Ini catatan masa ke Kota Tinggi; permohonan yang dibuat sekitar bulan Nov dan dipanggil pada awal Disember; pada mulanya rasa terkejut jugak kerana untuk jawatan N41 yang dikelolakan oleh Masjlis Daerah atau secara kasarnya PBT (Pihak berkuasa tempatan) biasnya tidak ada ujian bertulis sebaliknya ianya hanya akan di panggil untuk temuduga sahaja dan kebanyakkan kes ianya adalah atas serapan atau 'Cabel Relationship' antara calon dan PBT sendiri. Kerana ianya tidak dikelolakan oleh Jabatan Kerajaan Negeri maka ianya menambahkan tahap persoalan kenapa aku menerima panggilan ujian bertulis ke Kota Tinggi.
Babah and Mama nak sponser aku ke Kota Tinggi; tidur semalam disana dan ambik ujian bertulis maka aku kata "Okey" oleh sebab aku pun tak tahu apa yang bakal aku hadapi maka rakan karib aku "Internet" mula digunakan mencari sedikit maklumat tentang ujian bertulis jawatan N41 yang di jalankan oleh PBT; pendek kata Masjlis Dearah Ipoh penah jalankan ujian seumpama ini yang seakan2 soalan ujian bertulis PTD M41 yang dikelolakan oleh SPA. Cuma kalau M41 permohonan 4000 orang dikurangkan kepada 1000 dan mencari 300 jawatan kekosongan tetapi di PBT dari 700 permohonan ke 150 dan 1 jawatan kosong yang perlu di isi rasanya Nisbah langsung x sesuai. Hampir 98% akan gagal berbanding 70% gagal untuk jawatan M41. Tapi itu bukan yang akan aku kongsikan sebab aku belum tentu jadi orang yang layak dipanggil ke peringkat TemuDuga.
Ini perjalanan ku ke Ujian bertulis Pegawai Tadbir N41; Masjlis Daerah Kota Tinggi, Johor
okey;
1. Pendaftaran
Dapatkan nombor badan anda and tunggu sehingga dipanggil ke dewan peperiksaan. So aku no 237 ikut huruf.. nama pun start Y maka tak hairan aku dapat angka besar2 kalau ikut huruf.
2. Ujian Bertulis 1; Penilaian tahap kecergasan Minda atau IQ test
Tip1: 1 soalan 1 minit maka jangan fikir panjang and ikut logik sahaja.
Okey; disebabkan aku penah ambik ujian bertulis PTD maka aku mmg tak ada banyak baca atau buat latihan ttg ujian IQ nie cuma aku akan ambik nota matametik tingkatan 5 tentang kebarangkalian secara rawak atau tidak; hafal fomula tue aje. Yang lain aku jawab ikut logik and secara amnya akan ada 3-5 soalan berunsurkan matematik (kebarangkalian) sahaja. And lebih kurang 5 soalan untuk penyelesaian masalah matematik asas. Yang lain kecegasan bahasa dan penyelesaian masalah Am.
Contoh soalan:
En Ahmad mempunyai 4 orang anak perempuan; beliau menamakan anak pertamanya Narita; anak keduanya Serina dan ketiga Zitar; apakah nama anak bongsu beliau?
A. Bedah B. Siti C.Momo D.Baizura
( Jawapan: A E I O; maka anak bongsu beliau ada huruf O maka jawapanya C)
soalan2 bergini agak mudah sebab anda ada pilihan jawapan; tapi cuba bayangkan bertapa terkejutnya aku bila ada soalan subjective? huhuhu.. ketawa panik sekejap sebelum jawab soalan; kat sini banyak soalan2 am yang di ambik masa PTD diulang siaran tapi kali nie perlu ada alasan kenapa pilih jawapan tersebut.
Contoh soalan;
Ada 10 ekor lembu dan 3 ekor kambing; tetapi hanya ada 6 kandang di dalam sesebuah kebun. Bagaimanakan lembu dan kambing ini perlu di masukkan ke kandang? Jelaskan pengiraan anda,
(1 markah)

Jawapan: Buka salah satu pintu kadang, masukkan kesemua binatang ke dalam kadang dan tutup semula pintu kadang tersebut. 1 kadang cukup untuk semua bintang.
tapi yang buat aku terdiam adalah apabila diberi 5 soalan ttg pengiraan cukai individu perpandukan jadual bergambar... secara jujur walaupun gaji aku pernah melebihi RM 2500 sebulan; SengHeng akan pecahkan slip gaji dan cash kan upah komisen maka dapatlah elak income tax selagi gaji tak cecah RM5000 ke atas... jadi aku mmg x ada kemahiran kira income tax dan gambar rajah tue mmg pertama seumur hidup aku jumpa.. huhhuh.. maka formula tue aku buat sendiri.
3. Ujian Bertulis 2; Pengetahuan AM
Ada beberapa budak Jr yang tanya aku ttg tip2 nak jawab soalan Pengetahuan Am nie selepas melihat tahap soalan yang di ajurkan pada ujian pertama. Tapi aku diam aje sebab aku hanya mengharapkan ingatan aku ttg temuduga PTD dan persediaan yang aku ambik semasa tue; baru lepas 2 minggu tak kan terus hilang maka aku pun x sedia 100%. Maka dengan yakinya aku duduk and ambik ujian nie sekali lagi.
Tip 2: Buku Malayisia Kini dan pengetahuan Am ttg perbezaan Bidang Tugas PT di PBT perlu ada; kenali secara Am tugas yang dipohon.
Soalan yang keluar agak basic macam soalan PTD atau boleh aku katakan ada sebahagian lebih bagus dari ujian PTD sebab soalannya lebih menjurus kepada tugas bidang am Pegawai Takbir dan bukanya pengetahuan Am semata2. Soalan kenegaraan hampir memenuhi 5-7 soalan meliputi Dasar2 Am Negara, Pelembagaan Persekutuan dan kenegaraan. Dan sebihnya bidang Tugas PT sebagai ketua Unit Di peringkat Negeri dan PBT sendiri.
Contoh Soalan Subjective:
1. Apa yang di terangkan dalam Akta Perlembagaan Negara perkara 8?
2. Sebutkan 2 undang2 kecik dibawah kuasa PBT?
3. Dasar Trasfomasi Negara bertujuan untuk ____________ wawasan 2020 sebagai negara berpendapatan tinggi.
4. Berapa banyakkan PBT yang di berikuasa dalam Negeri Johor?
4. Ujian Bertulis 3; Karangan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Percaya tak kalau aku cakap kalau tak ada ilmu tentang PBT tak payah berangan nak 'Goreng' points dalam ujian nie.
Tip 3: Jika tiada Points yang kuat pastikan tulisan anda sangat kemas; mudah dibaca dan menarik.
Aku selalu akan guna Point Utama ditulis dahulu dan digaris dengan Pen warna biru (sebab aku guna pen hitam untuk menulis) dan langkah sebaris sebelum ke perenggan keduan atau points ke dua. Disebabkan aku ada kelemahan ketara dalam Penulisan bahasa Inggeris (bukan sebab aku x pandai Berbahasa Inggeris tapi aku mudah hanyut) maka aku akan terhadkan garis huraian untuk setipa points utama; ingat semakin kurang anda menulis semakin kurang kesalahan tatabahasa ayat.
Tip 4: Keep it Simple but Full Points with Example.
Dalam ujian nie ada 2 segment dimana kena piih untuk menulis dalam bahasa inggeris dan melayu melalui tajuk2 yang diberi. 1 segment 1 bahasa; tak kiralah yang mana satu pilihan untuk bahasa melayu atau inggeris. Soalannya mmg susah bagi orang yang kurang persediann macam aku; maka untuk tajuk Bahasa Inggeris aku pilih perupamaan yang dikaitakan dengan persekitaran pejabat dan bahasa Melayu aku pilih cadangan untuk penambah baikan element perlancongan di Kota Tinggi.
5. Kesimpulanya
Jangan pendang rendah ujian2 bertulis nie; lakukan sedikit sebanyak kajian tentang bidang tugas dan agensi yang anda pilih. Mungkin aku berjaya menjawab soalan ujian bertulis PTD tak bermaksud aku boleh menjawab ujian bertulis PT untuk PBT. Mungkin perluang untuk berjaya agak samar2 tapi jangan memalukan diri sendiri dan juga menbazirkan masa dan keawangan anda untuk menghadirkan diri untuk temuduga. Untuk diri aku, ini pengalaman yang berharga dan perlu aku hargai... untuk ingatkan diri aku kadang2 sekeping kertas yang tak ada orang miliki itu bukan pertanda mereka kurang bijak; sebaliknya ilmu jalanan mereka jauh lebih mahal.
So, bulan 1 nie akan dipanggil kepada sesiapa yang memperolehi markah 50 ke atas untuk di temuduga. Pray and Hope for the best. May Allah swt help me to this journey. Amin
Comments