diluahkan dalam perbincangan jadi pernulisan diari dan
kemudianya dibaca oleh mama atau yang lain, maka aku akan Nampak perubahannya
dan jawapannya pada perbuatan. Mereka akan berubah namun mereka sekeras2nya
menafikan mereka baca diari aku. Tapi sekarang semua orang tahu... dan kaedah
ini telah dicuba oleh along untuk mengetahui kisah Hajar (anak buah aku) pulak.
My 1st diari; dimana kah ianya berada? Pada
mama... se awal darjah 3 aku dah mula berjinak dalam penulisan, aku ada tulis
carpen cerita hantu dan cerita persahabatan 3 sekawan... setiap hari ada aje
peminat2 aku yang tunggu cerita rekaan aku tue untuk dibaca masa rehat; tulis
kat belakang buku latihan... diari pulak ditulis dekat ‘Plan Book’ yang saiz
kecik, boleh masuk dalam kocek baju sekolah. Tapi semua berubah bila kematian
abang... semuanya kelam dan mula meninggalkan alam penulisan... Lupa pulak nak cerita, orang
yang mengajar aku untuk menulis dairi adalah Babah sebab Babah jugak seorang
penulis diari yang tegar dan kosisten.
My Cow’s Diary; degree and Jusco
live... KAMDAR...UEM...CIMB and other jobs that I have in those years... it short
but give me another degree in life survival lesson. Dalam nie banyak lagu yang liriknya memberikan
semangat dan positive advice. Kat dalam diari ini jugak aku ada selitkan ciri2 suami yang aku cari dan kenapa aku mengatakan TIDAK kepada yang pernah melamarku secara terang2an atau secara tersiratnya.
So bila terjumpa Ex2 yang dah khawin dan ada anak membuatkan aku teringat
tulisan aku nie.
“Tuelah kau, dulu aku nak kau,
jual mahal. Kan sekarang tak khawin lagi. Kalau dengan aku dah ada 2 orang anak
agaknya.” Ayat nie memang aku benci gila nak dengar, sebab memang jodoh kau
dengan aku tak ada and memang jodoh Allah untuk kau adalah isteri kau tue... so
tak payah nak sindir aku bagai~ hahaha.. marah aku, selamat masa tue kat Balai
Polis kalau tak mahu aku baling helmet motor aku kat kau... Sorry, ter emosi
pulak teringat kisah lalu... tue bestnya diairi ni, ia buat anda tak lupa pada
benda yang anda memang sepatutnya tak boleh lupa.
My Master and ShengHeng Live start in here... most the idea from this blog come from this diary. Diari ini penulisannya lebih kepada idea, luahan secara tersusun dan idea2 best yang aku dapat semasa berjumpa dengan orang2 yang aku rasa kaya dengan ‘kepandaian Jalanan’ aka ‘Street Smart’ dan tulisan aku dalam diari nie gak, agak cantik dan kemas so aku memang kadang2 akan balek diari ini cari idea untuk tulis kalau aku dah lama tinggalkan blog nie... nak menulis tapi tak ada idea.
CIM Class till now, this diari
dah jadi buku sticker bagi aku... my emosi semuanya diganti dengan gambar2
sticker2 comel yang dibeli di bookstore; isinya pulak dah jadi rojak
serojaknya.... disebabkan ianya Nampak ‘smart’ dari luar maka orang tak tahu
bertapa aku mencatatkan segala2nya dalam nie... secara jujurnya diari ini paling
bahaya jika dibaca dan dicuri oleh orang lain... sebab aku nie semakin permalas
atau perlupa maka aku jadikan hidup ini mudah dengan adanya diari nie maka
penulisan dalam blog aku jugak semakin kurang kerana ceritanya dah tertulis
dalam buku nie buat apa aku nak tulis dalam blog lagi? Hahaha... aku yang
permalas dah datang semula menguasai diri... tapi aku akan cuba paling malas 1
post untuk 2 minggu tak nak lah sebulan 1... tue mmg dah malas gila.
Selain Diari dan blog; kini aku mengikut jejak
pakar motivasi aku... dia yang sarankan agar kita buat ‘DREAM BOARD’ aka ‘Papan
Impian’ dimana semua cita2 dan impian yang ingin dilakukan di tampal dalam
bentuk gambar dan ianya sebagai motivasi pada diri setiap
hari selepas bangun tidur.... kalau orang buat setahun demi setahun; tapi aku
buat 10 tahun sekali... sebab cita2 aku tidak akan tercapai dalam masa yang
sangat singkat tapi perlukan komitment tahap mega dan panjang. Harap yang baca
blog nie; cuba2lah buat ya~ ini 3 yang pertama; yang mana akan tercapai dulu
tue aku tak tahu, yang pasti aku akan berusaha untuk jadikan ke3-3 nie
tercapai; ada banyak sebenarnya tapi biarkan yang lain tue hanya aku aje tahu.
Kedai Kopi/Novel Addict; impian kami 3 beradik, konsep dan menu semua dah siap hanya tinggal keberanian untuk keluarkan duit dlm bank untuk rialisasikannya pada alam nyata. |
Berjaya dengan pengajian PhD dan Kedoktoratnya; berkhidmat mendidik anak bangsa di Malaysia |
menjelajah dunia; belajar erti sebenar hamba kepada Allah swt |
p/s: Sambil belek2 diari lama; terjumpa tiket2 hoki, konsert, surat cinta, gambar artis???? dan bukti
kegilaan masa remaja dulu.
Comments