Skip to main content

1 month after become unemployed

Just sharing what I has done after be request to tender my position as Manager. Macam sebelum ini, ini adalah pengakuan sebenar dan aku x penah berselindung bila ditanya ketika interview mencari kerja baru. Sebab itulah aku setiap kali lepas solat permintaan aku yang pertama adalah keredhaan kepada takdir Allah; mengukurkan keimanan aku ttg Rukun Iman ke 6; Percaya kepada Qada' dan Qadar. Percayalah susah...so, my parents prepare some event to release my tension; it true during my work there; aku ada macam2 penyakit, gastrik, darah tinggi and kencing manis. Masih dalam keadaan terkawal tapi dah melepasi tahap normal.so, control my diet and have a nice jalan-jalan.


1st Week to Cameron Highland
Bak kata Ayun "Orang punya camera x
akan ada dalam gambar"

Honestly it was 1 days after my resignation; mama terus call along untuk bawak aku ge Holiday. Rasanya tahun nie aje dah 2 kali naik ke CH; and apa yang ingin dilakukan kat sana x penah dapat buat. Saya teringin sangat nak mandi air terjun kat CH; bukan kat Latar Iskandar; tapi kat Puncak CH tue... tak ada siapa pun nak ikut and teman ke sana.Tak per..lain kali... bila jumpa orang sekepala yang sanggup mandi air terjun kat kawasan sejuk.


So here the picture and benda2 yang perlu aku ingat:
1. Ain mengunci diri dalam bilik air and takut nak buka pintu semula... Along siap panjat pintu lagi; sampai sekarang Ain masih takut nak kunci pintu bila ke Tandas (^^)
2. Habis RM 1000.00 dalam sehari, shopping sakan
3. Turun and Naik semula CH; rasanya berkali2 and the best thing kita orang tak pergi tempat yang sama dari 1st time pergi.
4. Semua orang muntah bila turun semula dari CH ke KL...dengan aku2 muntah dalam beg plastik... per pening gila ~







 2nd Week ke Pantai Timur (Kelantan and Terengganu)
Ayun jadi Model lagi


Second weeks; mean 1st week aku angkat and kemas barang balik ke Johor; have home medical checkup... per kat rumah nie aku no 1 kalau ikut tekanan darah tinggi; babah yang bertahun sakit darah tinggi pun rendah tapi aku boleh cecah 180; kandungan gula pulak dah lebih dari 6. So; another holiday, this time with my Mom to Pantai Timur, naik bas.
Ini mmg sakit hidup aku; dari kecik sampai besar aku mmg mudah mabuk kalau duduk dalam tempat tertutup yang bergerak tanpa buat apa2; senang cerita aku ada "Closterfobic" dulu teruk; kalau naik tren ke, kereta ke (pakai tingkap; aku okey); bas; lif; bilik terkunci? (Kalau gelap; aku okey); apa2 yang buat aku rasa terkurung; aku boleh pengsan; sesak nafas; or muntah. Sekarang dah okey, kalau aku x fokus sangat aku hanya mabuk n mual2 aje... so bayangkanlah perjalanan yang makan masa 11 jam? jawapanya mudah...TIDUR.. dari Rantau Panjang ke Kota Bharu pun aku tidur dalam bas tue. 

So, kat Kelantan aku banyak mabuk and tidur, gambar? upload kat fb tapi semua gambar muka and bukan gambar tempat pun. Tapi di Terengganu; dari Masjid Kristal sampai ke pasar ambik gambar; sebab rasa macam balik kampung, Bau Pasar lama; semuanya macam pergi Muzium... huhhuhu... guna RM 50.00 aje untuk shoping.

* Rasa nak cari kerja kat Terengganu aje; atau cari suami orang sana. Amin~





3rd Week; Relative reunion at Wedding Event (KL)


Kita Manusia hanya berkumpul pada masa
yang sama untuk meraikan sesebuah perkhawinan atau
kemantian sahaja. 
Ayun, Along and Mama;
Mak Dah
Time to faced reality; should everyone know that I'm jobless? the answer is Yes; malu? mmg sesangat? rasa sangat2 marah pun ada (Dah macam2 doa melaknat aku baca; tapi mecari keikhlasan untuk memaafkan itu yang susah)... tapi ianya semua berbalik ke pada keredhan atas ujian Allah swt. So, pakai baju kurung, tudung and senyum... duduklah makan bersama saudara mara anda dan jawablah soalan mereka atau biarkan gosip tersebar macam tue aje. Biarkan~







4th Weeks; My childhood friend turn. 
JDT; Luaskan Kuasamu

Bersorak selepas kalah??? tak ke best tue
1st time tengok; kalau team lain mahu dah balik mcm2
kat dalam stadium tue.


Yut nak rasa pengalaman duduk jadi
penyokong walau 1 player JDT pun dia tak kenal.

Bab bola Sepak memang kegemaran aku, yes, entry tentang kesihatan dan jawatan kerajaan lebih menarik atau link project assignment universiti; tapi ini mmg minat dari kecik. So, selamat nie kalau ikutkan sejarah aku minat team Johor hanya pada era awal 90' sebelum ke Kedah pada pertengah 90' ke Selangor pada awal 2000 dan kekal dengan Kelantan hingga 2013??? (mungkin awal musim dan berakhir dengan AFC aje) sebelum ke Johor FC atau sekarang JDT. Setia? aku minat bersorak dengan team yang ada harapan nak menang aje; JDT??? sebab masuk nie dah 2 kali putus cinta dengan orang Kelantan mungkin???? LionXII; mmg aku tak sokong; sebab Bangsa Johor ada alasanya tersendiri.



Best jadi tukang sorak nie;sekarang dengan wujudnya team2 Ultra nie; buat aku takut nak duduk kat kawasan "Curve" kat stadium tue. Dah penah rasa kepala kena baling botol dan sekarang lagi extrem so mmg takut tapi masih bersemangat nak bersorak. Menang penting dalam prinsip seorang penyokong; biar pun JDT kalah tapi menang sorak!!! and sebab kawan aku si YUT tahu macam mana nak buat aku lepaskan kata2 maki kat stadium dari pedam kat hati; gembira gak lah~ (^^)









Bila aku taip entry nie; aku rasa bersyukur sesenggat; aku mungkin ambik ringan sebab aku rasa teranaya dan terhina oleh perbuatan manusia lain sehingga aku tak ada kerja (merosakkan resume aku yang aku bela bertahun2). Tapi sekarang; walaupun selepas apa yang aku lakukan; aku sering lupa mereka semua; bila aku belajar dan mengejar kerjaya tapi bila aku kecundang; mereka menghulukan tangan dan memberi kata2 semangat untuk aku melawan dan bangkit semula; keluarga; saudara mara dan sahabat. Doa ku untuk kalian semua. Terima kasih seikhlas hatiku.
감사합니다


and continue to:

5th Weeks; Mak masuk hospital 


Bukan ibu kandung; tapi nenek aku; yap kami adik beradik panggil nenek kami 'Mak' sebab dari kecik hingga kami pindah umah kira2 10 thn gak lah aku duduk dengan Mak. Nak cerita hidup kampung, rapat dengan saudara mara, rebut harta, kematian, perkhawinan, berak dalam tong, pakai pelita dan kebakaran rumah2 atap; kira aku rasa semua tue; bak kata babah; " Kalau kau masih rasa kau bagus, kau fikirlah balik zaman duduk kat Kampung Atap dulu"

Bukan tue yang nak aku kongsi; tapi akhirnya Mak yang kini dipindah2kan hak perjangaannya dimasukkan ke PPUM; nak cerita lebih boleh bak gaduh so... aku hanya mampu mendoakan yang terbaik; memang dia jaga kami adik beradik paling lama tapi kami jugalah yang rasa paling lama rasa; sebagai Cucu Tiri yang menumpang kasih, perhatian dan makan minun. Jangan marah kami kalau kami mudah terasa bila dah tua2 nie (^^) betul tak Long? Mak paling sayang pun Ayun and Abg Shahril... huhuhuhu.. aku nie~ semoga mak sembuh dan dapat merasai ramadhan dan Syawal bersama2 anak2, menantu, cucu, dan cicit (anak cicit apa gelarannya?) anak angkat dan saudara mara yang lain. Rumah kampung tue kita kasik LET GO ajelah. tak payah pandang balik benda lama. 

6th week; Ramadhan Datang Lagi, Syukur masih hidup bersama

Selalunya bila tiba aje Ramadhan; benda yang paling aku rasakan adalah; kesyukuran sebab masih bersama. Memang aku sedih and marah sebab masih menggangur walau pun aku dah tamat belajar. Tapi bila masu Ramadhan, rasanya tahun nielah au paling banyak abiskan Terawih di Surau dan bukanya di Kedai atau di bilik mengulang kaji pelajaran. Syukur tak terhingga kat sini; tapi yang bermain difiiran aku sebenarnya lebih kepada kesyukuran yang aku masih dapat bersahur dan berbuka dengan Mama dan Babah. Bila fikirkan pakcik dan makcik aku yang terlah pergi meninggalkan dunia ini dan bertemu dengan Allah swt. Aku rasa sayu dan sedih. Mungin ini Ramadhan terakhir kami makan bersama, tak ada siapa yang tahu. Maka ada kesyukuran dan keadaan sedih nie. Semoga Allah memaburkan doa aku untu redha dengan keadaan nie dan berusaha untuk mencari perkerjaan yang lebih baik untuk aku. Amin~

Comments

Popular posts from this blog

Another Tips: Saya nak beli TV baru

okey, 7K hits means 2nd series of the post perlu dikeluarkan. So, kat sini nak kongsi Tips mudah yang boleh anda guna pakai untuk mencari TV paling sesuai untuk diri anda atau keluarga. Aku akan gunakan the simple tips untuk anda tahu TV mana yang sesuai; dari segi jenis TV (Plasma, LCD dan LED) dan juga segi Saiz (24" 36"41" atau sebesar mana yang sesuai) serta jenama yang practical untuk anda (Samsung, Sony, Panasonic, Toshiba, LG atau Sharp). Kali nie sedikit berbeza dengan Tip2 membeli Handphone yang lebih kearah cara nak dapat harga dan promosi yang terbaik; kat sini lebih ke arah tip memilih model TV yang terbaik. Start dengan; 1. Memilih jenis yang sesuai Antara Plasma, LCD dan LED yang mana sesuai? Jawapan yang selalu aku berikan kepada para pelanggan yang menanya adalah 1. Encik boleh tengok sendiri perbandingannya (Ajak tengok semua jenis kat kawasan pameran) 2. Boleh saya tahu jenis Signal yang Encik guna kat rumah? (Astro/Unifi/Internal@External Ant...

Aku dibuli, aku dizalimi tapi dia yang dapat rezeki?

Setahun aku tak menulis kerana aku tidak punya pendapat dan masa yang dianggap mampu membantu manusia yang lain. Aku sibuk dengan dunia aku, dunia menjual kereta... jika aku tak menjual, aku tak ada gaji dan bila tak ada gaji maka tak ada gunanya aku berniat untuk membantu kedua ibubapa ku.... Dipendek kan cerita, aku diuji lagi dengan masalah BULI... rasanya aku ada menulis disini bagaimana aku dibuli dari kecil zaman sekolah hingga ke Universiti dan zaman pekerjaan.  Melalui penulisan aku jugak, pihak Universiti telah menemu bual aku untuk dijadikan contoh kajian mereka... namun aku menolak kerana pada aku, aku berjaya keluar dari imej itu... namun jangkaan aku meleset sekali... aku masih dibuli... Aku dibuli hanya dengan sindiran pada mulanya... ahhhhh.. ini kecil sahaja pada aku... biarkan 2 orang lelaki ini berbalas sama mereka, menyindir aku.... aku tak masuk campur... kerana aku hanya fokus pada kerja ku... kau sindirlah aku dari pendidikan aku... ya aku sarjana...

10 Kegunaan lain Daun pokok Pudina atau fresh Mint

POKOK PUDINA Berdepan dengan masalah apabila pokok Pudina yang dibela berkebang biak tanpa henti... dari sepasu kini dah ada 4 pasu penuh, itu tidak kira yang telah diberi secara percuma kepada jiran tertangga dan rakan Petani Taman. Nak dibuang sayang.... kalau dipetik nak buat apa? selepas memikirkan nya, ada terjumpa beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memaksimumkan kegunaan pokok herba ini di rumah:  Masakan : 1. Gunakan untuk mewargikan air gula anda. Masak air gula + daun Pudina yang dipetik kasar. 2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun Pudina dan gaul didalam garam untuk kasiat yang lebih baik. 3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber'angin' pada minuman. Another Tip: sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais... ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan. 4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa...