Skip to main content

ketawa sambil senyum bila Malaysia Kalah dengan Qatar 19/11/2013

Kenapa?

Ini realitinya; aku upload balik post yang aku tulis pada tahun 2010. Yap, 3 tahun yang dulu... cerita basi, orang kata... tapi ianya masih berlaku lagi... bab perpatah dalam kehidupan aku

You can't regret on mistake your have done. The only thing you can regret; is on the time that your have before make a mistake, that you don't change for something good. 

Dalam kehidupan nie jangan ada penyesalan pada kegagalan yang di hadapi; tapi hanya boleh menyesal dengan tidak melakukan perkara yang menyumbang kepada arah kebaikan sebelum kegagalan. Menyesal kerana tidak ingin berubah, menyesal kerana bersangka bahawa tindakan kamu adalah yang terbaik sedangkan kamu gagal menyumbang kepada kebaikkan pada diri sendiri, syarikat mahupun orang sekeliling. Jika kegagalan kamu memberikan sembangan atau perubahan ke arah kebaikankan pada orang lain atau diri kamu; maka ianya bukanlah kegagalan.

tapi FAM??? dah 3-4 tahun memberi kontrak terbuka kepada Dato' apa yang berlaku? Jika kegagalan Dato' Rajagopal akan menyedarkan FAM maka kita sebagai penyokong Malaysia tidak boleh melihat kekalahan demi kekalahan ini sebagai 'mistake' tapi sebagai 'terning Point' untuk kebaikan Skuad Bola Sepak Malaysia. Terima Kasih Dato'; pihak pengurusan Skuad Harimau Melaya; serta Para Permain. Dah masanya anda semua mengundurkan diri... Yap, semua bukan Jurulatih tetapi semuanya... Kimoterapi membunuh semua sel-sel yang baik atau Kanser; agar sel-sel yang baru yang tiada unsur Kanser dapat mengambil alih system ilmunisasi badan semula. Doa saya; semoga Kanser pada Skuad Bola Sepak Malaysia akan berjaya diubati.. mungkin kena pergi Kimo 2-3 kali baru dapat hidup bebas tanpa Kanser tapi tak per; biar 3-4 tahun lagi baru membuahkan hasil dari dibuang/dihina dalam rangking FIFA tanpa berubah.


Reality and Realistic
Berfikir secara logik agar ianya menjadi realiti.

Bak kata Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Malaysia " Kita seharusnya melihat kejadian ini sebagai realiti, dan seharusnya meletakkan sasaran yang lebih realistik". Keliru dengan ayat beliau? sebenarnya tak ada salahnya apa Dato' Raja cakap, bila manusia bercakap tentang impian dan cita-cita, kita seharusnya melihat pada realiti sebenar, dan meletakkan sasaran yang realistik. Manakah mungkin budak lima tahun disuruh membina bangunan mencakar langit? tapi tidak mustahil budak yang sama, selepas 20 tahun mampu membina bangunan mencakar langit. Ada realistiknya dalam impian itu untuk dijadikan reality.

Aku bukanlah bijak pandai dalam arena bola sepak, apatah lagi aku bukannya mampu pun membeli tiket semata2 untuk melihat perlawan bola, tapi anggaplah nukilan aku ini sebagai jawapan jika aku ditanya (interview KBS) tentang apa yang berlaku selepas kekalahan 6-4 skuad kebangsaan dan menutup rapat impian Malaysia berasksi di Piala Dunia 2014 di Brazil. Apa puncanya, dimana silapnya? strategi Jurulatih atau kehebatan pihak lawan?

Setiap Jurulatih pasti tahu apabila anak buahnya mula longlai di padang. Untuk Skuad Malaysia, tak perlu pandang jauh kekalahan ditanggan (better tulis 'dikaki') Arsenal dan Liverpool, nak kalahkan Taiwan pun kita perlukan 180minit. Maka, kita perlu mencari realitinya, skuad kebangsaan kita masih muda, di bentuk dan di bawa dari Skuad bawah 23 tahun hingga diangkat sebagai skuad utama. Silapnya dari awal lagi pihak pengurusan FAM yang marah dengan skuad senior Negara terus mengharamkan mereka berada dalam skuad kebangsaan. Maka yang ada kini, adalah sefahaman yang kuat, startegi kejurutihan yang hebat dalam teori tapi kita tempang dari segi pengalaman dan semangat juang. Berikanlah peluang terakhir mungkin, kepada permain senior kebangsaan yang menganggotai skuad Kebangsaan era 20an, mereka mungkin tua tapi kita perlukan rakan seperjuangan Safee untuk menjadi lebih kuat dari segi mental dan emosi. Bukan setakat Safiq Rahim.

Aspek ini lah yang nampak goyahnya. Kita mungkin perlukan permain muda tapi sekarang kita juga perlukan permain yang berpengalaman; mana mungkin 27thn paling tua? Purata usia permain 23-24tahun? Kuasa Bola Sepak Dunia seperti Span, Brazil dan Argetina mempunyai julat purata umur permain yang lebih besar antara 25-27 tahun; kuasa dan skill ini lah yang diperlukan. Pada realiti nya sahaja, Skuad kebangsaan Negara menang tidak mampu bertahan untuk mencuri slot dalam Negara Asia ke Piala Dunia ditambah dengan kekurangan dan kepincang takbir atur persatuan. Ini realiti, maka tak ada apa yang dikesalkan. Tapi aku masih berbangga kerana jika di lihat , realitinya maka apa yang berlaku adalah realistik.

Jadi ini realiti, titik noktah. Maka apa lagi yang tingal untuk di realisasikan menjadi realiti dalam skuad kebangsaan? sebagai penyokong yang mempu diberikan hanyalah semangat dan sorakan. Mungkin sedikit pandangan dan idea. Dan harapan saya, agar impian Malaysia untuk layak ke Piala Negara-Negara Asia (AFC; Asian Cup) 2015 di Austrialia menjadi kenyataan, dan kemudian cita2 ke Piala Dunia 2018 di Russia. Lupakan Brazil, sasarkan Russia. Realistic? atau tidak, jadikannya realiti.

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...