Ooooh.... Apalah nak jadi!
2 Minggu nie dah mula final exam kat UiTM. Entah apa yang aku buat pun tak tahu... Hari pertama datang ke dewan peperiksaan lambat 15 minit, orang lain dah mula menjawab soalan aku baru terkial-kial cari pintu masuk dewan. Mungkin nasib baik sikit sebab semua group aku datang lambat. Itu sebab aku memang sesuai masuk group tue, lan, harun, herman dan jihat. Walaupun kita orang dari tempat yang berbeza dan cerita yang berbeza tapi semua masih boleh bergelak masuk dewan periksa yang orang lain start..
Second paper Product, ada sedikit ganguan kat otak aku... Mungkin sebab aku dapat markah 70 untuk test product hari tue... Carrymark pun tak hebat untuk paper nie. Final lagi hebat, aku sendiri tak tahu aper aku jawab dan duduk kat meja pemeriksa yang kuat memekak..geram giler macam nak mengamuk aje. Rasa dah tak mampu untuk dapatkan A untuk paper nie, kalau dapat B pun dah bersyukur sangat. Belajar dengan Yaya tapi tak boleh jalan juga... Herman dah beli kereta baru. Harap dia masih macam dulu dan tak berlagak depan aku. Ambik paper Product nie aku dah boleh kawan dengan Amalul semula, harap makwe dia tak buat hal lagi.
Balik Batu Pahatlah, makan untuk jamuan hari raya dan baca buku untuk 4 paper akan datang minggu depan. Baca sahaja yang difikirkan masuk dan ingat dengan cemerlangnya... tapi dapat surat hutang dari TM, mula-mula terkejut giler RM 1888.22 kena bayar dalam masa 10 hari.. mana aku nak cari duit. Bila buat semakan adalah RM 922.54 aje, selesaikan juga sebelum balik Segamat.. pakai skim credit dengan Along... lagi hebat dari Tailong sebab baru kasik duit 2 jam lepas tue dah mula kena buat ansuran bayaran balik... Tapi syukur juga akhirnya tak ader masalah juga. Fokus untuk final aje lepas nie.
Selamat berjaya untuk diriku sendiri, jawab dengan jawapan yang betul untuk final paper Arab III, Research, QMT, Consumer dan Retailing!!
Comments