Bukan Lawan Siapa Hebat; Tapi belajar dan turunkan ilmu |
Angin atau hantu apa yang merasok dalam badan aku nie; seminggu aku gila masak. Dari kek, coklat hingga masakan lama atau klasik Johor. Bermula dengan sarapan pagi hingga ke makan malam... bukan setakat entree, main course ke desert tapi air yang bukan2 pun aku berani cari dan cuba. Kat rumah nie kira Mama yang paling hebat and aku nie macam assistant level aje.
Any Book is Okey as long you used it |
Mama mmg terkena dengan masakanya yang sedap; bukan nak bangga yang masakan air tanggan ibu sendiri paling sedap tapi itu memang kemahiran mama and bukan setakat saudara mara tapi jiran and rakan2 mama pun mmg akan ada permintaan minta mama masak jika mereka mengajurkan acara tertentu. But, the problem is remain the same... Siapa nak makan? masak mmg hebat tapi tak ada orang nak makan kat rumah nie menyebabkan mama malas nak tunjuk skill. So kebetulan aku yang duduk rumah maka aku rajin2 belajar and curi sikit resipi mama.
Tapi kami selalu akan bergaduh tentang main (asas) sesuatu resipi... mama old book people; pendek kata buku resipi yang berusia 30 thn tue masih di penggangnya sehingga kini dan aku the moden and easy cook style; Google and cari resipi yang paling mudah, ringkas dan cepat paling bagus kalau ramuan nya jugak dikurangkan dari asas... ya seperti kurangkan air sejuk untuk doh pai.. yg kesudahanya menyebabkan kulit pai aku masin semasinnya... but that the best of both world. Kalau ikutkan resam aku nie kalau bab kerja mmg follow the law punya orang tapi pengalaman mendewasan aku so kini aku menjadi as long I survival I don't care the core. huhuhhu.. Ya Allah semoga aku menjumpai majikan yang mengembalikan kebaikkan dalam diri aku nie...
Kelas Masakan adalah pilihan tepat untuk belajar dengan pantas. Namun RM? yang tinggi menjadikannya tak berbaloi |
Okey.. balik pada asas post nie; kat sini aku nak kongsi pertua and link2 untuk sesiapa yang minat memasak and menyukai cara aku, kita patut kongsi cara mudah untuk memasak.
Tip 1: Find the Video first... Google nama resipi tapi bukan cari ramuan tapi video dahulu.
Ramuan dalam Resipi; Video untuk teknik masakan |
http://www.youtube.com/user/howtocookthat
Paling suka video ttg buat cup cake and choc ~
http://www.youtube.com/playlist?list=PL2D2F4E4B08214BC2
atau audio bahasa Melayu;
http://www.youtube.com/user/TryMasak?feature=watch
Tip 2: Try and Error... okey; kenapa nak cuba and gagal dulu? sebab citarasa manusia tak sama
Kalau Tak ada siapa nak Makan; My Cat's Nining sentiasa lapar |
Untuk buat sesuatu yang sangat anda suka dan sanggup drive 4 jam semata nak makan; ianya memerlukan kesungguhan untuk mencari ramuan ajaib nya. Sebagai contoh; aku paling minat gila kat Puding Gula Hagus a.k.a Caramel Pudding and sanggup drive dari BP ke Maluri nak makan Puding kat JJ yang hanya jual 6 unit sahaja dan akan habis dalam masa 10 minit... Ya, ianya tak sama dengan puding JJ cawangan lain. So percaya atau tidak aku ada 12 resipi yang berlainan dan hingga mencari di laman web masakan Jepun semata2 nak cari punca rasa tue. So; aku dah cuba ke 12-12nya and masih tak sama dengan yang aku beli kat JJ tue. Tapi aku akan cari dan menggunakan teknik yang berlainan juga... Jangan risau tak sedap; kasik kat orang lain, ada yang akan kata sedap; percayalah.
Tip 3: Cari buku asas atau teknik masakan
Okey; ini macam salah aje konsepnya... huhuhuh... bukan.. aku masih menganggap tak payah keluar duit beli buku resipi tapi beli lah buku asas masakan.... nisbah bawang besar; bawang putih; halia; kunyit dah cukup untuk masakan asas Melayu and juga jenis2 sos yang menjadi asas masakan Cina dan juga rempah ratus untuk masakan India manakala nak cuba masakkan US anda kena lah tahu asas buat sup atau air rebusan yang pekat dan berperisa.. maka yang lain akan jadi senang... silap haribulan anda mampu buat blog masakan sendiri pulak... and aku mungkin mencubanya~
Comments